Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan permukaan die atas bila melihat sekeping syiling 1 sen 2006 ini.Pengumpul syiling error yang biasa dengan syiling 1 sen 2006 tentu akan jumpa die crack pada syiling 2006.
Depankanta sendiri pernah pamirkan syiling die crack 1 sen 2006 dengan kesan retak yg agak ketara namun bila terpandang banyak retak yg terjadi pada syiling ini terus menarik minat untuk dikongsi bersama.
Sesuai syiling ini dinamakan "syiling retak seribu".Sila zoom imej utk melihat kesan retak.
Depankanta sendiri pernah pamirkan syiling die crack 1 sen 2006 dengan kesan retak yg agak ketara namun bila terpandang banyak retak yg terjadi pada syiling ini terus menarik minat untuk dikongsi bersama.
Sesuai syiling ini dinamakan "syiling retak seribu".Sila zoom imej utk melihat kesan retak.
Keretakan terjadi hingga kebahagian rim....
Ops, terjatuh.
BalasPadamHabis, berkecai di atas lantai, haha.
Kadang-kala specimen dipaparkan depankanta, menimbulkan tanda tanya, sampai bila kilang tempa itu mahu tukar die.
Tapi nampaknya, lagi lama mereka membiarkan ia begitu, lagi banyak kita boleh untung, haha.
Satu cadangan.
Mungkin depankanta boleh menamakan ia fallen humpty-dumpty, haha.
Tahniah, depankanta :)
Hi Whycollect,
Padamoooo..latah juga jer!..haha,agaknya prosedur untuk tukar die dikilang agak ketat sikit.QC dah lapur pada boss,dia orang cakap"pakai la dulu,kalau pecah pun itu akan jadi cud error pada pengumpul.Bagi peluang pada mereka!"..
Bunyi nama cadangan whycollect tu memang bagus,fallen humpty-dumpty kena register pada MNS dulu..
Syiling error depankanta kadang2 kena letak didepan kanta baru nampak errornya,lagi power kanta itu lagi banyak error yg dapat dilihat..
Terima kasih banyak2 whycollect,selamat bercuti bersama keluarga.
Salam depankanta,
BalasPadamWah menarik syiling ini - di kaca mata kita peminat syiling error khususnya. Haha jika whycollect ingin menamakan syiling ini "fallen humpty dumpty", saya pula ingin menamakannya sebagai "1 sen rambo". Ketika pertama kali melihat syiling ini terus teringat akan Rambo yang calar balar badannya akibat kegiatan lasak bertempur di hutan.
Pengumpul biasa - yang tidak khusus akan error biasanya akan memanggil garisan "die crack" ini sebagai "rerambut". Nampaknya istilah ini kita juga harus biasakan agar mudah nanti berbicara dengan mereka. Sering kali saya mengatakan istilah "die crack" mereka akan kurang berminat - mungkin kerana dalam Bahasa Inggeris dan nampak saintifik. Tapi jika mahu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, selalunya istilah "acuan retak" saya gunakan.
Baru-baru ini selepas membaca di Internet, terbaca saya akan istilah "die scratch" atau dalam Bahasa Malaysia nya adalah "acuan calar". Mungkin ada di antara garisan yang depankanta tunjukkan di atas termasuk dalam kategori "die scratch".
Dan satu lagi saya ingin memuji kekreatifan depankanta memaparkan syiling-syiling error, sungguh kreatif! Pertama kali dahulu depankanta menangkap gambar "Rotated Die Error" berlawanan dengan cermin, dan kali ini pula depankanta mengikut garisan "die crack" itu dengan garisan kuning dan meletakkannya sebelah-sebelah. Dengan cara sebegini boleh meningkatkan kefahaman kepada mereka yang masih baru dengan mudah dan berkesan.
Tahniah depankanta dan teruskan usaha!
Salam kembali mnfaj,
PadamCerita fasal nama untuk syiling ini kita kena rujuk juga pada sdr duacongkak yg banyak menyimpan istilah dan nama2 yg pelik2..haha
Istilah dan bahasa Melayu untuk nama2,konsep dan perkakasan syiling error sudah sampai masanya diperbincangkan dgn lebih serius,depankanta cadangkan mnfaj mulakan dulu dgn menyediakan satu ruang untuk perkara ini diperbincangkan..depankanta sedia membantu dan tentu nucoins,lunaticg,duacongkak,iarlyy,bekok dll juga akan memberi sumbangan.Mr Dickson dan whycollect boleh menyumbang dari segi teknikalnya.
Depankanta cuba membuat persembahan foto terbaik untuk perkongsian dgn rakan2.Memang hubungan secara maya begini agak sukar untuk menceritakan keadaan sesekeping syiling jadi apa2 idea yg terlintas difikiran terus diguna-pakai...
Terima kasih banyak2 mnfaj..
Saya selalu bersedia memberi apa jua sumbangan yang saya boleh!Satu sen ini memang menarik kerana begitu banyak retakannya!Saya lebih gemar dgn istilah Acuan Retak,kalau Acuan Calar,dari segi teknikal Die Scratch memang tak mungkin wujud kecuali dilakukan secara sengaja!
BalasPadamDie Clash,bolehkah kita guna istilah Acuan Gemerencang. Hanya cadangan dan pendapat saya!
Hi Mr Dickson,
PadamNampaknya banyak idea tentang istilah error ini,apa pun selagi kita belum dapat satu istilah yg jitu yang dapat diterima oleh semua pihak,kita gunakan dulu istilah asal supaya tidak mengelirukan.
Sokongan dan idea dari pihak MNS adalah penting dalam memantapkan penulisan rencana berkaitan error dalam BM.Mungkin Mr Dickson boleh bawa berbincang dgn ahli2 MNS yg ada kemahiran Bahasa Melayu...
Terima kasih banyak2 Mr Dickson..