Ahad, 13 November 2011

TRIPLE DIE CLASH

Syiling 10 sen siri bunga raya adalah antara syiling yg sukar dijumpai terjadi die clash errors,berbanding dengan siri Parlimen yg banyak dijumpai imej "0" pada bahagian muka syiling terutama syiling 10 sen tahun 1981...
        Sekeping syiling 10 sen 1999 dijumpai agak berlainan dengan imej die clash yang biasa,dimana akibat dari "pertembungan"sesama die yg tertempa tiga kali menyebabkan kesannya dapat dilihat dengan jelas pada permukaan syiling..

                                      Syiling 10 sen 1999 (belakang),jelas dapat dilihat kesan tertempa tiga kali die atas dan die bawah menyebabkan bila die atas (hammer die) yg rosak itu menempa planchet begini lah jadinya..
              Jarang dijumpai kesan ghostly die clash pada syiling 10 sen yang hampir lengkap begini....

                           Pada bahagian muka syiling tidak ada apa2 kesan die clash...
   

2 ulasan:

  1. Hi Mr Dickson,
    Spesimen begini sukar ditemui,biasa kita jumpa yg ada triple strike adalah pada tepak sireh syiling MDD 20 sen siri bunga raya.Kalau dicari mungkin syiling ini masih ada adik-beradiknya...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson

    BalasPadam