Selasa, 24 Januari 2012

MONSTER DOUBLED DIE SIRI PARLIMEN

Terbaru yg dipamirkan dalam kategori syiling doubled die adalah syiling 50 sen 1984 oleh manfaj.Variti yg sama pernah dipamir dan diulas oleh nucoins dalam blognya.Syiling siri Parlimen didapati sangat sukar dijumpai variti doubled die,hingga sekarang hanya 50 sen 1984 dengan kesan kecil pada huruf  tanda tangan ringkas pereka bentuk "GC".
          Sempena cuti tahun baru cina depankanta luangkan masa untuk membelek semula stok syiling2 yg ada.Agak terperanjat bila menemui sekeping syiling 5 sen 1976 yg jelas ada kesan "monster" doubled die yg belum kelihatan dipamirkan oleh mana2 blogger syiling error (atau depankanta yg terlepas pandang).
         Ciri2 yg ada jelas menunjukkan syiling ini adalah kesan doubled die tulin yang boleh dijelaskan oleh pakar2 variti doubled die nanti.
        Dengan penemuan depankanta ini diharap akan ada pula muncul variti yg sama dari rakan2 blogger bagi melengkapkan perkongsian dan mengesahkan variti syiling ini

                    Bahagian belakang syiling 5 sen 1976       DDR




                      Pada bahagian muka tiada apa2 kesan error...

                    Ciri2 hampir sama dengan syiling 5 sen 2008 monster  DDR, yg pernah dipamirkan....
                  

4 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Wah walaupun saya amat berminat dan suka mengkaji syiling DD, tapi nampaknya saudara depankanta yang banyak "menundukkan" syiling DD ini. Ternyata sifat pengasih dan penyayang depankanta pada syiling lebih daripada apa yang saya ada. Hehe

    Berkenaan dengan syiling 5 sen 1976 di atas, saya amat teruja melihatnya. Sekali lihat saya rasa ianya adalah syiling DD yang tulen. Tapi mungkin disebabkan gambar yang kurang jelas agak sukar untuk dibuat pemerhatian. Dilihat kesemua "devices" syiling telah dianjakkan ke arah pukul 9. Termasuk juga pada hujung nombor "5". Jika ini adalah syiling DD, saya rasa ini syiling pertama DD daripada siri Pertama Malaysia bukan?

    Penemuan baru! Teringin dan teruja saya nak melihat dan meneliti dengan mata kasar saya.

    Terima kasih depankanta kerana berkongsi. Kini 5 sen 1976 adalah buruan terbaru saya. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali mnfaj,
      Depankanta juga mengharapkan penemuan sekeping dua lagi syiling begini dgn kondisi yg lebih baik bagi berkongsi dan memudahkan pakar2 mengesahkan variti syiling ini.
      Pada hemat depankanta dgn pemerhatian pada ciri2 pergerakan imej utama(primary)dan kedua(secondary),syiling ini bukannya MDD ..Apapun kita sama2 tunggu perkembangan kalau2 ada rakan blogger lain yg turut menjumpai syiling begini dan memberi pendapatnya.
      InsyaAllah didoakan suatu hari nanti mnfaj akan dapat miliki syiling DD pertama siri pertama ini...
      Terima kasih banyak2 mnfaj..

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Wow, satu specimen DDR siri parlimen yang menarik.
    Seperti mnfaj juga, kamipun belum menemui jenis DDR ini.
    Tahniah dan teruskan usaha, depankanta :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycollect,
      Bila terjumpa saja syiling ini,depankanta terus layari semua blog2 numis utk mencari sedikit info tapi tiada yg pamirkan.
      Kalau benar tidak pernah dijumpai sebelum ini dan pakar2 DD mengesahkan syiling ini DDR,depankanta kena minta hadiah dari sifu Dickson..haha
      Tentu whycollect juga ada koleksi syiling 5 sen 1976,mana tau dalam banyak2 tu ada sekeping dua DDR macam ini..
      Terima kasih banyak2 whycollect.

      Padam