Rabu, 14 Disember 2011

ROTATED DIE

Rotated die merupakan fenomena biasa pada syiling moden,ianya bermula dari beberapa darjah hingga 180 darjah (maksima).Darjah ini mengambil kira pusingan yg "lari"dari sepatutnya iaitu 0 darjah,pada kedudukan ini imej bahagian belakang dan muka syiling berada pada kedudukan selari (syiling Malaysia)
        Pakar2 numis menggambarkan rotated die ini samada CW (clockwise) atau CCW (counterclockwise)
mengikut pusingan error imej yg terjadi.
       Kedudukan asal imej pada kedua permukaan syiling tidak sama antara negara,contohnya syiling U.S atau Thailand berlainan dgn kedudukan imej pada permukaan syiling Malaysia.
       Dalam koleksi depankanta telah cukup semua denominasi bagi  siri bunga raya dengan rotated die melebihi 100 darjah..Bila disemak posts berkaitan error ini tertinggal syiling 50 sen yg belum dipamirkan walaupun sudah lama dijumpai...
                         
                                  Syiling 50 sen 2000,perhatikan puncak/kepala wau pada bah.muka syiling berada setentang dgn huruf "E" SEN bah.belakang....rotated die 180 darjah.

                            Keadaan yg sama dijumpai pada syiling 50 sen 2005 ini...

8 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Bukan senang menjumpai rotated die ini pada duit syiling besar seperti 50sen.
    Ar, kamipun terpaksa memberhentikan usaha mencari duit syiling variety dan error daripada syiling di dalam circulation buat sementara waktu kerana kesibukan kerja.
    Haha, memang betul...ketekunan memberi hasil yang lumayan.
    Tahniah depankanta :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih banyak2 whycollect,
    Antara tujuan dipamirkan 2 syiling 180 darjah rotated die ini adalah supaya peminat2 syiling error dapat semak koleksi syiling masing2,mana tau terjumpa keluarganya...
    Pembahagian masa untuk hobi ini dan kerja biasa kita memang penting supaya kedua2nya dapat dibuat,melainkan sifu Mr Dickson yg kedua ini telah menjadi satu..haha
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Depankanta,
    Rotated Die CW/CCW 180 darjah yang jelas.
    Hobi numismatik untuk saya mash jadi dua,satu masih Hobi,satu lagi cari rezaki!haha!

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Untuk kategori rotated die error,semua denominasi telah dapat dijumpai.Sekarang depankanta cuba cari untuk gred yg lebih baik pula..
    Nanti depankanta pun kena belajar dgn Mr Dickson bagaimana nak cari rezeki dalam hobi!..haha
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson.

    BalasPadam
  5. Hi depankanta,
    saya masih belum ada spesimen 180 darjah seperti ini. Haish bila lah mahu ke temu.

    BalasPadam
  6. Salam mnfaj,
    Simpati pulak bila dengar keluhan ni...haha
    Nanti depankanta semak mana2 yg ada lebih koleksi boleh dikongsi..(nanti mnfaj sms/emel)
    Terima kasih banyak2 mnfaj.

    BalasPadam
  7. salam tuan depankanta..
    sedikit kemusykilan...
    bagaimanakah sebenarnya kedudukan kepala wau??kedudukan jam 11 atau 12?? kalau tidak salah,kebanyakan syiling 50 sen kepala wau berada dalam kedudukan jam 11..kalau untuk mendapatkan rotated die 180 kepala wau mesti setentang dengan dengan huruf 'S' pada SEN..ini pendapat fakkahqarsh saja..tolong betulkan kalau tersilap..
    terima kasih tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali fakkahqarsh,
      Depankanta memilih jam 12.00,sebagaimana juga pada syiling 5 sen.Syiling Malaysia 50 sen banyak yg dijumpai rotated die sekitar 5-15 darjah(terutama tahun 2011).Sekiranya kita mengambil kira keadaan tegak pada wau jam 11.00 cuba perhatikan adakah kedudukan angka"50"pada bah.belakang juga tegak?.

      Syiling 5 sen dan 50 sen agak mudah ditetapkan posisi 180 darjah kerana imej gasing dan wau ada garis tegak tapi syiling 10 sen dan 20 sen agak sukar dicari kedudukan tegak sebenar kerana rekabentuk congkak dan tepak sireh yg agak senget...

      Hingga sekarang belum ada artikel atau foto yg boleh dijadikan rujukan jadi perkongsian begini adalah penting untuk memantapkan bidang ini

      Terima kasih banyak2 fakkahqarsh...

      Padam