Ahad, 17 Julai 2011

LATHE LINES SYILING 5 SEN 2010

Depankanta merakamkan jutaan terima kasih pada Ahli Numismatik Malaysia nucoins yg bersusah payah menjejaki bagaimana punca terjadinya syiling 5 sen 2010 concentric circles demi untuk kemajuan Numismatik Malaysia.Menurut beliau,2 spesimen yg depankanta pamirkan 5 sen 2010 dan 5 sen 2004 telah dirujuk pada pakar syiling error dari USA Ken Potter yg telah merujuk ke Kilang Mint Philadelpia untuk memastikan sebab-sebabnya.
    nucoins merumuskan "Bahawa keadaan lathe lines ini adalah kesan garisan yang tertinggal oleh mesin lathe semasa die blanks(ACUAN DIE dan bukan blank coin)di(lathemesin)kan/diperbuat dari rod keluli.
Acuan die kadang-kala tidak disempurnakan semasa proses pengilapan(polishing proses) dan proses pengehuban(hubbing process) seterusnya.Akibatnya garisan concentric negative yang tertinggal atas acuan die terus menjadi rekabentuk die dan menimbulkan garisan-garisan positive atas syiling".
   Secara ringkasnya kalau mengikut keterangan diatas depankanta dapat katakan syiling lathe lines terjadi pada peringkat pembuatan working die..Garis2 berpusar ini telah wujud pada permukaan die yg menempa syiling ini.
  
   Untuk tujuan perkongsian bersama depankanta pamirkan sekali lagi dua syiling berkenaan yg di ambil dari berbagai sudut.


                                      SYILING 5 SEN 2004 DAN 2010

                              Perhatikan garisan lathe lines
                             Garisan yang terbentuk adalah keadaan timbul (positive),berbanding dengan bahagian lain field yg tidak terjejas.

                             

                                 Bahagian muka 5 sen 2010


                     Bahagian muka 5 sen 2004
                    Bahagian belakang 2004
 Depankanta alu-alukan sekiranya ada pelawat yang mungkin juga miliki syiling begini untuk dikongsi bersama.

7 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Ketika kami melihat duit syiling ini dalam posting depankanta lalu, kamipun tertarik dengan concentric circles yang lain daripada yang terdapat pada duit syiling palsu.
    Namun tak pasti apa puncanya.
    Memang baguslah Nu menjelaskan ciri-ciri ini kepada kita.
    Banyak terima kasih, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih whycollect,
    Kita memang sentiasa berterima kasih pada Nu dan Mr.Dickson yg sentiasa memberi komen pada syiling2 yg dipamirkan,keikhlasan mereka dalam memberi pendapat sangat dihargai.MNS dan kita semua bertuah dgn penyertaan mereka.
    Tima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Error ini dipanggil "lathe lines" juga.
    Pembetulan: Ken potter pernah mendapat penjelasan dari Mint mereka berkaitan dengan koin2 mereka yang juga wujud dan bukan yang ditafsirkan dari komen awal saya.

    BalasPadam
  4. Terima kasih banyak nucoins,
    Depankanta akan sesuaikan semula kenyataan dalam post ini untuk pengetahuan dan perkongsian dengan pelawat..
    Terima kasih banyak-banyak Nu....

    BalasPadam
  5. Bolehkah ini satu kemungkinan hasil dari kesan yang terjadi atau yang ditinggalkan oleh mesin mengasah keatas die menempa yang diperlukan kerja menyelenggara.Bererti,dulu die repair dilakukan oleh mekanik secara manual dengan menggunakan alat mengasah (File tooling),jadi kesan Repaired Die Erros selalunya menunjukkan garisan positive yang melintang atau lulus diatas permukaan syiling.Tetapi sekarang mekanik guna mesin letrik mengasah yang asah permukaan die menempa secara putaran,kalau kerja pembetulan die kurang halus dan terliti,maka kesan garisan negatif berbentuk bulatan akan terbentuk dan tertinggal diatas die menempa tersebut, penempaan planchet seterusnya akan menghasilkan syiling dgn permukaan begini.Ini hanya pandangan imiginasi saya!Happy week-end!

    BalasPadam
  6. 5 sen Malaysia 钱。2010年的有换吗?

    BalasPadam
  7. Duit lima sen Malaysia.tahu 2010
    Boleh tuka tak?

    BalasPadam