Syiling Malaysia 1 ringgit palsu tidak menjadi topik hangat yang diperbincangkan oleh masyarakat kerana kehadirannya tidak begitu menganggu urusan seharian, samada mesin atau mata orang ramai telah dapat menerima kehadiran syiling palsu ini seadanya lantaran kelicikan pembuatnya yang berjaya menciplak hampir keseluruhan proses pembuatannya.
Tidak banyak panduan pengenalan syiling palsu ini yang diberi pihak berkuasa samada pihak Polis atau Bank Negara walaupun telah ada tangkapan dibuat tehadap jenayah ini. Pakat-pakar numismatik adalah antara mereka yang terdahulu dapat mengesan kehadiran syiling palsu ini kerana mereka sangat sensitif tentang sebarang perubahan pada setiap syiling.
Sekeping syiling 1 ringgit palsu 1995 yang tiba ke tangan depankanta telah dapat menceritakan bagaimana proses pembuatan syiling palsu adalah menyamai pembuatan syiling tulin bermula dari pembuatan working die.
Syiling palsu 1 ringgit 1995
Bahagian muka
Pembentukan imej berganda (doubled die) pada syiling ini telah menjadi bukti yang jelas working Die untuk menempa syiling palsu ini juga telah melalui proses multiple squeeze iaitu satu proses rumit dengan kemudahan dan peralatan yang serba lengkap. Proses annealing dan hubbing merupakan proses yang memerlukan kepakaran yang tinggi. Bila Die syiling palsu dibuat dengan proses multiple squeeze bererti pembuat syiling palsu memang bermaksud untuk membuatnya supaya berkualiti dan dalam jumlah yang banyak.
Gandaan imej pada perkataan BANK tidak jelas kesan dari proses tekanan pertama yang kurang sempurna semasa proses hubbing.
Kehadiran garis-garis halus pada permukaan syiling ini dipercayai adalah kesan PMD

Kesan die clash seperti ini juga pernah dijumpai pada syiling 50sen palsu. Penemuan die clash error pada syiling palsu membuktikan proses pembuatan syiling palsu Malaysia adalah melalui proses penempaan (striking) bukan dibuat secara acuan tuang (casting).
Pembentukan imej berganda (doubled die) pada syiling ini telah menjadi bukti yang jelas working Die untuk menempa syiling palsu ini juga telah melalui proses multiple squeeze iaitu satu proses rumit dengan kemudahan dan peralatan yang serba lengkap. Proses annealing dan hubbing merupakan proses yang memerlukan kepakaran yang tinggi. Bila Die syiling palsu dibuat dengan proses multiple squeeze bererti pembuat syiling palsu memang bermaksud untuk membuatnya supaya berkualiti dan dalam jumlah yang banyak.
Gandaan imej pada perkataan BANK tidak jelas kesan dari proses tekanan pertama yang kurang sempurna semasa proses hubbing.
Kehadiran garis-garis halus pada permukaan syiling ini dipercayai adalah kesan PMD
pada angka "19" jelas wujudnya gandaan imej (Doubled die). Pembentukan dua imej "19" sebanyak dua kali ini adalah hasil dari proses hubbing yang dibuat sebanyak dua kali bagi menguat dan menajamkan pembentukan imej pada syiling. Kegagalan pelarasan working hub keatas working die menyebabkan terjadi gandaan imej ini.
Berat syiling palsu ini adalah 9.82 gram,iaitu melebihi berat biasa spesifikasi syiling tulin iaitu 9.35gm. dengan kandungan aloi, tembaga,zink dan timah. Syiling palsu ini disyaki diperbuat hanya dengan menggunakan satu logam sahaja
Kewujudan die clash error dan Doubled die pada syiling 1 ringgit palsu ini menjadi bukti yang sempurna bagi menjelaskan bagaimana ianya dirancang dengan teliti dan dibuat dengan menggunakan teknologi yang hampir sama dengan pembuatan syiling tulin bukan dibuat hanya di belakang rumah.
Assalamualaikum tuan depankanta...
BalasPadamTerima kasih di atas penerangan yg sangat terperinci tentang syiling ini...memang tidak dapat dinafikan rm1 emas pling byk dipalsukn...berdasarkan pengalaman, sy lebih byk menjumpai yg palsu berbanding yg tulen...dan tidak hairan lh mengapa BNM membatalkan nilai syiling tersebut....sy bersetuju dgn pendapat tuan, yg mana sepatutnya BNM perlu memberitahu kepada org ramai cara untuk membezakan antara syiling tulen dgn syiling palsu...dan tindakan tegas perlu diambil kepada sesiapa yg mengedarkan syiling tersebut....yalah...mungkin nilainya hanya rm1...jd perkara ini dianggap perkara remeh org sgelintir masyarakat...
W'Salam W.W zairul fazwan,
PadamTerima kasih tidak terhingga kepada tuan atas perkongsian yang menarik ini. Sebenarnya selagi tiada garis panduan dikeluarkan oleh pihak berkuasa, sukar bagi kita untuk menentukan ketulinan sesekeping syiling. Jika kita mengambil kira penemuan error dan varieti syiling Malaysia, tidak mustahil sebahagian dari syiling yang didakwa palsu itu sebenarnya adalah tulin yang dikeluarkan oleh pihak kilang tetapi dalam kategori error atau varieti yang terpencil....Terima kasih banyak sdr Zairul Fazwan...
Hi...minggu lepas saya ada beli secara online duit syling RM 1 dari seorang individu, 8 keping semuanya. Apabila duit tu sampai, saya pun check, lepas saya perhatikan ada something wrong dengan syling tu kerana hampir semuanya mempunyai lingkaran. Then i wash them using lime juice and salt, barulah nampak garisan tu. Bahagian tepinya pula, miilled-nya tidak sama dari aspek jarak. 2 daripada syiling tersebut kembung sedikit. Adakah syiling tersebut palsu? Thank you in advanced.
BalasPadamHi, Terima kasih kerana melawat..Kalau mengikut penerangan diatas kemungkinan kesemua syiling diatas adalah syiling palsu. Sila rujuk:http://depankanta.blogspot.com/2011/11/ciri-ciri-error-syiling-keris.html
PadamTerima kasih
Saya ada wang syling malaysia 1rggit tahun 1995,1991.nr fon 0167414259.
BalasPadamSaya ada wang syiling 1rm tahun 1995,1991,minat cll sy 0167414259.
BalasPadam1990-1995 semua ada
BalasPadamHi
BalasPadamSaya ada syiling rm1 1995 dan 1dollar king Edward 1904 siapa berminat wasp 0175082421
BalasPadam