Selasa, 11 Oktober 2011

BUBBLE GAS

Dibawah kategori damaged/defective planchet error,syiling 1 sen Malaysia copper-clad steel sering terjadi fenomena ini.Sukar dipastikan gas yang terperangkap dalam syiling begini terjadi pada peringkat prosesan yg mana?
    Jelas ianya berkaitan dengan tindak balas kimia yg berlaku dari dalam planchet keatas gas yg terperangkap ini lalu mnyebabkan permukaan planchet menjadi gelembong dan dalam jangka masa tertentu ianya akan pecah..Kejadian seperti ini didapati mudah terjadi pada syiling 1 sen siri bunga raya walaupun terdapat juga beberapa kes terpencil yg terjadi pada siri Parlimen,walaupun kedua siri syiling 1 sen ini dibuat menggunakan logam yg sama mungkin kadar campurannya tidak sama dan kualiti semasa proses penyediaan planchetnya lemah pada siri bunga raya...
                                          Muka syiling 1 sen 1992

                                 masih ada imej rebana ubi.....

                              Bahagian belakang syiling,lapisan atas planchet terangkat keatas.

            Kalau tidak biasa dengan syiling begini,mungkin ada yg mengaitkan dgn berbagai cerita mistik..hehe
Syiling 1 sen dengan bubble gas ini pernah  dipamirkan dalam post terdahulu dan dapat juga dilihat dalam blog beberapa pengumpul lain....

4 ulasan:

  1. Pelik dan anih betul permukaan 1 sen ini!
    Beratnya? Karat tak? Warna pun anih!
    Ini memang rupa hancur berkecai!!

    BalasPadam
  2. Hi Mr Dickson,
    Syiling ini memang pelik dan anih,bubble gas telah terperap secara menyeluruh.Beratnya belum dipastikan lagi,dari luaran tiada tanda2 karat.Malangnya syiling ini diperolehi dalam keadaan sudah dicuci sebab itu warnanya kelihatan berubah,ianya hanya sesuai untuk pamiran sahaja..
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

    BalasPadam
  3. Hi Dickson dan depankanta,
    Haha, sebenarnya kami telah tengok dan fikir secara mendalam terhadap duit syiling ini tetapi tidak berani memberi apa-apa komen sehingga sifu Dickson berbuat demikian terlebih dahulu.
    Boleh jadikah, syiling ini telah dibiarkan dalam keadaan suhu yang tinggi seperti dibakar dan selepas itu dicuci.
    Haha, hanya tekaan kami sahaja.
    Terima kasih banyak, depankanta :)

    BalasPadam
  4. Hi whycollect,
    Depankanta berpendapat kerosakan syiling ini tidak begitu dipengaruhi oleh perubahan suhu tapi lebih kepada tindakbalas kimia dari dalam planchet,keadaan ini sama dgn bahagian body kereta yg kelihatan menggelembong dibawah lapisan cat kerana karat dari besi didalam.
    Jangan takut utk mendahului pendapat sifu,kita cuba bagi pendapat dulu kalau tidak tepat sifu boleh perbetulkan..hehe
    Tima kasih banyak2 whycollect

    BalasPadam