Ahad, 23 Disember 2012

PERKONGSIAN 100,000 PAGE VIEWS satu analisis..

      AlhamdulilLah,hari ini 23.12.2012 page views blog depankanta telah mencecah angka 100,000 dengan 404 posts, setelah hampir dua tahun usia depankanta.blogspot.com yang mengkhususkan perkongsian tentang syiling error.Bagi blogger Numismatik,angka ini adalah sangat memberangsangkan dan ini adalah hasil perkongsian kita semua.

       Angka pada  page views sebenarnya tidak membawa apa2 erti untuk tujuan populariti atau perlumbaan mencari publisiti tetapi bagi ahli numismatik khususnya peminat syiling errors,angka ini merupakan satu indicator penting bagi mengukur betapa minat orang ramai terhadap syiling error semakin meningkat.Keadaan ini dapat juga dilihat dalam blog rakan2 yg menunjukkan perkembangan yg sama.

      Blog depankanta yang berkonsepkan perkongsian dan penerokaan bersama syiling error Malaysia mendapat maklum-balas yang baik dari rakan-rakan pengumpul.Walaupun depankanta masih jauh dari mencapai status Pakar tetapi pengunjung dapat menerimanya sebagai rakan perkongsian untuk bersama menerokai pemburuan syiling2 error yang dikira bidang yg masih baru di negara kita.

             
     Post yang paling popular ialah SYILING BURUAN 2011 dengan 2057 page views dan 18 komen,diikuti dgn SYILING YASIN ADALAH SYILING YASIN dengan 1294 page views dan 24 komen.Ini menggambarkan pelawat berminat untuk mengetahui syiling2 yang mempunyai premium yg tinggi disamping terdapat juga pelawat yg berkunjung untuk mendapatkan penjelasan tentang kemuskilan berkaitan syiling numismatik dan dunia mistik.

               Selain pengunjung Malaysia,Pelancung tanpa visa dari USA telah menjuarai kategori pelawat luar negara dengan 4030 page views dan diikuti oleh Rusia,Singapore,Indonesia,Italy dll... Pelawat dari USA adalah diagak merupakan kunjung balas dari admin beberapa laman web numis mereka yang sering dikunjungi oleh depankanta.Mungkin suatu hari nanti depankanta akan menerima komen dari mereka pula...


         Bulan Julai 2012 merupakan bulan yang paling ramai menerima pengunjung dgn 13,092 page views,lonjakan yang tiba-tiba ini sukar untuk dianalisis..Jika diteliti pada carta dibawah menampakkan geraf yg semakin menaik menandakan meningkatnya jumlah pelawat syiling error dan ini sewajarnya dilihat satu perkembangan yg baik untuk numismatik Malaysia dan pihak BNM sewajarnya melihat perkembangan page views dalam berbagai  blog syiling error bagi memberi galakan kepada rakyat Malaysia bagi memperkembangkan Sains Numismatik sesuai dengan Malaysia yang sedang menuju sebagai Negara Maju...



      TERIMA KASIH SEMUA, TANPA KUNJUNGAN ANDA BLOG INI TIDAK MAMPU WALAU UNTUK MENARIK SEORANG PENGUNJUNG.......(sasaran seterusnya,500 posts)

12 ulasan:

  1. Salam depankanta .
    Tahniah diatas pencapaian blog yang terbaik dikendalikan oleh tuan . Di Malaysia dilihat bahawa pemain blog yang berkaitan Numismatik memang ramai tetapi blog yang memfokaskan Sains Numismati berkaitan kajian Syling Error amat kurang . Dan saya lihat blog tuan adalah diantara yang terkehadapan dengan infomasi yang sangat berharga yang diolah dalam Bahasa Kebangsaan kita . Ahli Numismatik lebih cepat faham dan inilah faktor kenapa blog ini sentiasa menjadi tempat rujukan ahli Numismatik .
    Terima kasih .

    BalasPadam
  2. salam...mungkin selepas ni tuan boleh menghasilkan buku berkenaan syiling error. Boleh dijadikan rujukan di semua peringkat

    BalasPadam
  3. Salam.Tn. Depankanta,
    Tahniah!!
    Banyak yang saya dapat dari perkongsian disini.
    Disamping itu juga Tuan rajin menjenguk golongan numis yang baru nak belajar.
    Terima kasih banyak.

    BalasPadam
  4. salam sejahtera..
    tahniah sekali lagi diucapkan setelah mencapai angka 100k seperti yg tuan jelaskan ramai dikalangan pengumpul Malaysia berminat dengan syiling2 error ditambah pula dengan ilmiah yang ada dlm blog tuan lengkap dengan pencerahannya sdh tentu mendapat sambutan menggalakkan. semoga diteruskan dgn lebih bnyk info terbaru yg bakal diterbitkan.
    terima kasih sekali lg.

    BalasPadam
  5. Assalam kekanda Depankanta..
    setuju dengan setuju dengan saranan DINEE..Depankanta boleh..! Tahniah..SELAMAT MAJU JAYA..!

    BalasPadam
  6. SALAM HORMAT DATO'SHA,DINEE,NSDK,DUACONGKAK,KANTALEKAP DAN SEMUA PENGUNJUNG....,,

    Terima kasih atas sokongan dan dorongan semua,pada awal penglibatan depankanta dalam bidang syiling error hanya sebagai suka2 dan lama kelamaan didapati hobi ini ada banyak cabaran ilmiah yg menanti.Bila ditinjau diperingkat antarabangsa pula,khususnya USA mereka sendiri masih baru dibidang ini(bermula sekitar tahun 50an)

    Meskipun negara kita hanya terdapat satu kilang syiling dan pengeluaran syiling hanya bermula selepas 70an tapi banyak yg dapat kita kongsi dgn numismatis antarabangsa berkaitan syiling error.

    Berkongsi di alam maya seperti dalam blogspot spt ini merupakan pentas terbaik untuk kita menyatukan pendapat disamping mendapat peluang untuk ditegur oleh mereka2 yg pakar dalam bidang ini.Dengan pengetahuan bahasa dan I.T serta fasarana yg terhad terpaksa depankanta gagahi jua untuk memberi persembahan terbaik untuk semua.

    Berkenaan penerbitan buku syiling error,memang telah lama ditunggu2 oleh peminat syiling error..Tentu pakar2 kita yg ada lebih layak untuk menulisnya,depankanta lebih layak jadi pembaca dari penulis dan bersedia untuk memberi kerjasama kepada sesiapa sahaja yg akan memulakannya..

    Salam dan terima kasih semua,SYILING ERROR ADALAH NUMISMATIK KITA.....


    BalasPadam
  7. Tahniah bang, blog abang merupakan rujukan kepada penggemar syiling error, pengkhususan adalah sangat penting dalam bidang numismatik... teruskan usaha dengan lebih gigih untuk thn 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih syiling peringatan malaysia,
      Tepat sekali pendapat tuan,dengan pengkhususan akan melahirkan kepakaran.Dibidang syiling error setiap kategori perlu ada kepakaran untuk dirujuk,kita sama2 bergerak kearah itu dan pengkhususan syiling peringatan yg tuan ceburi sangat menarik dan ada cabarannya tersendiri.

      Terima kasih,semoga tuan terus turut berkongsi berkaitan syiling error yg masih baru dinegara kita.....

      Padam
  8. Salam sdr Depankanta,
    Tahniah dan saya berharap tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada sdr Depankanta.Teruskan berkongsi dan saya mendoakan yang terbaik...

    RIBUAN TERIMA KASIH SDR DEPANKANTA~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr afiq,
      Terima kasih banyak-banyak. Atas kesudian sdr afiq berkunjung dan sering meninggalkan komen didahulukan dgn ucapan terima kasih dan sedikit sebanyak ianya telah memberi dorongan pada depankanta untuk meneruskan perkongsian...

      Menjelang tahun baru 2013,sama2 kita tingkatkan perkongsian untuk menerokai bidang syiling error dengan lebih jauh bersama rakan2 yg lain agar bidang ini menjadi satu hobi ya ramai meminatinya suatu hari nanti...Salam dan terima kasih sdr afiq...

      Padam
  9. Balasan
    1. Terima kasih sdr sab a lima,
      Perkongsian blog dan semua posts depankanta adalah untuk kita semua...tqvm

      Padam