Selasa, 21 Mei 2013

5 SEN 2012, STRIKING ERROR ATAU DIE ERROR?

            Syiling 5 sen 2012 dijumpai terdapat kesan seperti clash mark "2012" dalam imej timbul telah mencetuskan berbagai pertanyaan dikalangan peminat syiling error.

          Beberapa percubaan terpaksa dibuat bagi mengambil foto imej clash mark "2012", sukar untuk mendapatkan gambaran yang jelas kerana imej yg muncul agak samar namun ianya adalah jelas bila berada dibawah kanta...

             Kemunculan imej dengan bentuk yg timbul sebenarnya bukan dari fenomena die clash kerana imej clash mark yang disebabkan die clash adalah berbentuk berparit.

          Jika diandaikan imej ini muncul akibat dari striking error ianya menghampiri ciri-ciri double strike error  dan off center tetapi pada bahagian lain tidak ada tanda-tanda tersebut...

         Sekiranya dikaitkan dengan die errors atau variety errors, kemunculan imej "2012" agak jauh dari imej sebenar 2012 dan kemungkinan jika disebabkan fenomena die clash juga sukar dijelaskan kerana ianya terjadi imej yang sama pada satu permukaan die...Adakah mungkin ianya adalah hasil satu kesilapan semasa proses penyediaan working die atau diperingkat working hub?....

              Adakah kemungkinan yang sama juga terjadi pada syiling 5sen 2012 yang pernah dipamirkan ini....

              Die clash yang tulin 5sen 2012....clash mark adalah dalam bentuk berparit atau negatif

2 ulasan:

  1. PUNYA DUA KESALAHAN DI MATA WANG INI :

    "DIE BREAK" ATAS "A" DI KATA "BANK".

    "DIE CLASH" 2012 LEMAH DEKAT TANGGAL 2012.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih mr. Gilad Zuckerman,
      Ya,pada huruf "A" terdapat tanda awal die break yang lebih dikenali sebagai die crack.

      Agak sukar untuk mengaitkan imej 2012 dengan die clash kerana ianya muncul pada permukaan yang sama. Walaupun kemungkinannya ada tetapi fenomena itu adalah luar biasa berbanding kejadian die clash biasa dan perlukan penjelasan yang lebih terperinci...Terima kasih kerana berkunjung dan berkongsi...

      Padam