Selasa, 13 September 2011

DIE DETERIORATION DOUBLING 2011

Tahun ini,2011 adalah tahun terakhir pengeluaran syiling siri bunga raya yg bermula sejak 1989.Walaupun depankanta terkilan juga sebab tiada lagi keluaran syiling 1 sen (terakhir 2007) tapi terpaksa akur dgn hakikat bahawa nilai 1 sen sudah tidak dipandang masyarakat hari ini.Bahkan depankanta mendapati syiling 5 sen juga semakin tidak diterima oleh masyarakat dan peniaga,mungkin syiling Malaysia siri ke 4 (20 tahun lagi?) syiling 5 sen pula dihentikan keluarannya!.
      Syiling keluaran 2011 agak terhad jumlahnya,walaupun jumlah rasmi sebenar setiap denominasi belum ada terlihat dimana2 nota @ blog.depankanta mengagak jumlahnya lebih kecil berbanding tahun2 sebelumnya,terutama denominasi 50 sen.
           Untuk perkongsian dalam post kali ini dipamirkan syiling 20 sen 2011 yg ditempa dgn die yg sudah agak lemah menyebabkan terdapat beberapa kecacatan

                                      Bahagian belakang syiling kelihatan kesan die deterioration doubling,sementara bahagian muka, imej sireh kelihatan tidak begitu jelas...
                                      Die deterioration doubling jelas pada angka "2011"dan "20",sementara beberapa bahagian imej dalam tepak sireh kelihatan tidak begitu jelas.
        Syiling error  2011 penting untuk disimpan kerana ianya adalah error terakhir untuk siri bunga raya..
nota: Numismatik biasanya tidak menganggap die deterioration doubling sebagai syiling error.

3 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Nampaknya ada tahun tertentu MDD ini lebih kerap berlaku.
    Walaupun MDD ini biasanya tidak mendapat banyak premium daripada nilai sebenarnya, ia bukan sangat senang diperolehi.
    Jadi, kami tetap mengumpul semua MDD yang dijumpai.
    Haha, mana tahu, satu hari nanti, MDD juga mempunyai pengikut, haha.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi whycollect,
    Depankanta sendiri tidak pasti samada syiling ini MDD atau die deterioration doubling,apapun yg pasti ianya bukan doubled die error.hehe
    Memang benar pendapat whycollect,syiling begini juga wajar disimpan rapi kerana bukan senang nak dapatkannya,walaupun premiumnya tak seberapa tapi spesimen ini tetap istimewa berbanding syiling biasa..
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Saya masih ingat lagi, 20sen 1994 MDD adalah koleksi syiling error pertama saya. Dan saya mencari, ada 3 keping lagi 20sen 1994 yang mempunyai MDD. Nampak begitu senang, tapi kini, nampaknya amat sukar untuk memperolehnya. Haha itu lah dinamakan rezeki.

    BalasPadam