Retained cud adalah juga kategori cud error dimana serpihan die yang pecah belum tertanggal sepenuhnya. Walaupun sebenarnya serpihan ini telah terpisah dari batang die tetapi masih berada bersama die dan mampu menempa sebilangan syiling sebelum ianya terpelanting keluar atau die yang rosak itu ditukar.
Pengumpul syiling error cenderung untuk meletakkan kategori cud error bila pecahan die terjadi sekitar rim atau menyentuh bahagian rim dan kebanyakan penemuan cud sememangnya adalah dalam keadaan yang sedemikian. Depankanta berpendapat ciri-ciri retainad cud error tidak semestinya menyentuh bahagian rim.
Penemuan retained cud atau retained die break pada syiling 10 sen 2002 ini membuktikan pecahan die tidak semestinya terjadi pada bahagian tepi die yang menyentuh bahagian rim tetapi terjadi pada bahagian tengah die.
Retained cud error
Retained cud terjadi pada bahagian muka syiling kerana bahagian ini ditempa oleh die bawah yang berkedudukan seperti lantai, bila die bawah pecah ianya tidak terus terpelanting keluar kerana masih kekal oleh graviti serta diapit oleh logam disekelilingnya.
Cud error yang dipamirkan sebelum ini, tiada kesan imej kerana bahagian planchet tidak terkena/tersentuh logam die.
Lakaran bagaimana retained cud error terjadi

Pengenalan retained cud ialah pada bahagian yang rosak masih terdapat corak-corak halus (details) yang tidak begitu jelas berbanding dengan cud error yang tidak meninggalkan apa-apa corak.
Cud error yang dipamirkan sebelum ini, tiada kesan imej kerana bahagian planchet tidak terkena/tersentuh logam die.
Lakaran bagaimana retained cud error terjadi
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu untuk perkongsian syiling ini.
Assalamualaikum. Tn. Depan Kanta,
BalasPadamSyiling ini mengingatkan Nsdk pada syiling 10 sen 2002 die crack v blob yang pernah Nsdk siarkan dahulu, . Nsdk cuba ambil semula gambar syiling tersebut dan nampak jelas corak pada blob yang terletak jauh dari rim masih kelihatan. Bolehkah error ini dianggap sebagai retained cud?.
Terima kasih Tuan dengan perkongsian yang menarik ini.
Salam kembali NSDK,
PadamBagi depankanta perbezaan blob dan cud adalah dengan melihat bagaimana kesan yang ada pada die. Blob terbentuk bila terjadi serpihan yang tertumpu pada hanya satu tempat pada rekahan die sedangkan cud terbentuk disebabkan sebahagian die telah pecah. Bagi menjelaskan retained cud pula adalah bila bahagian die yang pecah masih belum tercampak keluar dan masih memberi kesan imej pada permukaan syiling....Terima kasih NSDK...
Assalamualaikum. Tn. Depan Kanta,
BalasPadamSaya berpendapat ia merupakan Retained Internal Die Break (connected to die crack)..:)
Terima kasih krn berkongsi spesimen yg hebat ini.
Terima kasih Afiq,
PadamSetiap kategori utama error biasanya akan diikuti dengan berbagai sub kategori yang lebih tepat dan sesetengah pakar syiling error cenderong untuk menamakan kategori mengikut kejadian dan pandangan mereka. Pengenalan kategori yang sangat spesifik yang dinyatakan afiq adalah contoh bagaimana setiap syiling error diteliti dengan cermat dan dinyatakan keterangan tentang kejadian setiap error...Terima kasih afiq.