Rabu, 15 Mei 2013

GARIS DIE GOUGE VS GARIS DIE CRACK

            Garis die gouge dapat dibezakan dengan garis die crack melalui pemerhatian secara teliti keatas bentuk fizikal garis yang wujud pada syiling. Pemahaman bagaimana kedua error ini berlaku akan membantu kita membezakan antara kedua jenis garis dalam kategori errors ini.

           Syiling 5 sen 2010 ini adalah jelas die gouge error, pembentukan garisnya adalah lurus antara angka "2"dan"0". Garis yang terbentuk secara lurus dan hampir licin membezakannya dari garis yang terbentuk disebabkan keretakan yang terjadi pada die crack.

          Berbagai hipotesis dapat kita ajukan untuk merungkai punca sebenar yang menyebabkan garis ini terbentuk pada working die syiling ini. Ianya bukan disebabkan keretakan pada die.
Meneliti pada fizikal dan tempat terjadi garis die gouge ini dapat membezakannya dengan garis yang tejadi pada die crack

             Syiling 5 sen 2007 ini pula adalah spesimen die crack yang jelas dan satu perbezaan yang ketara sebenarnya wujud berbanding dengan syiling 5 sen 2010 diatas.

           Dua die crack terjadi pada syiling ini iaitu pada kaki angka"2" dan pada huruf"N"

Die crack biasanya bermula pada rim dan akan merebak memanjang ke bahagian dalam syiling. Pembentukan blob adalah satu ciri-ciri istimewa pada die crack walaupun tidak semestinya semua die crack akan terbentuk blob. 

Perhatikan garis die crack yang tidak lurus dan mempunyai saiz sepanjang garis yang berbeza-beza akibat dari "lubang"keretakan yang terjadi pada die. 


2 ulasan:

  1. Salam Tuan Depankanta,

    Terima kasih diatas penerangan yang diberikan. Cuma Nsdk masih lagi keliru dengan syiling milik Nsdk 10sen 1978 yang disiarkan di blog. Nsdk namakan Die Gouge V Die Crack Error. Mohon jasa baik tuan memberi pandangan berkenaan error tersebut.
    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      die gouge sering terkeliru antara die chip dan die crack mengikut bagaimana ianya muncul pada permukaan syiling. Kekeliruan ini dapat diatasi jika pemerhatian yg teliti dilakukan...

      Terima kasih nsdk...

      Padam