Rabu, 23 Januari 2013

MENGUSUL SYILING YASIN

         Kerajaan Sri Vijaya yang pernah menguasai dunia Nusantara suatu masa dulu merupakan satu kuasa yang menyeluruh dan mengamalkan sistem beraja dan rakyatnya mengamalkan ajaran dan budaya agama Hindu dan Buddha..Banyak kuil-kuil lama dan candi yang menjadi bukti sejarah peninggalan kerajaan Sri vijaya ini.

      Banyak artifak sejarah peninggalan kerajaan dan rakyat Sri Vijaya berjaya ditemui dan dijadikan bukti sejarah tentang tamadun yang wujud serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat pada masa itu. Malangnya para archaeologist dan ahli sejarah hingga kini belum mendaftarkan penemuan syiling-syiling Yasin walaupun ianya dikatakan berasal dari zaman purba Nusantara.

                    Antara penemuan artifak peninggalan kerajaan Sri Vijaya ialah merupakan syiling dan token yg digunakan sekitar tahun 700-1200M...Pengaruh agama Hindu dapat dilihat pada imej ketuhanan yang diukir pada permukaan syiling dan token yang ditemui,kebanyakan adalah diperbuat dari timah hitam..Tujuan pengeluaran Token di Zaman itu mungkin berkaitan dgn amalan  perubatan,jampi,tangkal,ramalan,pemujaan dsb..


         contoh syiling-syiling dan token yang dijumpai dari zaman kerajaan Hindu purba....(dari google image)

     Selain kerajaan purba Sri Vijaya yang mengusai sebahagian besar kawasan Asia Tenggara, di Sebelah Eropah yang dikusai oleh kerajaan Greek purba dan Rom juga telah mengeluarkan syiling dan token yang mempunyai berbagai imej yang menonjolkan raja dan ketuhanan dalam syiling-syiling mereka.




                    Berbanding pula syiling-syiling lama tempaan dari pemerintahan Islam terutama pada zaman kegemilangan Tamadun Islam yang bermula 750 M hingga abad ke 16, rekabentuk imej yang diukir pada permukaan syiling adalah tidak menjadikan imej manusia atau binatang sebagai simbol pengenalan utama.

               Contoh-contoh syiling,token,medal yang bercorak Islamik yang disesuaikan mengikut syariat Islam



   Berbanding dengan syiling-syiling dan token yang dikenali sebagai syiling Yasin atau duit Yassin di kalangan masyarakat Nusantara khususnya masyarakat melayu, syiling Yasin banyak menampilkan imej dalam bentuk manusia dalam bentuk lakaran berdimensi....

                      Contoh syiling-syiling Yasin yang dapat dilihat dalam google image

                         


          Bertujuan untuk pencerahan tentang asal-usul syiling Yasin,depankanta ingin mengutarakan pendapat peribadi yang dirasakan baik untuk dikongsi bersama. Meskipun tulisan ini bukan berdasarkan kajian yang mendalam tetapi dikira cukup untuk memberi lontaran bagi mengiringi pendapat umum yang sedia ada.
   
            Syiling-syiling yang dikatakan syiling Yasin yang berada dalam koleksi berbagai pihak sekarang  adalah dibuat dalam tempoh yang panjang iaitu bermula dari kemasukan Islam ke bumi Nusantara hingga ke Zaman Moden hari ini. Ciri-ciri syiling Yasin yang awal dibuat adalah mewarisi dan di adaptasi imej tradisi token-token yang dibuat pada zaman terakhir kerajaan Sri Vijaya kemudian di sesuaikan dengan perlambangan bercorak Islamik mengikut keadaan masyarakat pada masa itu yang mula menerima Islam.  Kemungkinan syiling-syiling Yasin menjadi medium dakwah kepada para da'i dizaman peralihan Hindu-Islam dibumi Nusantara. Bentuk lakaran pada orang,objek dan lain-lain imej masih terikut-ikut dengan rekabentuk token yang dikeluarkan oleh penguasa candi dan kuil di Zaman kerajaan Sri Vijaya. Penggunaan yang bersifat mistik juga turut mempengaruhi kegunaan syiling Yasin hingga hari ini.

            Terdapat juga syiling-syiling Yasin yang dipercayai dikeluarkan pada era moden dengan rekabentuk rekaan baru. Syiling-syiling ini dapat dikenali dari susunan ayat dan tulisan serta imej objek yang digunakan adalah berkisar pada zaman moden.Syiling Yasin Tahiyat contohnya adalah berasaskan tulisan khat shahadah yang popular pada sekitar tahun 60an...

          Syiling Yasin yang di kaitkan dengan nama Wali 7 ini mungkin merupakan satu contoh penggunaan syiling Yasin sebagai medium dakwah dengan digambarkan watak-watak orang ramai yang mengkagumi lafaz Syahadah yang dibawa oleh seorang yang diukir berwatak dan berpakaian Alim..bentuk orang yang dilukis dilihat adalah terikut dengan lukisan-lukisan yang terdapat watak-watak wayang kulit.Menggunakan huruf,angka dan objek secara simbolik atau wafak adalah kaedah yg baik untuk menarik perhatian orang ramai..Ramai penggemar syiling Yasin berpendapat syiling Yasin yang ori adalah diperbuat dari timah hitam adalah bersesuaian dengan penggunaan logam itu pada era purba....

Token Hindu purba yang dikenali sebagai "Ram Darbar Temple Token Ramatanka" ini merupakan salah satu artifak lama yang dikenal pasti dikeluarkan oleh pihak berkuasa kuil Hindu purba.Adakah mungkin token-token seumpama ini menjadi inspirasi kepada penciptaan syiling Yasin dizaman peralihan Agama Hindu-Islam di Nusantara?


            Wayang kulit yang pernah popular di Kelantan dan sebahagian Kepulauan Indonesia adalah berasaskan watak-watak dalam Agama Hindu,bila Islam diterima sebagai Agama oleh masyarakat melayu, wayang kulit hanya menjadi satu pertunjukkan permainan untuk hiburan semata-mata.Pernah juga wayang kulit dikatakan menjadi medium dakwah oleh para Da'i di Indonesia pada zaman peralihan Hindu-Islam dan adakah syiling-syiling Yasin juga sebenarnya adalah pernah membawa peranan yang sama?

      Tulisan dan pendapat diatas adalah sekadar satu sisipan idea dari pemerhatian dan bukan hasil kajian ilmiah yang mempunyai sandaran bukti yang kukuh. Sekiranya para Pelawat ingin berkongsi idea, pemerhatian atau kajian adalah dialu-alukan....



"SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD  SAW" 1434H.

Sabda Rasulullah SAW :

" Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia "
( Ahmad, Hakim & Baihaqi )

6 ulasan:

  1. Salam, Syiling yasin yg saya baru jumpa xseperti yg ada dalam gambar tuan, jika ingin lihat boleh wasap sy dinombor 01114747453.. Mungkin boleh berkongsi maklumat

    BalasPadam
  2. Salam, Syiling yasin yg saya baru jumpa xseperti yg ada dalam gambar tuan, jika ingin lihat boleh wasap sy dinombor 01114747453.. Mungkin boleh berkongsi maklumat

    BalasPadam
  3. Syiling yasin sy pun berbeza. Cuma Syiling Wali 7 tu jer yg sama. Boleh berkingsi2 pendapat wasap saya 01120387878

    BalasPadam
  4. saya mempunyai token wayang kulit tersebut..jika hendak membeli nya boleh menelefon nombor saya atau wasap saya di nom.0175568364... harga boleh runding..dipercayai hanya saya seorang shj yg ade

    BalasPadam
  5. Saya pun ada syiling..klu tuan ada mase blh wsap sya..cma skdar nk thu 0125371408

    BalasPadam
  6. Saya pun ada siling yasin .dpn gambar orng pegang tongkat ..belakang gmbr pedang ...0195211475 klu behajat nak..

    BalasPadam