Isnin, 14 November 2011

STRIKE THROUGH

Strike through errors,dalam keadaan tertentu agak sukar dibezakan dengan filled die errors.Biasa ditemui beberapa spesimen strike through errors melibatkan minyak gris yang mungkin digunakan untuk melicin dan menyejukkan die dalam proses penyilingan..
      Syiling strike through error kadang2 boleh dikelirukan juga dengan kerosakan yg terjadi diluar kilang (PMD).Terdapat ciri2 yg perlu diberi perhatian bagi membezakan antara dua kategori syiling ini,antaranya ialah meneliti secara terperinci kesan yg terjadi pada imej tertentu.
     Dipamirkan sekeping syiling 10 sen 1982 yg jelas dapat membezakan strike through error dgn syiling PMD
                    Perhatikan tingkap2 pada bangunan Parlimen yg masih kekal bentuk asal walaupun sebahagian atas lapisan logam planchet telah rosak.Sekiranya diguris atau terguris oleh sesuatu tentu ianya akan meninggalkan kesan garis berlubang dan bertebing ,tidak akan menampakkan imej begini.

       Tiada kesan bertebing  pada keseluruhan bahagian yg terjejas..Sekiranya dititik apa jua jenis asid yg kuat ianya akan menjejaskan syiling secara mendatar dan terdapat kesan perbezaan logam antara bahagian yg terkena asid dan yg tidak terkena.Bahan atau objek sebenar yg berada antara die dan planchet ini semasa tempaan masih menjadi teka-teki depankanta.

                       Tidak menjejaskan pada bahagian belakang syiling

  Syiling ini dipamirkan bagi tujuan perkongsian dan bertukar pendapat,sekiranya pengunjung ada idea yg lain adalah sangat dialu2kan untuk perkongsian bersama...

2 ulasan:

  1. Oleh kerana syiling 10 sen 1982 ini sudah lama dan conditionnya dalam Fine saja,agak sukar untuk mengena pasti error secara tepat!Banyak perkara boleh berlaku sepanjang masa ini.Kalau yang UNC,memang boleh di kena pasti dengan tepat!

    BalasPadam
  2. Hi Mr Dickson,
    Tepat sekali,kondisi syiling adalah penting untuk mengenal pasti errornya..kalau keadaan syiling yg teruk,PMD disangka syiling error dan kadang2 syiling error disangka PMD..haha
    Nampaknya Mr Dickson kena ada makmal untuk membuat kajian keatas syiling2 error begini dan tentu ramai yg akan hantar syiling utk diperiksa..
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson..

    BalasPadam