Isnin, 9 September 2013

MONSTER DDO 10 SEN 2006

           Pengumpulan syiling mengikut varieti acuan berganda merupakan fokus utama setiap pengumpul syiling error, mengikut pengalaman depankanta dalam mengesan kewujudan syiling-syiling varieti acuan berganda (DDV) memang terdapat cabaran yang besar untuk melengkapkan koleksi kerana setiap varieti syiling ini tidak sama jumlahnya yang ada dalam edaran...

          Varieti acuan berganda (doubled die variety) merupakan satu kesilapan besar dalam proses pembuatan syiling namun ianya memberi keuntungan besar pula bagi pengumpul syiling error yang bertuah..Jumlah syiling DDV yang ada dalam edaran adalah bergantung kepada jumlah yang sempat ditempa sebelum ianya disedari oleh QC yang memeriksanya..Sebaik saja QC menyedari terjadi DDV ianya akan menggantikan die berkenaan dan hanya sedikit syiling yang sempat ditempa. Sekiranya lambat disedari akan menyebabkan banyak syiling DDV yang terlepas kedalam edaran dan lebih mudah bagi pengumpul untuk memperolehinya sebagaimana yang terjadi syiling DDV 5sen 2008 dan DDO 5sen 2009 yang secara relatifnya lebih mudah dijumpai...

            Varieti  DDO 10 sen 2006 ini adalah antara yang sangat sukar dijumpai, rationalnya DDO ini adalah sangat ketara jarak gandaannya yang lebih dikenali dengan gelaran "monster" yang tentunya mudah dikesan oleh pihak QC. Sebaik saja kerosakan die ini dikesan ianya terus diganti menyebabkan tidak banyak yang sempat terlepas dalam edaran....

Syiling DDO tulin sangat menarik untuk dijadikan koleksi kerana ianya merupakan satu bukti tentang keunikan pembuatan mata wang syiling.....



4 ulasan:

  1. Salam,

    Tahniah tuan kerana sudah memiliki DDV ini. Memang betul apa yang tuan katakan, bahawa DDO ini antara yang sukar untuk diperolehi dan saya pun masih mencari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr irwan,
      Pemburuan berbagai DDV yang ada perlu dipertingkatkan sementara syiling semua siri moden Malaysia masih ada dalam edaran...Harap syiling DDV ini akan berjaya irwan perolehi juga...Terima kasih

      Padam
  2. Salam Tn. Depan Kanta,

    Kelihatan ada sedikit kelainan pada syiling DDO di atas.... terutama di bahagian kepala congkak dengan syiling DDO pada tahun yang sama, milik Nsdk. Adakah terdapat dua varieti bagi syiling DDO 10 sen 2006?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Dengan hanya pemerhatian pada foto imej agak sukar untuk memastikan samada DDO 10 SEN 2006 ini adalah dua varieti atau disebabkan pemakaian/kelasakkan die (worn die)..Mungkin satu sesi pemerhatian khas perlu diadakan atau mungkin nsdk ingin cuba membuat analisis tentang perbezaan ini...Terima kasih nsdk

      Padam