Jumaat, 21 Oktober 2011

NOT TANPA SILVER SECURITY THREAD

Sekeping not rm 10 menarik perhatian bila didapati TIADA silver security thread yg sepatutnya menjadi salah satu ciri2 keselamatan wang kertas ini.
    Memandangkan depankanta sangat kurang pengetahuan tentang wang kertas,mungkin pelawat boleh bersama kongsi pengalaman...
                                          wang kertas rm 10.Tiada tanda2 wang palsu..semuanya kelihatan okey,cuma penggunaanya agak lasak sikit.Tempat security thread hanya ada bekas kosong berwarna putih.

                                      Prefix MK....

                                        Tiada tanda2 kesan ciri-ciri keselamatan itu disiat atau dibuang...

                                         Water mark pada wang kertas ini jelas seperti wang kertas biasa...

Adakah wang kertas  ini satu error atau ada sebab lain yg lebih munasabah,......

9 ulasan:

  1. Salam encik Zul

    Note ni original tapi bukan error. Hologram thread tu mmg boleh ditanggalkan dgn cara kikis, guna "iron" pada note yg basah... kalau nak hilangkan terus image pada note pun boleh.. guna Acetone. Biasanya security thread akan ditampal ke note palsu dan di bank in ke akaun melalui deposit machine...atau guna kat pasar2 malam... note ni tak ada nilai kalau ditukar di bank

    BalasPadam
  2. Salam Zam,
    Terima kasih banyak2,padat dan lengkap penerangan Zam berkaitan not ini.Memang not ini diperolehi dari pasar malam Putrajaya,nampaknya security thread yg asalnya untuk mengelak pemalsuan menjadi alat untuk menipu deposit machine..haha..macam2..
    Terima kasih banyak2,Zam ada kepakaran bidang ini..Teruskan yg terbaik untuk Numismatik Malaysia

    BalasPadam
  3. Hi Zam & depankanta,
    Wow, satu penjelasan yang amat berguna kepada kami.
    Sebelum ini, kami memang menganggap ia adalah sekeping not error.
    Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi pengalaman, Zam & depankanta :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih banyak2 whycollect,
    Nampaknya masih ada kelemahan pada wang kertas Malaysia,memandangkan nilainya tinggi dan mudah sekali disalahgunakan harap perkara ini sudah ada pada pengetahuan Bank Negara.
    Terima kasih banyak2 whycollect,perkongsian begini akan cepat meningkatkan pengetahuan kita....

    BalasPadam
  5. Penjelasan yg amat berguna pd saya...Mujurlah saya singgah blog Depankanta terlebih dahulu kerana di sini, Pulau Pinang ada seorang penjual duit lama Malaysia yg menjual duit RM10 spt dlm gambar tersebut pd harga RM60....Terima Kasih pd semua :)

    BalasPadam
  6. Hi Anonymous,
    Ini satu contoh untungnya perkongsian.Kita semua berterima kasih pada sdr.Zam yg banyak membantu hal ini.
    Sebagai anggota masyarakat perihatin elok anonymous ambil apa2 langkah yg bijak bagi mengelakkan orang ramai dari terus terpedaya oleh pencipta "wang kertas error"itu...
    Terima kasih banyak2 anonymous

    BalasPadam
  7. Saya ada sekeping,maksudnya iniduit palsu atau x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga puan dahlia, sila rujuk komen dari Zam, beliau adalah pakar berkaitan wang kertas..Wang kertas ini adalah tulin..Terima kasih kerana melawat

      Padam
  8. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    cloud service provider

    BalasPadam