Jumaat, 27 April 2012

MILLED EDGE ERROR

 Tertarik dgn apa yg dipamirkan oleh seorang pengumpul baru dari Sarawak iaitu kakicoin.blogspot.com,satu penemuan yg agak istimewa dapat disimpulkan keatas syiling error Malaysia.Biasanya perubahan yg dijumpai pada sisi syiling dikaitkan dgn variti die.Namun bila diteliti semula berdasarkan penemuan dari yg dipamirkan juga oleh rakan2 blogger numis yg lain,didapati sisi (edge)syiling juga turut menyumbang pada syiling error.
        Milled edge,mengikut catatan numismatik direkabentuk untuk mengelakkan syiling dari rosak kerana  terpotong atau terserpih pada sisinya (clipped),Berbagai rekabentuk dapat ditemui pada sisi syiling yg juga dibuat untuk mengelakkannya dari pemalsuan.Yg paling popular rekabentuknya adalah reeded edge yg menjadi bentuk kebiasaan pada syiling2 moden.Ianya ditempa oleh die ketiga atau collar die.

 Dua keping syiling 10 sen 2010 ini merupakan contoh tentang wujud error dalam pembikinan sisi syiling.

                         Syiling dgn milled edge error(kiri)dan syiling biasa (kanan),jelas menunjukkan perbezaan pada saiz alur gerigi (reeded) sisi kedua syiling ini.


        Gerigi pada sisinya(reeded edge) menjadi kecil akibat ditempa dua kali...

           Sekiranya diteliti pada saiz gerigi menampakkan terdapat perubahan yg terjadi,pada bahagian bawah foto syiling ini kelihatan gerigi yg halus dan pada bahagian atas saiznya adalah biasa dan terdapat kesan tempaan berganda yg kurang jelas..Perubahan ini menjadi alasan pada depankanta untuk mensabitkan syiling ini sebagai syiling error yg termasuk dalam kategori striking error pada sisinya.
Selain syiling 10 sen siri bunga raya,fenomena ini juga dikesan terjadi pada syiling 5 sen siri ke2 ini....

   
      

6 ulasan:

  1. ini dinamakan "Abnormal Reeding" dehhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak pelik juga,kalau muka depan dan belakang dinamakan error tapi kalau disisi setakat dinamakan abnormal saja sedangkan semua syiling error adalah abnormal..haha
      Terima kasih Anonymous

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Kami memang berasa gembira kerana selepas depankanta memaparkan kecacatan edge ini, kamipun berjaya menemui beberapa keping syiling yang mempunyai ciri-ciri berkenaan.
    Kemungkinan sebelum ini, kamipun tidak sedar adanya kecacatan tersebut.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Selama ini banyak2 syiling2 yg mengalami kecacatan pada sisi diabaikan.Mungkin kita menganggap ianya sentiasa sempurna.Bila diteliti semula memang pada sisi syiling juga harus diberi perhatian,selain partial collar error,berbagai kecacatan lain pada sisi juga harus dikenal pasti kategori errornya....

      Dengan penemuan yg ada pada whycollect itu,tentu syiling2 ini dapat diketengahkan kepada yg lebih pakar untuk menelitinya..

      Terima kasih banyak2 whycollect...

      Padam
  3. salam depankanta.
    cukup menarik sekali bila lihat keadaan sisi syiling yg kebetulan duacongkak pun sudah mengumpulnya, cuma belum dimuat dlm blog...paling menarik pada sisi syiling 5 sen 1996 yg kelihatan lebih nipis, dan ada jg syiling 5 sen yg sisinya sebahagian nipis dan sebahagian lg tebal. 2 in 1 disenaraikan sebagai " bling bling " takut terlupa. HEHE

    BalasPadam
  4. Salam kembali duacongkak,
    Gembira bila tuan dapat tinggalkan komen disini,harap blog duacongkak akan diteliti semula apa yg tak kena atau ada "error"disana..hehe

    Syiling dgn milled edge yg istimewa begini patut dikongsi dan diteliti kerana hingga sekarang tidak banyak syiling yg dikaitkan dgn collar die error spt partial collar error.Banyak bukti menunjukkan syiling begini juga adalah dalam kategori syiling error.Semoga kita dapat kongsi milled edge istimewa ini dalam blog duacongkak pula...
    Terima kasih banyak2 duacongkak...

    BalasPadam