Tidak banyak maklumat ditemui tentang bagaimana istilah yang agak istimewa ini diberikan kepada keadaan kerosakan syiling seperti ini. Cud merupakan kategori error yang sangat menarik dan merupakan antara yang paling sukar dipalsukan.Cud error boleh terjadi pada bahagian muka dan pada belakang syiling. Adalah terlalu sukar untuk dijumpai terjadi cud pada kedua permukaan syiling...Perkongsian kali ini adalah cud error bahagian belakang syiling Malaysia 10sen 2005.Cud adalah istilah yang diberikan untuk menggambarkan bonjolan yang timbul pada permukaan syiling. Kategori error ini adalah die break iaitu sub kategori Die errors.
Die atas yang menempa Syiling 10sen 2005 ini telah pecah sebahagiannya lalu memberi kesan besar pada rupabentuk syiling yang ditempa, pada permukaan syiling akan kelihatan bonjol atau menggelembung dibahagian yang tidak terkena die kerana tindak balas fizik. Proto rim atau up setting rim masih kelihatan kerana rim ini dibentuk sebelum planchet ini memasuki ruang chamber untuk ditempa.
Bahagian muka rim pula akan terjadi fenomena tenggelam yang sebenarnya adalah satu tindak balas fizik yang berlaku akibat hentakan yang kuat dibahagian yang die yang masih elok. Cud error tidak menjejaskan berat syiling kerana tidak ada logam planchet yang tertanggal.
Bahagian sisi syiling akan kelihatan melengkung sedikit namun bahagian cud yang terbentuk tidak melepasi ketinggian rim...Keadaan ini menyebabkan syiling-syiling dengan cud error seperti ini masih berpeluang ditemui dalam edaran...garis gerigi pada sisi syiling tidak terjejas kerana collar die tidak rosak.
Kiri adalah sisi syiling 10sen biasa dan kanan adalah sisi syiling cud error.

Dihujung permukaan syiling juga masih kelihatan proto rim. Bahagian yang kelihatan tenggelam ini sebenarnya adalah bahagian logam yang terangkat naik akibat hentakan proses penempaan.
Bahagian sisi syiling akan kelihatan melengkung sedikit namun bahagian cud yang terbentuk tidak melepasi ketinggian rim...Keadaan ini menyebabkan syiling-syiling dengan cud error seperti ini masih berpeluang ditemui dalam edaran...garis gerigi pada sisi syiling tidak terjejas kerana collar die tidak rosak.
Kiri adalah sisi syiling 10sen biasa dan kanan adalah sisi syiling cud error.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu untuk perkongsian syiling ini.
Assalamualaikum tuan...
BalasPadamSaya amat teruja apabila melihat syiling ini...terima kasih tuan atas perkongsian yg bagi saya sgt menarik..byk yg dpt sy blajar slaku org baru dlm bidang ini...teruskan menulis tuan:) belum ada rezeki lg jumpa error sebegini...harap2 dpt jumpa jg suatu hr nnt..insya Allah:)
waalaikumussalam w.w sdr zairul,
Padamtuan sebenarnya bukan orang baru dalam bidang ini kita akan sentiasa melangkah seiring dengan rakan2 yg lain dan saling berkongsi antara kita..buat masa sekarang depankanta banyak bertukar pendapat melalui emel..Teruskan pemburuan tuan..Terima kasih
Salam Tn. Depankanta,
BalasPadamTerkedu rasanya melihat cud yang sebegini cantik!! . Harap-harap adalah rezeki saya dan yang lain jumpa syiling error mcm ni.
Salam kembali nsdk,
Padamharap jangan biarkan lama terkedu tu nanti sukar dipulihkan..haha, depankanta doakan dengan berkat kegigihan nsdk suatu hari nanti akan membuahkan hasil..syiling dgn cud seperti ini ada juga dipamirkan dalam blog Mr Dickson menandakan keluarganya ramai...terima kasih
Salam Depankanta
BalasPadamTerima kasih atas maklumat ini . Adakah CUD Error ini dalam katageri DIE Error . Die Error>>Die Cud.
Terima kasih
Salam kembali Dato',
BalasPadamTerima kasih atas kunjungan dan terima kasih jua atas komen ini.depankanta akan buat sedikit penambahbaikkan berdasarkan komen Dato' ini..Memang benar cud atau die break error adalah sub-kategori dari die error..Terima kasih banyak Dato'...
Saya ada jmpa duit mcam ni.
BalasPadamsy baru jual rm100 13/7/2019
BalasPadamJual di mana tuan
PadamSaya ada satu berapa harga sekarang
BalasPadam