Mengenal pasti sesuatu kategori error pada sesekeping syiling bukan sesuatu yang remeh meski pun pada kategori tertentu spt die chip,die clash,die crack adalah jelas dan mudah dikenal pasti.Dengan bantuan dari nota2 dan artikel dari pakar tempatan atau antarabangsa akan membantu kita mengenal pasti error mengikut standard yg sebenar.Bagi penemuan sesekeping syiling yg luar biasa dan belum ada dipamirkan spesimen seumpamanya agak sukar ditentukan melainkan mereka yg benar2 pakar dan berpengalaman luas dalam bidang ini.
Syiling 20 sen 1988 yg dijumpai ini agak sukar dipastikan kategori errornya,apa yg pasti ianya berlainan dari syiling2 biasa dalam siri Parlimen dan diyakini ianya adalah mint error...Perhatikan buncu bintang yg agak panjang dari yg biasa....
Tempaan sekitar rim juga kelihatan tidak kemas....
Perbandingan imej hujung buncu bintang yg error (atas) dan yang biasa (bawah)
Dengan pemerhatian dgn mata kasar juga dapat melihat buncu bintang yg panjang (kiri) berbanding dgn yg biasa (kanan)
Bahagian belakang syiling ini juga ada kesan tempaan yg kurang sempurna,tempaan pada bahagian tepi berhampiran rim kelihatan terdapat ganguan pada permukaan die atau pada tekanan die...
Setelah mendapat komen dari anonymous yg dikira pakar dalam syiling error,depankanta sempat melayari beberapa laman web antarabangsa dan mendapati syiling 20 sen 1988 ini adalah satu lagi penemuan variti traildies yg tidak diberi perhatian sebelum ini.Memandangkan syiling ini adalah satu variti yg dibentuk oleh die,diharap ada lagi penemuan spesimen spt ini untuk perkongsian bersama...
Maklumat tentang trail dies boleh dilayari di:
http://traildies.com/id118.html
Kalau tak salah , pada bucu bintang tu dlm kategori Die errors 'Trails' atau dipanggil juga 'Trail Lines' . Dan sebenarnya lebih kepada 'die variety' kerana ia berlaku semasa prosses hubbing.
BalasPadamTerima kasih banyak2 anonymous,
PadamSetelah meneliti komen tuan dan hasil dari maklumat yg diperolehi dari beberapa laman web syiling error antarabangsa didapati syiling diatas adalah sememangnya trail lines,iaitu variti syiling Malaysia yg belum pernah dipamirkan.
Pada awalnya disangka imej yg panjang itu disebabkan kesan repaired die tetapi bila banyak bucu yg ada kesan tersebut tak mungkin kesilapan begini akan berlaku.
Post ini telah dikemaskini dan diharap akan ada penemuan seterusnya oleh rakan2 bagi menguatkan lagi bahawa syiling ini adalah hasil dari kesilapan yg terjadi pada working die iaitu semasa proses hubbing yg juga ada persamaan dgn kejadian syiling variti doubled die.
Terima kasih banyak2 anonymous.."KEEP IN TOUCH"
Hi depankanta,
BalasPadamBagus sekali depankanta memaparkan specimen ini dan dapat pelajari daripada Anonymous kesan ini dipanggil Trail Lines.
Sebelum ini kami ingin bagi ia nama octopus, haha.
Tahniah dan terima kasih banyak depankanta dan Anonymous :)
Hi whycollect,
PadamSyiling 20 sen 1988 adalah antara syiling yang masih kita dapat jumpai dalam gred yg tinggi,sekiranya trail lines ini dapat dilihat pada syiling yg bergred tinggi tentu lebih jelas dan cantik bintang yg terpancar panjang itu..
Perkongsian maklumat tentang syiling2 error akan banyak membantu untuk memantapkan bidang ini.Selain dari otai2 dan pakar2,pengumpul dan peminat syiling error yg baru juga dialu-alukan untuk berkongsi pendapat melalui ruangan komen..
Terima kasih banyak sdr whycollect dan sekali lagi untuk anonymous...
Adakah syilling ini msih berharga dipasaran ... ad yg ingin mmbeli ke jika ianya ditemui lgi
BalasPadam