Beberapa ciri2 pengenalan syiling Malaysia 50 sen palsu telah diterangkan secara terperinci oleh pakar syiling error dan syiling palsu Malaysia Mr Dickson Niew dalam post blognya http://dniewcollectors.blogspot.com/2012/01/ways-of-detection-of-malaysia.html
Dalam post terdahulu depankanta juga telah pamirkan:http://depankanta.blogspot.com/search/label/SYILING%20PALSU
Dalam post ini pula kita berkongsi satu lagi ciri2 baru yang ditemui pada syiling palsu 50 sen 2005.Mungkin pelawat juga pernah jumpa syiling yg sama tapi tidak terperasan kelainan ciri2 syiling ini dari yang biasa dijumpai.
Bahagian belakang Syiling 50 sen 2005
Penemuan garis2 yang berbentuk kipas ini berlainan dgn garis berpusar yg biasa dijumpai pada syiling palsu.
Kelihatan warna kekuningan pada bahagian muka syiling yg haus menandakan syiling ini telah dibuat dari tembaga atau logam murah yg berwarna kuning.
Yang paling menarik pada syiling palsu ini ialah ciri2 yang terjadi pada bahagian sisinya (edge).Kesan ini dikenali dengan double edge lettering.
Kemungkinan syiling ini telah berpusing semasa ditempa dan menyebabkan terjadi begini.
Dalam post terdahulu depankanta juga telah pamirkan:http://depankanta.blogspot.com/search/label/SYILING%20PALSU
Dalam post ini pula kita berkongsi satu lagi ciri2 baru yang ditemui pada syiling palsu 50 sen 2005.Mungkin pelawat juga pernah jumpa syiling yg sama tapi tidak terperasan kelainan ciri2 syiling ini dari yang biasa dijumpai.
Bahagian belakang Syiling 50 sen 2005
Penemuan garis2 yang berbentuk kipas ini berlainan dgn garis berpusar yg biasa dijumpai pada syiling palsu.
Kelihatan warna kekuningan pada bahagian muka syiling yg haus menandakan syiling ini telah dibuat dari tembaga atau logam murah yg berwarna kuning.
Yang paling menarik pada syiling palsu ini ialah ciri2 yang terjadi pada bahagian sisinya (edge).Kesan ini dikenali dengan double edge lettering.
Kemungkinan syiling ini telah berpusing semasa ditempa dan menyebabkan terjadi begini.
Hi depankanta,
BalasPadamWow, walaupun palsu, ia merupakan satu syiling palsu yang menarik.
Haha, tak sangka syling palsu pun mempunyai edge double.
Tahniah, depankanta :)
Hi whycollect,
BalasPadamdua perkara menarik pada syiling ini,pertama corak kelopak bunga raya yang menyamai syiling ori dan kedua tulisan pada sisi(edge) yang berganda.
Kedua elemen ini tidak pernah dijumpai pada syiling palsu sebelum ini.
Terima kasih banyak2 whycollect..
Saya juga ada syiling palsu 50 sen Malaysia yang serupa seperti yang dipaparkan!
BalasPadamKelihatan warna kekuningan pada bahagian muka syiling adalah disebabkan coating/salutan yang kurang sempurna.Banyak yang berlaku pada syiling palsu!
Tempaan berganda di sisi syiling juga berlaku tetapi tak banyak,ini sama Rare seperti yang ori!
Penemuan garis2 yang berbentuk kipas memang menarik!
Syabas!
Hi Mr Dickson,
BalasPadamKalau ditelitikan pada corak kelopak bunga raya syiling ini sangat menyerupai syiling tulin,biasa dijumpai pada syiling palsu semua imej dan tulisan menampakkan ciri2 buatan yang kasar.
Garis berbentuk kipas begini belum pernah dijumpai,sebenarnya bersama garis ini wujud juga concentric lines yg biasa dijumpai pada syiling palsu.
Paling menarik ialah tempaan tulisan pada edge syiling ini yang begitu jauh jarak antara primary dan secondary imej,sukar dijelaskan bagaimana keadaan ini terjadi sedangkan semua details pada obv dan rev syiling ini tiada kesan tempaan berganda.
Terima kasih banyak2 Mr Dickson...
Wow haha.. amat menarik duit syiling palsu ini. Semakin banyak ciri-ciri yang berbeza dengan syiling asli dan syiling palsu lainnya. Saya percaya 50 sen palsu ni satu hari nanti bakal menjadi sejarah dalam numismatik kita sebab 50 sen ini banyak betul yang palsu. Masalah besar kepada BNM! Terima kasih kerana berkongsi depankanta. :)
BalasPadamSalam mnfaj,
BalasPadamSyiling 50 sen Malaysia siri bunga raya palsu sangat istimewa,ianya bebas beredar pada orang ramai dan semua orang tak kisah!..depankanta pernah perolehi syiling palsu ini dari bank,money changer,security agent.Semuanya melayan syiling palsu macam biasa saja walaupun dah diberitahu...haha
Depankanta juga berpendapat begitu,syiling2 ini akan jadi bahan sejarah yg mempunyai nilai melebihi syiling2 biasa suatu hari nanti...
Terima kasih banyak2 mnfaj...
saya ada koleksi syiling 50sen tahun 1980 error yg unik rasanya tak sama dgn ciri palsu yang ditunjukan kalau nk tahu lebih lanjut like facebook baharum latif...sebagai rakan
BalasPadamterima kasih sdr baharum, komen dari sifu Mr Dickson Niew diharap telah menjelaskan "status" syiling 50 sen 1980 itu..Dalam membicarakan tentang syiling yang "luar biasa"samada error atau palsu terdapat beberapa kriteria yang perlu diberi perhatian kerana tidak semua syiling yang rosak itu adalah mint error..sama-sama kita pelajarinya ..Terima kasih sdr baharum
PadamHi baharum latif,
BalasPadamSila rujuk kepada artikel ini utk keterangan lanjut tentang syiling 50sen tahun 1980 error yg unik kamu. http://dniewcollectors.blogspot.com/2011/05/malaysia-numismatic-miscellaneoustumble.html. atau:http://dniewcollectors.blogspot.com/2011/08/malaysia-niewmismatic.html atau:http://dniewcollectors.blogspot.com/2013/03/queen-victoria-tumbled-coins.html
Terima kasih banyak Mr Dickson....Kerjasama dan panduan yang diberi sentiasa dihargai, harap Mr Dickson tidak jemu untuk membantu.Semakin ramai peminat yang terlibat dibidang syiling error semakin banyak kekeliruan yang timbul, peranan Mr Dickson sentiasa diperlukan...Terima kasih sekali lagi...
PadamHai depan kanta. Sy ada sekeping syiling dan nk mintak pendapat depan kanta. Apa emel dpn kanta ye?
BalasPadamSila emel pada ajoyzultp@yahoo.com.my
Padamsebaiknya gambar yang terang dan close-up pada tempat yang istimewa...terima kasih