Jumaat, 20 Januari 2012

MNFAJ DAN DOUBLED DIE

Setiap orang ada kelebihannya masing2.Pengkhususan didalam sesuatu bidang mengikut keistimewaan dan kelebihan yang ada akan membawa kepada kepakaran dalam bidang berkenaan.Pemerhatian depankanta mula tertumpu pada blogger mnfaj bila melihat kebolehannya menjelas dan mengkelaskan syiling2 variti doubled die tulin yang agak teknikal dan luas bidang perbincangannya.
         Walaupun masih menuntut di UTM Skudai,namun minat dan penglibatan mnfaj dalam dunia Numismatik sentiasa meletakkan dirinya dibarisan hadapan bersama ahli2 Numismatik Malaysia yg aktif dalam blog.Penglibatan beliau dapat dikongsi bukan hanya sekadar tertumpu pada blog beliau tetapi juga blog2 yg diaktifkan oleh beliau semata2 untuk mendedahkan dan berkongsi bidang Numismatik.
      Seringkali bila terbaca penjelasan mnfaj berkaitan syiling variti doubled die,depankanta meletakkan beliau sebaris dengan pakar syiling error nucoins dan Mr Dickson.Dengan usia yg masih muda dan pergaulan dgn pakar2 numis yg begitu luas,mnfaj telah berada dalam landasan yg akan membawa kepada kepakaran dibidang numismatik dimasa akan datang bagi menggantikan pakar2 yang sedia ada.
     Meskipun dilihat kategori doubled die menjadi kegemaran dan kepakaran beliau,kategori errors yang lain juga mendapat ulasan yg baik untuk dikongsi bersama beliau.
    Penulisan dalam B.I dalam blog beliau bukan penghalang bagi rakan2 blogger BM untuk bertukar komen.Mungkin mnfaj dan rakan2 blogger numis dapat mempelupuri dalam mencari terjemahan terbaik dan tepat istilah2 Numismatik dan kategori errors kedalam BM.
    Semoga ramai lagi lapisan muda akan menjejaki langkah mnfaj dalam memajukan Numismatik Malaysia dan dapat memertabatkan Numismatik kita ke persada antarabangsa.
                                                                    MNFAJ
      "SELAMAT MAJU JAYA DALAM BIDANG PELAJARAN DAN NUMISMATIK SDR MNFAJ"
Lawat terus ke blog mnfaj:http://mnfaj.blogspot.com/
                                        http://errorcoingallery.blogspot.com/view/classic

6 ulasan:

  1. Hi mnfaj dan depankanta,
    Ya, betul kata depankanta.
    Kamipun tertarik dengan kepakaran yang ditujunkkan mnfaj terutama dalam artikel berkenaan dengan double die.
    Kami memang berharap lebih ramai pengumpul dan blogger sedemikian tampil ke hadapan untuk membolehkan hobi ini bertambah maju dengan lebih cepat.
    Terima kasih banyak kepada semua yang telah memberi sumbangan :D

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    depankanta kagum dgn cara mnfaj mengolah dari segi teknikal kejadian dan pengenalan syiling2 doubled die.Tentu banyak masa telah digunakan oleh beliau utk study berkaitan kategori ini.
    Alangkah baiknya kalau setiap pengumpul syiling error Malaysia dapat memilih satu kategori error utk dijadikan pengkhususan dan study betul2 kategori berkenaan hingga dapat dijadikan pakar rujuk dalam ketegori tertentu.
    whycollect pun kena pilih juga satu kategori!.haha
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Salam depankanta,
    Wah terlampau tinggi pujian dan penghargaan yang diberikan oleh depankanta kepada saya ini. Gelaran "pakar" rasanya tidak sesuai untuk saya kerana saya ini masih lagi bertatih - ingin belajar dek kerana minat yang marak membakar dalam diri saya ini. Mungkin minat ini saya pendam daripada kecil lagi - di mana saya amat meminati mengumpul syiling tapi tiada tempat dan rakan untuk berkongsi dan mendalami koleksi. Akan tetapi apabila sekarang sudah terjumpa blog depankanta, whycollect, Dickson, Nu, Shamlan dan lain - lain , saya rasa mungkin ini "no turning back". Membuat sesuatu yang kita minat dan hargai kepuasannya adalah tidak terhingga.

    Apa-apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih atas penghargaan yang depankanta berikan ini dan akan saya jadikan pembakar semangat untuk terus maju dalam bidang ini. Terima kasih depankanta. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mnfaj,
      Kalau kita selidiki jumlah pakar2 dan ahli2 numismatik yg berada dalam kelab2 dan persatuan2 Numismatik memang ramai dan sudah mencecah ribuan orang tapi berapa kerat saja yg sudi berkongsi dgn orang2 baru tentang kepakaran mereka?..
      Mungkin semua ada alasan tersendiri untuk mengambil sikap "menyendiri"dan bergerak dgn gaya mereka.
      Sikap dan usaha yg dibuat oleh mnfaj dalam bidang syiling error hingga ke peringkat perbincangan pakar2 antarabangsa adalah patut dipuji.Kami semua bangga dan turut dapat berkongsi manafaat dari usaha mnfaj itu.
      Kategori DD memang teknikal dan mnfaj sudah berada dalam tahap yg boleh "bercerita" tentang hal ini,berbanding dgn depankanta yg masih tahap "mendengar"..Apapun hobi ini adalah hampa saja kalau tidak disalut dgn pengetahuan dan sama2 kita terokai pengetahuan itu!...
      Semoga mnfaj terus mendalami bidang ini dan menjadi pelapis kepada jenerasi yg sedia ada..
      salam dan terima kasih banyak2 mnfaj..

      Padam
  4. Mnfaj memang bagus!
    Saya amat terharu bila ada anak muda yang begitu peka atas hobinya sendiri!
    Syabas! Teruskan usaha kamu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mr Dickson,
      Bidang numismatik Malaysia perlu pada generasi pelapis yg boleh menggantikan generasi yg sedia ada.Adalah malang sekiranya kepakaran yg ada pada mereka2 yg mahir dalam bidang ini dibiarkan begitu saja.Mnfaj adalah salah seorang yg berpotensi untuk menguasai bidang ini dgn lebih jauh.Semoga dgn sokongan dari sifu2 Numis,lebih ramai lagi anak2 muda yg akan muncul...
      Terima kasih banyak2 Mr Dickson.

      Padam