Istilah "tumbled coins" biasanya merujuk kepada syiling yg mengalami perubahan disebabkan berlaku putaran kuat samada dengan sengaja atau tidak sengaja.
Biasanya syiling Malaysia yg ditemui adalah syiling tumbled yg terjadi dengan tidak sengaja iaitu syiling berkenaan termasuk kedalam mesin cuci pakaian atau mesin pengering pakaian.Bagi sesetengah pengumpul luar negara,mereka menggunakan tumbling machine untuk mencuci kotoran pada syiling tertentu.Kaedah ini tidak digalakkan oleh numismatik.
Banyak ditemui syiling tumbled ini dalam edaran,ianya sering mengelirukan pengumpul,terutamanya dalam kategori struck through grease error kerana keadaan syiling yg terjadi kelihatan hampir sama.
Syiling struck through grease error ini terjadi disebabkan kehadiran minyak gris pada permukaan die menyebabkan tempaan yg dibuat oleh die berkenaan menghasilkan permukaan yg mengerutu pada permukaan syiling.Perhatikan pada bangunan Parlimen juga ada kesan die yg terkena gris sementara imej bulan dan bintang tidak terjejas kerana gris hanya berada pada permukaan rata die,tidak masuk kedalam imej negative pada die.
Syiling tumbled 20 sen 1988 dan syiling struck through grease 20 sen 1973
Pada bahagian muka kedua syiling ini dapat dibezakan bila diperhatikan kesan yg terjadi
Paling ketara ialah syiling tumbled akan hilang milled edgenya dan menjadi hampir "botak" akibat putaran dan terkena objek spt dinding atau instrumen mesin cuci pakaian.
Syiling struck through grease masih elok milled edgenya kerana minyak gris hanya ada pada die atas dan die bawah.

Hi depankanta,
BalasPadamBetul juga cara baik untuk meneliti edge duit syiling berkenaan.
Tambahan pula, kamu perhatikan terdapat juga banyak kesan calar di atas permukaan mereka.
Terima kasih banyak, depankanta :)
Terima kasih banyak2 whycollect,
BalasPadamBagi ahli numis berpengalaman spt whycollect tidak bermasalah untuk mengenali perbezaan syiling begini.Sebenarnya dgn pemerhatian pada foto ada kriteria tertentu yg perlu difokuskan berbeza jika kita dapat meneliti syiling sebenar lebih mudah kita membuat keputusan....
Tima kasih banyak2 whycollect...
salam depankanta..
BalasPadamsatu penerangan yg sgt2 menarik dan bermanafaat..
cuma nak minta pandangan depankanta,
adakah semua syiling yg mana milled edgenya menjadi botak disebabkan oleh mesin basuh?
sebab dalam simpanan fakkahqarsh ada sekeping syiling 10 sen rotated die error yg tepinya botak, gambar permukaan syiling pudar, dan saiznya lebih kecil sedikit berbanding dgn saiz normal..
mohon pandangan depankanta..tqvm..
Salam fakkahqarsh,
BalasPadamPakar2 syiling error biasanya merujuk pada berat untuk menentukan syiling2 yg sedemikian samada disebabkan mint error atau tidak..sekiranya beratnya masih kekal kemungkinan ianya adalah error dan sekiranya banyak berkurang ianya adalah PMD.
Kalau mengikut apa yg digambarkan itu,syiling berkenaan adalah PMD atau terjadi diluar kilang.Sesetengah error spt broadstrike akan menyebabkan diameter syiling akan bertambah sedikit dan sisinya akan terjejas tapi rasanya tiada keadaan yg menyebabkan syiling menjadi semakin mengecil selain PMD..
Terima kasih banyak2 Fakkahqarsh,ini semua sekadar pendapat depankanta semata2..