Ahad, 29 Januari 2012

SYILING BERBICARA (2)

Dalam post syiling berbicara siri ke-2 ini,depankanta ingin berkongsi sekeping yg kondisi permukaannya membolehkan kita mengesan bagaimana rupa bentuk permukaan pada die bawah.
      Sekiranya permukaan pada sesebuah die telah terserpih sedikit pada bahagian tertentu  maka syiling berkenaan dikaitkan dgn die chip error.Bahagian yg biasa terjadi die chip adalah pada huruf,angka dan imej syiling,die chip lebih banyak dijumpai terjadi pada bahagian belakang syiling berbanding pada bahagian muka.
      Syiling 10 sen 1996 ini berkemungkinan akibat dari die bawah (anvil die) yg menempanya telah terserpih pada bahagian tepi .
        Pada pendapat depankanta ini adalah die errors dimana bahagian tepi die terkena sesuatu yg menyebabkan terjadi bergerigi spt digigit tikus pada bahagian tepi  die yg sepatutnya membentuk rim pada syiling.
                          Perhatikan sekeliling tepi rim pada permukaan syiling 10 sen 1996 ini.



                         bulatan kuning pada rajah 2 adalah bayangan permukaan sebenar die yg sepatutnya menempa rim syiling dengan bentuk bulat.

                      Pada bahagian belakang syiling hanya ada sedikit kesan minor off center.
            Memandangkan error ini jarang dijumpai,kategori error yg spesifik belum dapat dipastikan...Mungkin ada pelawat yg ingin berkongsi....

2 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Kamipun ada menjumpai jenis syiling ini.
    Namun kurang pasti punca ia jadi begitu.
    Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Sekurang-kurangnya bila terdapat lebih dari satu spesimen syiling yg sama begini tentu ianya adalah mint error dan jika dilihat pada keadaan yg terjadi pada syiling ini jelas menunjukkan akibat dari kerosakan pada bahagian tepi die..Apapun mungkin pakar2 kita ada pendapat lain berkaitan kejadian error ini.
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam