Die clash error tidak begitu sukar untuk dikenal pasti ciri-cirinya kerana imej bebayang (ghostly) yang terjadi pada permukaan syiling akan muncul menyamai imej disebelahnya (berbentuk negative).
Bagaimana error ini terjadi telah banyak diceritakan oleh pakar2 syiling Malaysia dalam blog mereka.Selain itu penting juga diketahui beberapa sub kategori dalam syiling die clash error ini,antaranya rotated die clash,double/triple/multi die clash yang telah pun dipamirkan dalam blog pengumpul syiling error.
Untuk perkongsian ini,depankanta pamirkan die clash pada bahagian belakang (Rev) yang terjadi pada semua deno Syiling Malaysia siri bunga raya.
Syiling 50 sen 2010
20 sen 2007,(denominasi yang paling sukar dijumpai terjadi die clash)
10 sen 2001
5 sen 2001
1 sen 2004
Paparan tahun keluaran adalah sebagai spesimen yang dijumpai,sebenarnya hampir setiap tahun pengeluaran syiling didapati terjadi die clash error.
Bagaimana error ini terjadi telah banyak diceritakan oleh pakar2 syiling Malaysia dalam blog mereka.Selain itu penting juga diketahui beberapa sub kategori dalam syiling die clash error ini,antaranya rotated die clash,double/triple/multi die clash yang telah pun dipamirkan dalam blog pengumpul syiling error.
Untuk perkongsian ini,depankanta pamirkan die clash pada bahagian belakang (Rev) yang terjadi pada semua deno Syiling Malaysia siri bunga raya.
Syiling 50 sen 2010
20 sen 2007,(denominasi yang paling sukar dijumpai terjadi die clash)
10 sen 2001
5 sen 2001
1 sen 2004
Paparan tahun keluaran adalah sebagai spesimen yang dijumpai,sebenarnya hampir setiap tahun pengeluaran syiling didapati terjadi die clash error.
Salam depankanta,
BalasPadamDie Clash Error (yang baru baru ini saya cuba terjemahkan dalam Bahasa Melayu sebagai Ralat Acuan Berlaga, boleh diterimakah?) koleksi depankanta ini memang menarik dan kemas. Apatah lagi apabila digandingkan bersama dengan adik-beradiknya yang lain. Saya dapati mengumpul syiling Die Clash Error ini amat seronok kerana ada spesimen yang mudah ditemui (seperti siri Parlimen 10 sen) dan ada juga yang sukar ditemui seperti Rotated Die Clash Error dan Multi Die Clash Error. Sebahagian mudah dan sebahagian sukar satu keseimbangan yang baik.
Cantik dan kemas sekali gambar terakhir kelima beradik Die Clash ini. Syabas dan teruskan berkongsi kepada kami depankanta. :)
wah, menarik ilmu duit begini, Syabas depan kanta, banyak terima kasih :)
BalasPadamHi depankanta,
BalasPadamWow, menarik sekali syiling 50sen itu.
Hehe, lagi menarik jika depankanta berjaya memperoleh set syiling siri tertentu dengan tahun tempaan yang sama dan mempunyai fenomena die clash ini.
Semoga depankanta berjaya :)
Salam dan terima kasih banyak2 mnfaj,
BalasPadamIstilah melayu bagi numismatik khususnya syiling error memang perlukan perhatian segera.Harap ada pakar2 numismatik melayu sudi tampil membantu,teknikalnya Mr Dickson tentu sedia memberi pertolongan.
"RALAT ACUAN BERLAGA"..kalau diteliti setiap patah perkataan itu rasanya kurang tepat,terjemahan error kepada RALAT pun macam janggal(dalam konteks syiling error),ACUAN pula lebih kepada mould atau cast.BERLAGA memang tepat tapi agak kurang meluas penggunaannya.Depankanta dah lama cuba mencari terjemahan bagi "die" tapi belum jumpa satu perkataan yg ringkas dan padat,mungkin Nucoins boleh bantu.Mnfaj sendiri yg berada dalam suasana akademik tentu ada kenalan dari yg sedia membantu.
Terima kasih banyak2 mnfaj..
Salam iaryylr,
BalasPadamIlmu syiling error merupakan satu bidang sains Numismatik yg ada universiti luar negara yg menawarkan jurusan ini keperingkat tertinggi.
Bagi depankanta yg sudah senja ini lebih mengharapkan iaryylr dan rakan2 untuk menguasai bidang ini dgn lebih jauh dan luas.
Terima kasih banyak2 iaryylr...
Hi Whycollect,
BalasPadamIdea type set oleh whycollect banyak memberi ilham pada depankanta bagi mengatur syiling2 error mengikut tahun,error dan denominasi...
tengok lah nanti mana dulu yang akan muncul,depankanta sendiri belum cukup koleksi untuk pamirkan semua itu,mungkin ada error tertentu yg kena pinjam dari whycollect atau lain2 rakan blogger..hehe
Terima kasih banyak2 whycollect..
Rupanya depankanta dari One Cent Errors Man sudah maju menjadi Many Cents Errors Man!Ha!Ha!
BalasPadamPada mulanya memang depankanta hanya ingin jadi one cent errors Man saja dan lain2 cent nak bagi peluang pada kawan2 yg lain tapi nampaknya mereka kurang berminat dgn cent,semua asyik kejar dollar baru di BNM..haha
BalasPadamTerima kasih banyak2 Mr Dickson...
Hehe, sikit sikit lama lama jadi bukit, Dickson & depankanta :D
BalasPadamitu peribahasa dulu,orang sekarang tak mau bukit lagi.mereka nak gunong!.haha
BalasPadamTerima kasih banyak2 whycollect...