Sabtu, 6 Oktober 2012

SYAMPU AKAR BELURU

      Akar beluru atau juga dikenali dgn akar sintok mempunyai keistimewaan tersendiri dan telah banyak berjasa pada masyarakat Melayu Nusantara suatu masa dulu....Pokok yang mudah diperolehi dipinggir hutan tropikal ini kian pupus oleh kepesatan arus pembangunan.Sebelum ianya lenyap dan tidak lagi dikenali oleh generasi muda elok dipaparkan untuk perkongsian bersama.

     Masyarakat melayu nusantara sebelum kedatangan pedagang luar dari berbagai negara banyak bergantung kepada sumber dari  alam semulajadi bagi keperluan kehidupan seharian,walaupun mungkin terdapat berbagai barangan dipasaran pada masa itu ianya lebih digunakan oleh masyarakat yg tinggal dipekan.

     Barangan penjagaan diri spt ubat gigi,sabun,minyak rambut,syampu,wangian dll merupakan barang2 yang dianggap baru yang dibawa masuk bila kegiatan perdagangan dgn dunia luar bermula.Masyarakat melayu dulu tidak kurang menitikberatkan penjagaan diri,umpamanya bagi membersihkan gigi,mereka menggunakan arang dan garam.Bagi membersihkan rambut pula,akar beluru menjadi pilihan utama kerana sangat berkesan dan mudah diperolehi.

                   Beginilah akar beluru yang baru diperolehi dari pasar P.Mas,seikat ini hanya rm1

     Untuk menggunakannya dgn betul,ianya perlu direndam untuk seketika.....

           Akar beluru ini menjadi lembut bila direndam air dan akan mengeluarkan buih bila digosokkan di kepala atau badan.Kandungan akar ini tidak mengeluarkan apa2 bau dan berupaya untuk menyegarkan badan.

            Bagi menghilangkan kelemumur dan kotoran dikepala,biasanya akar beluru dicampurkan dgn limau purut..Akar beluru kini dilihat telah mula digunakan oleh pengusha SPA untuk berbagai rawatan di pusat2 kecantikan mereka dan mungkin suatu hari nanti Cik Mek Molek Duchess of Cambridge Kate Middleton akan mandi menggunakan akar beluru..hehe

            Tentu anda pernah lihat akar beluru yang berjuntai dipinggir2 hutan atau dalam belukar,walaupun biasa disebut akar sebenarnya ini adalah batang pokok beluru...Kanak2 suka bergayut ala Tarzan pada batang beluru begini...

      Zaman pengunaan akar beluru mungkin masih meluas dimasa wang kertas sen ini digunakan...Sebelum perang dunia ke2....

           Tempat mandi pada masa itu  juga bersesuaian kerana akar beluru boleh diperolehi berhampiran dgn sungai....

         Bagi masyarakat yg berjauhan dari sungai,telaga atau perigi menjadi punca air utama dan hampir setiap rumah akan ada dibina telaga,timba upih dan pokok pinang biasanya akan jadi pelengkap suasana tepi telaga.

9 ulasan:

  1. Entri yang menarik, saya belum cuba lagi syampu semula jadi ini, kalau boleh nak cuba dan simpan :).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok juga iaryylr cuba dan buat penyelidikan tentang akar beluru ini,nanti jika berpotensi untuk dikomersialkan boleh dijadikan satu industri..InsyaAllah

      Terima kasih banyak sdr iaryylr

      Padam
    2. Salam Tn.Depankanta,
      Menariknya. .. Pertama kali saya dengar tentang akar beluru. akar nie sama ke dengan akar yang boleh diminum airnya bila dicantas? Elok juga guna syampu tradisional nie.

      Padam
    3. Salam kembali nsdk,
      Akar beluru ni banyak kegunaannya terutama pada wanita,pokoknya masih boleh dijumpai dikawasan2 pinggir hutan atau kawasan2 dusun, kebanyakan Pasar2 sekitar Kelantan ada dijual akar beluru ini.

      Mengikut orang2 tua memang air dari batang /akar pokok ini boleh diminum tapi tidak pasti apa khasiatnya.Sebelum mencuba syampu ini elok nsdk bertanyakan orang2 berpengalaman terlebih dulu untuk kaedah yg betul.Terima kasih nsdk...

      Padam
  2. KT mana nk bli akar beluru ni?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat pasar siti khadijah kota bharu. Juga pasar pasir mas. Di jual dalam bentuk batang fresh. Nak lagi mudah beli yg dah di ketuk & dikeringkan. Kt negeri lain x tahu lah ada jual ke tak

      Padam
  3. KT mana nk bli akar beluru ni?????

    BalasPadam
  4. kwan sy ckap kt kdai org india de jual..dia pggil akar sintok

    BalasPadam
  5. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    BalasPadam