Khamis, 4 Oktober 2012

GUTTER FOLD?

     Wang kertas baru Malaysia yang baru beberapa bulan beredar telah disambut baik oleh orang ramai,walau terdapat beberapa suara yg memberi komen tentang pengeluaran wang kertas baru ini ianya lebih merupakan satu teguran untuk penambahbaikan akan datang.

      Bagi pengumpul yang sentiasa peka dgn setiap inci yang ada pada permukaan wang kertas akan mengambil peluang keluaran wang baru untuk meneliti apa saja keistimewaan yg ada samada pada angkanya,prefixnya,prefix  gantian,radar,error dll yg sentiasa menjadi idaman disanubari setiap pengumpul.

     Wang kertas denominasi RM20 yang ditemui ini kelihatan terdapat ciri2 gutter fold error yang kurang jelas.Bagi depankanta yang kurang arif tentang error pada wang kertas ingin berkongsi dgn rakan2 dan pelawat adakah benar2 keadaan ini adalah error atau ada sebab lain yg menyebabkan kerosakan ini.

                        Garis putih kelihatan pada wajah Yang DiPertuan Agong,juga terdapat tompokan yg tiada kesan dakwat cetakan pada bahagian pipi.

            Bandingan dgn wang kertas yang sempurna cetakannya ini......

      Wang kertas yang sempurna dapat dilihat keunikan rekabentuknya bila setiap details dibesarkan...

            Wang kertas yg rosak ini tidak meninggalkan garis kosong(putih) sepenuhnya tetapi terdapat juga bahagian yg tidak terjejas spt pada bahagian kumis...

          Bahagian muka wang kertas rm20 yg ada kesan gutter fold....

       Bahagian belakang.....Prefix AA


           Pada bahagian belakang yg bertentangan dgn garis kosong  tiada apa2 kesan....
    

6 ulasan:

  1. Salam abe Faiz,
    Wang kertas ini sekiranya gutter fold error yang ori,ada premium yg tinggi..nanti cuba la belek2 duit dale poket tu...haha

    Terima kasih abe Faiz,lama tak kunjung sini....

    BalasPadam
  2. Salam sdr Depankanta,
    RM20 tersebut tidak menunjukkan ciri2 Gutter Fold yang asli...
    Gutter Fold yang asli sepatutnya putih di bahagian depan dan belakang kerana tidak terkena dakwat..hal ini demikian kerana kertas tersebut terlipat semasa proses pencetakan...

    Terima kasih sdr Depankanta...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Afiq,
      Kalau dibandingkan dgn gutter fold yg biasa dijumpai memang wang kertas ini agak berlainan.Mungkin ada penjelasan tentang apa yang terjadi pada wang kertas ini.Mengikut rakan2 yg bekerja dibank,wang kertas rm20 baru ada kelemahan pada material dan dakwat cetakannya..

      Terima kasih banyak2 sdr Afiq...

      Padam
  3. Bukan gutter error

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan, memang ramai yang setuju wang kertas diatas bukan gutter error..Terdapat sedikit kelemahan dalam pembuatan wang kertas rm20 yang menyebabkan banyak terjadi demikian....

      Terima kasih...

      Padam