Ahad, 19 Mei 2013

10 SEN S3M ROTATED DIE

              Syiling baru Malaysia yang mula diedarkan untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2012 telah menjadikan tiga siri syiling moden Malaysia berada dalam edaran sekarang. Hingga kini belum ada tarikh dari pihak BNM untuk menarik balik penggunaan syiling siri 1 (1967-1988) dan siri 2 (1989-2011). Kalau ikut kesesuaian dan penyeragaman penggunaannya (terutama untuk kegunaan berbagai jenis mesin) kemungkinan siri 1 dan siri 2 akan di tarik secara serentak meninggalkan hanya siri ke-3 yang akan digunakan oleh orang ramai...
             Bagi peminat syiling error tentunya memberi perhatian kepada berbagai jenis error yang terjadi pada syiling baru ini, beberapa kategori popular pada syilng Malaysia spt die crack,die chip dan die clash masih dijumpai terjadi pada syiling2 siri ke-3.

            Rotated die adalah kategori yang mendapat tempat istimewa dikalangan pengumpul syiling error Malaysia, ianya merupakan kategori yang senang dikesan tanpa perlu menggunakan kanta pembesar. Penemuan rotated die pada syiling siri ke-3 Malaysia 2012 telah membuktikan terdapat persamaan mekanikal dan instrumen di kilang syiling antara siri 1,siri 2 dan siri ke-3.

               
                   Syiling 10sen 2012, rotated die error.....

                   Kedudukan imej syiling 10 sen rotated die berbanding syiling biasa....

            Walaupun yang dijumpai ini hanya sekitar 40 darjah rotated die tetapi ianya merupakan satu petanda bagi penemuan yang lebih besar darjah pusingannya....

                Syiling 20sen 1976 siri Parlimen mewakili rotated die bagi siri pertama.....

    Bagi siri Bunga raya, banyak denominasi dan tahun pengeluaran dijumpai kesan rotated die error

2 ulasan:

  1. assalam. sungguh menarik kupasan yg diberikan. sy juga mempunyai rotated syiling 10 sen siri ke3 almost 180° dan pemburuan masih diteruskan utk nilai2 yg lain. apepn tahniah atas usha yg dilakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali,terima kasih kerana berkunjung. Rotated die merupakan kategori yg menjadi buruan pengumpul syiling error selain dari doubled die variety. Selain mengumpul mengikut denominasi lain elok tuan cuba kumpulkan juga mengikut tahun keluaran dan darjah pusingan...Terima kasih

      Padam