Rabu, 28 September 2011

DIE CRACK,BINTANG KE BINTANG

Dengan jumlah keluaran sebanyak 17,852,262 menjadikan syiling 10 sen 1988 sebagai syiling kedua terendah selepas syiling "keramat"10 sen 1971 pada denominasi 10 sen siri Parlimen.Adalah perkara biasa bagi pengumpul akan berusaha mencari syiling2 yg mintage rendah begini untuk menambahkan koleksi masing2.
     Jika dilayari dalam beberapa laman web yg menjual/melelong koleksi pengumpul,syiling 10 sen 1988 adalah diantara yang mendapat tempat pada pembeli....
    Dalam membelek2 syiling siri Parlimen,tiba2 terpandang sekeping syiling ini yg agak istimewa.Kesan die crack terjadi tepat dari hujung bintang menghala ke bintang yg terdapat pada tepi rim...

                              Bahagian belakang syiling tiada kesan error yg ketara,hanya sedikit kesan die clash yg hampir  tidak kelihatan dalam imej ini....

               
             Dalam koleksi depankanta kebanyakan die crack dan die clash error pada siri Parlimen dijumpai terjadi pada bahagian muka (obverse),mungkin anvil dienya lebih cepat letih berbanding dgn hammer die..hehe
          


              Agak menarik die crack error ini terjadi dari hujung bintang ke hujung "bintang" pada tepi rim,juga kelihatan imej ghostly "0"die clash error yg banyak dijumpai pada pada hampir semua denominasi 10 sen siri Parlimen

6 ulasan:

  1. Nasib baik Bintang di-"ikat" ka tepi rim,kalau tidak,mesti sudah "langgar" Bagunan Parliament!
    Bagus spesimen die crack ini!

    BalasPadam
  2. Hi depankanta,
    2 in 1 error yang menarik.
    Hehe, jika boleh dapat satu siri lengkap 2 in 1 error serupa ini, pasti lagi menarik, hurray :D

    BalasPadam
  3. Hi Mr Dickson,
    Siri Parlimen agak sukar jumpa error yg berkaitan dgn die,yg selalu jumpa ialah die clash pada syiling 10 sen...
    Haha..depankanta pun risau juga sebab dalam banyak2 bucu hanya satu sahaja diikat...
    Terima kasih banyak2 Mr Niew

    BalasPadam
  4. Hi whycollect,
    Tugas memburu set syiling siri Parlimen 2 in 1 errors agak sukar tapi whycollect punya pasal nanti depankanta akan usahakan..haha
    Syiling siri Parlimen adalah spesimen yg baik untuk kajian perbezaan syiling buatan tempatan dan buatan kilang luar negara..
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. Salam depankanta,
    Wah menariknya syiling error ini. Pandai die crack tu cari tempat, sampai jumpa bintang. Haha.
    Terima kasih kerana berkongsi.

    BalasPadam
  6. Salam mnfaj,
    Terima kasih banyak2,die crack biasanya ada keluarganya tapi dalam siri Parlimen yg semakin berkurangan agak sukar sikit utk reunion anak-beranaknya,apapun kalau mnfaj terjumpa jgn lupa upload utk dikongsi bersama...
    salam dan terima kasih banyak2 mnfaj

    BalasPadam