Sabtu, 28 Januari 2012

SET DIE CHIP

Die chip adalah antara error yg popular pada syiling Malaysia terutamanya pada denominasi 1 dan 5 sen siri bunga raya.Keistimewaan pada error ini adalah bila ianya dapat dicari sirinya mengikut dari awal pembentukan die chip yg kecil hingga menjadi besar sebagaimana yg terjadi pada die crack progression.
              Dipamirkan syiling die chip error pada semua denominasi syiling Malaysia siri bunga raya.

                               50 sen 1997
                            20 sen 2008
                          10 sen 1991

                            1 sen 2007
                               5 sen 2009



5 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Phiit...satu siri dengan variety yang menarik.
    Wow, dengan ketekunan depankanta, pasti boleh memperoleh banyak set berbentuk sedemikian.
    Teruskan usaha, depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Terima kasih banyak2,kita sama2 tunggu dan lihat pula pada syiling Malaysia siri ke3.Apa pula jenis error yg akan terjadi.Harap2 semakin ramai pengumpul2 muda yg tampil mempamirkan penemuan mereka untuk perkongsian bersama...
      Terima kasih banyak2 whycollect..(post ini dikemaskini berdasarkan komen dari nucoins)

      Padam
  2. Diantara semua diatas, 10 sen 2008 dikategorikan sebagai die gouge yang tulin dimana bahagian die digores dengan tidak sengaja dengan sesuatu yang tajam. Bentuk ini akan berlaku diatas coin2 yang ditempa seterusnya sehingga ia menjadi kabur dan tidak mudah dibezakan dengan ketara lagi. Perbezaan ini ketara sekali dibandingkan dengan die chip.

    Kejadian die chip dan die gouge adalah kebiasaan dalam penempaan syiling dikilang dan tidak mungkin mendapat premium/nilai yang tinggi walaupun sesetengah pengumpul masih mendapat sedikit keseronokan dalam jenis kecacatan ini.

    Tidak menafikan bahawa kedudukan die chip atau/dan die gouge dibahagian permukaan coin yang strategik mungkin mendapat perhatian/nilai yang lebih baik. Atau ia berlaku atas coin2 Proof yang sepatutnya bebas daripada kesemua jenis kecacatan langsung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dan terima kasih banyak2 Nu,pada awalnya depankanta menyangka syiling 10 sen 2008 adalah juga dalam kategori die chip error kerana kesannya yg hampir sama.
      Memang logik sekali bila sesuatu yg tajam terguris pada die,ini akan menyebabkan terjadi satu kesan timbul pada syiling.Pada awal tempaan tentu kesan ditepian logam yg timbul kelihatan "tajam",lama kelamaan bila die terus menempa.Syiling2 yg ditempa pada peringkat terkemudian tidak lagi "tajam" dan ini akan menyerupai kesan die chip error.Demikian juga yg terjadi pada syiling 10 sen 2008.
      Die chip adalah antara error yg paling popular pada syiling Malaysia dan sangat mudah diperolehi pada syiling 1 sen 2004 dan 2005 serta 5 sen 2009,manasabah kalau premiumnya tak seberapa.Keseronokan pengumpul tetap ada bila melihat berbagai bentuk die chip yg terjadi tambah lagi ianya dapat disusun mengikut die progression..hehe
      Die gouge yg popular dikalangan pengumpul ialah syiling2 "extra dot" spt 50 sen 1988,1979 dan 5 sen 1982..Mungkin ianya terjadi pada siri Parlimen lalu mendapat premium yg agak tinggi..
      Atas lawatan dan komen dari Nu,didahulukan dgn terima kasih jua.Semoga Nu terus sudi meluangkan masa untuk melawat dan meninggalkan sedikit komen pada blogger2 syiling error demi untuk memantapkan lagi pengumpulan syiling error Malaysia.
      Salam dan terima kasih..(post ini telah dikemaskini berdasarkan komen Nucoins)

      Padam
  3. HI PARA PELAWAT YG BUDIMAN,
    SYILING 10 SEN 2008 YANG DIMAKSUDKAN DALAM KOMEN NUCOINS TELAH DITUKAR DENGAN SYILING 10 SEN 1991 UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN(RUJUK FOTO DIATAS).SYILING 10 2008 AKAN DIPAMIRKAN DALAM POST AKAN DATANG DALAM KATEGORI DIE GOUGE.
    TERIMA KASIH.

    BalasPadam