Isnin, 30 Januari 2012

KATEGORI PARTIAL COLLAR

Mengikut penjelasan oleh Nucoins Partial collar terbahagi kepada 3 kategori :
 
      1) Tilted partial

      2) Flanged partial

      3) Reverse flanged partial

          Tilted partial merujuk kepada partial collar yg agak condong sedikit,flanged partial collar strike pula kelihatan seperti "railroad rim"iatu pada sisi syiling kelihatan seperti jalan keretapi.Reverse flanged strike pula menghasilkan keadaan yg terbalik pada sisi syiling partial collar,keadaan ini ditentukan oleh kedudukan die atas dan die bawah yg berlainan antara negara.
       
        Depankanta pamirkan beberapa spesimen partial collar yg ada dalam koleksi untuk perkongsian bersama,namun untuk meletakkan sub-kategori sebenar agak sukar kerana sesetengah syiling yg dijumpai tidak begitu ketara kesan yg terjadi.
                                Dipamirkan semula syiling 1 sen 2002,yg ini mungkin tilted partial collar kerana tempaan sisinya condong sedikit.

                            Dua syiling diletak bersama bagi melihat perbezaan.Syiling partial collar (bawah) dan syiling 1 sen 2002 biasa (atas)

                            Syiling 20 sen siri bunga raya banyak dipamirkan oleh pengumpul syiling error.

                              Syiling 50 sen dengan kesan partial collar strike...

                            Sekeping syiling 1 sen 2002 yg kelihatan ada kesan seolah2 jalan keretapi iaitu bahagian atas dan bawah telah menonjol dan ditengah2 terdapat satu lurah.Walaupun kesan yg terjadi tidak begitu jelas,depankanta berpendapat ini adalah spesimen flanged partial collar yang sukar dijumpai pada syiling Malaysia.


           Sekalung ucapan terima kasih kepada Nucoins untuk penjelasan tentang partial collar error..

6 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Wah nampaknya kebetulan pula, sekarang musim demam partial collar error? Hehe, ya betul tu banyak terima kasih kepada Nu sebab memberitahu kita akan subkategori untuk jenis partial collar error ini. Nampaknya saya sudah ada "kerja rumah" terbaru. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam mnfaj,
      Demam syiling error tak berkesudahan nampaknya..hehe
      Memang betul kata mnfaj tu,harap2 Nu terus dapat luangkan masa untuk menyalurkan maklumat tentang syiling error untuk rujukan kita semua..
      terima kasih banyak2 mnfaj..

      Padam
    2. Ss tuan.
      Bagaimana pula dgn PC syiling 10sen tuan?
      Selalu jmpa pada 1sen,20sen n 50sen je..10sen je blm.
      Tuan ada sample yg bole dibuat rujukan x..
      Mohon share jika tuan ada.

      Padam
    3. Ss tuan.
      Bagaimana pula dgn PC syiling 10sen tuan?
      Selalu jmpa pada 1sen,20sen n 50sen je..10sen je blm.
      Tuan ada sample yg bole dibuat rujukan x..
      Mohon share jika tuan ada.

      Padam
  2. Wah, macam-macam.
    Ya, Nu memang terror dan murah hati kerana sudi menjelaskan pelbagai kategori yang ada pada partial collar.
    Wah, semua orang sudah hot pakai baju partial collar, nampaknya kamipun mesti mengambil bahagian pula, haha.
    Tahniah kepada semua dan banyak terima kasih kepada pakar Nu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycollect,
      Memang kita sentiasa berterima kasih pada pakar2 spt Nucoins,Mr Dickson dll yg sedia menegur dan memberi panduan tentang syiling2 error.
      Diluar sana masih ramai pakar2 Numis termasuk yg ditauliah oleh MNS tapi malangnya mereka tidak berkesempatan untuk bersama kita dalam blog.Namun mereka tetap menyumbang secara tidak langsung.
      Syiling partial collar sangat menarik untuk diteliti kerana ianya termasuk dalam kategori striking error yg jarang dijumpai pada syiling Malaysia..
      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam