Sabtu, 7 Januari 2012

MDD VS DDD

Machine Damage Doubling (MDD),Die Deterioration Doubling (DDD) dan Doubled Die (DD) Sangat berbeza pada asal-usul terjadi ketiga2 elemen ini dan perkara yg menjadi isu numismatik ialah kekeliruan antara pengumpul syiling error bagi ketiga2 elemen ini pada sekeping syiling.
      MDD selalunya dikaitkan dengan fenomena yg terjadi pada syiling disebabkan pergerakan (getaran) die semasa proses penempaan,ianya mungkin disebabkan machine atau komponen yg memegang die (samada die bawah atau die atas) telah longgar lalu menyebabkan imej tertempa dua kali.
      DDD pula adalah disebabkan kerosakan pada die itu sendiri,mungkin disebabkan terlalu lama digunakan dan menyebabkan muncul kaviti dari logam planchet yg menyeliputi sebahagian field dan imej yg ada pada die.Bila die yg berkenaan menempa syiling,kadang kala kelihatan seolah2 imej berganda pada huruf dan lain2 details yg disebabkan kerosakan die.
        Dipamirkan dua spesimen syiling 20 sen tahun 2007 yg jelas membezakan MDD dan DDD.
                               Syiling 20sen 2007 ini terdapat kesan MDD,dimana kelihatan imej angka "20"terdapat kesan tempaan dua kali yg disebabkan gegaran die semasa proses penempaan.
                    Imej pada angka "20" ini hanya terjadi sehala sahaja dan wujud imej utama (primary) dan kedua (secondary).Pakar2 pula diperlukan untuk bezakan MDD ini dgn Doubled Die.

              Syiling 20 sen 2007 kedua ini pula terdapat kesan yg berlainan dari syiling diatas.

                         Jika diperhatikan pada imej huruf BANK NEGARA MALAYSIA hampir keseluruhan legend ini terdapat imej seperti bayang2 di kedua arah yg merupakan salah satu ciri2 DDD.Biasanya kesan DDD tiada imej utama dan kedua,hanya bayang2 pada sekeliling huruf  yang wujud.
                    Kesan  DDD pada syiling sebenarnya akan menghasilkan berbagai keadaan,paparan ini hanya tertumpu pada kesan dibahagian huruf sahaja.Selain itu kesan pada fields planchet juga banyak dijumpai yg disebabkan DDD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan