Isnin, 26 September 2011

WEAK STRIKE @ DIE TRIAL

   Antara kategori error yang jarang dipamirkan oleh blogger numis Malaysia adalah weak strike atau die trial error.Kebanyakan error pada syiling Malaysia adalah melibatkan kerosakan atau gangguan pada permukaan die semasa proses penempaan,berlainan pada weak strike error yg terjadi akibat pelarasan pada kekuatan tekanan die untuk kerja2 tempaan.Biasanya selepas sesuatu tekanan ditetapkan pada die beberapa percubaan akan dibuat bagi melihat kesempurnaan syiling pada tekanan tertentu dan syiling2 yg dicuba ini akan dilupuskan,namun dalam keadaan tertentu ianya terlepas juga kedalam edaran...
           Sekeping syiling 50 sen 2000 ini pada pendapat depankanta adalah weak strike atau die trial error..

                                        Bahagian muka syiling secara keseluruhannya kelihatan kesan tekanan tempaan yg lemah

                                     Menjadi kebiasaan pada syiling weak strike error,bahagian yg paling rendah/dalam pada die masih jelas imejnya bila ditempa sedangkan bahagian lain kelihatan kesan tekanan die yg lemah menyebabkan imej BANK NEGARA MALAYSIA dan 2000 tidak jelas kelihatan.
                             
                                        Kalau tidak ditelitikan,syiling ini boleh keliru dengan filled die error...

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Boleh jadikah ia adalah struck through grease?
    Kerana rimnya masih complete.
    Biasanya weak strike akan menghasilkan weak rim atau tiada rim.
    Haha, hanya pendapat novis kami sahaja.
    Banyak terima kasih kerana berkongsi, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak2 whycollect,
    Depankanta hanya sempat tengok sikit foto spesimen dan nota dalam laman Ken potter http://koinpro.tripod.com/Articles/TrialorWeakStrkMoffatt
    Terlepas pandang pula,adakah semua weak strike akan menghasilkan weak rim...Maklumat whycollect menjadi info perkongsian yg berguna sekali..Harap ada lagi penjelasan dari pakar2 numis kita (post ini akan dikemaskini semula)
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. Ini lebih berupakan DIE TRIAL ERRORS.Rim yg tinggi dan sempurna itu telah terjadi semasa Lettered Edged Upsetting dan Rim Upsetting.
    Satu fenomenon yg sentiasa muncul dgn Die Trial Error ialah details-details di tengah lebih jelas dan details yg dekat dgn rim biasa tidak jelas atau hampir tidak nampak!

    BalasPadam
  4. Wow, satu pengesahkan yang baik daripada Dickson.
    Setakat ini kamipun belum jumpa satu duit syiling dengan ciri-ciri demikian yang begitu ketara.
    Haha, kena korek balik stok lama dan semak semula.
    Terima kasih banyak Dickson dan depankanta :)

    BalasPadam
  5. Hi Dickson,
    Terima kasih atas penerangan.Kalau disemak dgn teliti ada juga syiling2 die trial error dalam edaran tapi sebab keadaan yg terjadi pada permukaannya hampir dgn error2 yg lain,pengumpul biasanya akan simpan syiling2 begini dalam kategori yg silap.(keadaan ini biasa terjadi)
    depankanta macam whycollect,ada sikit keraguan utk kategorikan error yg jarang dipamirkan namun dgn adanya teguran dan pandangan pakar kami cuba juga untuk perkongsian bersama...
    Terima kasih banyak2 Mr Niew...

    BalasPadam
  6. Hi Whycollect,
    Die trial error selalu menjadi topik perbincangan pengumpul syiling error antarabangsa,macam2 idea yg ada kerana keadaan yg terjadi pada bah.details syiling ini agak mengelirukan,bagi syiling Malaysia tentulah kita semua lebih dekat dan lebih layak utk bincangkannya..perkongsian antara kita akan membuahkan hasil yg terbaik..depankanta harap whycollect juga berjaya dapat spesimen yg terkawal ini(sepatutnya syiling ini dilupus/kitar semula)
    Tima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam