Jumaat, 27 September 2013

SENARAI AWAL SEMAKAN VARIETI ACUAN BERGANDA SYILING MALAYSIA

        Dengan kerjasama dan ehsan dari saudara Zainordin zairul Fazwan dan rakan-rakan  facebooknya dalam group error coins & variety collectors, depankanta mendapat keizinan untuk memaparkan senarai VARIETI ACUAN BERGANDA @ DOUBLED DIE VARIETIES (DDV) untuk syiling Moden Malaysia. Bagi menyediakan senarai yang sebegini rupa bukanlah satu tugas yang mudah melainkan mendapat kerjasama dan sepakatan dari satu group yang besar dan sering berhubungan...Group ini telah berjaya melakukannya (sekalung tahniah untuk mereka semua)...

      Bagi pengunjung yang berminat dan berpengetahuan dengan DDV digalakkan untuk berkongsi bagi melengkapkan maklumat senarai yang ada ini dan bertujuan untuk mengesahkan semua DDV ini selain digalakkan untuk menyalurkan maklumat tentang penemuan baru...

      Sebahagian dari senarai yang dipaparkan ini telah mendapat pengesahan dari pakar-pakar DDV sementara sebahagian lagi masih dalam perbincangan..Adalah menjadi perkara biasa dalam bidang syiling error untuk melebarkan perbincangan dan mengenengahkan hipotesis masing-masing dan pada akhirnya akan menghasilkan satu senarai lengkap yang muktamad.






MALAYSIA DDV LIST

1 sen 

5 sen 

1976 DDR
1977 DDO

1982 DDR
2008 DDR
2009 DDR V1
2009 DDR V2
2009 DDR V3
2009 DDR V4
2009 DDO

10 sen

1990 DDO
2004 DDO
2006 DDO
2007 DDO V1
2007 DDO V2
2007 DDR
2008 DDO V1
2008 DDO V2

20 sen 

2007 DDO V1
2007 DDO V2
2008 DDO
2008 DDR V1
2008 DDR V2

50 sen 

1984 DDO
1991 DDO
2002 TDR
2005 DDR V1
2005 DDR V2
2005 DDR V3
2009 DDR

RM1
1993 DDO


Memandangkan kegawatan masa, depankanta terpaksa mengambil masa untuk link mana-mana DDV dalam senarai diatas dengan post berkaitan DDV yang sedia ada dalam blog ini (akan sentiasa dikemaskini nanti). Bagi depankanta tiada halangan bagi pengunjung sekiranya ingin copy atau link post ini bertujuan untuk perkongsian bersama...SELAMAT MEMBURU SYILING DDV MALAYSIA..

10 ulasan:

  1. Salam Tn. Depankanta,

    Maklumat yang begitu menarik sekali. Tak sangka begitu banyak syiling DD yang wujud. Nampaknya syiling 10sen 2008 DD, ada varieti ke 2. Sayang sekali Nsdk tidak dapat melihat gambarnya untuk dibuat perbandingan dgn syiling Nsdk yang pernah dikongsikan di blog.

    Walau apa pun tahniah pada group terse but dan terima kasih Tn. Depankanta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Kalau diambil kira jumlah die yang dibuat untuk tempaan syiling setiap tahun memang kemungkinan terjadi banyak DDV. Mengikut kefahaman depankanta, setiap die mampu menempa sejuta keping syiling, ini bererti untuk menempa (katakan) 100 juta keping syiling sebanyak 100 die diperlukan dan tentunya proses pembuatan die yang sebanyak itu akan memungkinkan terjadinya kesilapan semasa hubbing process..

      Bagi DDV yang dijumpai terjadi pada tahun yang sama agak sukar untuk ditentukan sirinya mana yang "A' dan mana yang "B" melainkan ada sepakatan antara kita semua..Terima kasih nsdk

      Padam
  2. assalamualaikum saudara...mcm mn sy nk berhubung terus dgn saudara?ini no tel sy..0126959603

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam sdr,
      Sila rujuk...http://depankanta.blogspot.com/2012/06/10-sen-s3m-filled-die.html?showComment=1380896548332#c9081074480886644449

      Terima kasih...

      Padam
  3. Kenapa koleksi awak tidak mengandungi benda benda yang mahal dan berharga semuanya murah dan tak berkualiti, tidak ada syilling dan wang kertas yang berharga pun semuanya murah dan biasa saja tak ada benda rare pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disini hanya blog perkongsian ilmu tentang syiling error Malaysia...Terima kasih kerana berkunjung.

      Padam
  4. Terima kasih tuan depankanta di atas perkongsian yg sgt menarik ini..Kepada rakan2 yg mempunyai akaun facebook dan berminat dengan error coins dan double die variety boleh juga menyertai kami di group: Doubled Die & Error Coin Collectors..di group ini kita semua berkongsi minat yang sama iaitu tentang DDV dan error coin :) hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zairul dan rakan2 sebenarnya lebih berhak untuk Terima kasih itu, depankanta hanya memperluaskan perkongsian dengan pelawat blog ini. Terima kasih juga untuk pelawaan menyertai group fb, malangnya masa depankanta agak terhad untuk hobi ini menyebabkan belum sempat buka akaun fb (haha).Pun begitu diharap para pengunjung terima pelawaan itu untuk bersama memajukan numismatik Malaysia...Terima kasih sdr Zairul dan rakan2

      Padam
  5. Hehe...saya pun belum ada lagi akaun fb.

    BalasPadam
  6. aslmkum saudara depankanta..sy tertarik dgn perkongsian tntang syiling Ddv yg semakin mendapat tmpat ..diharap perkongsian sebegini dpt memberi info2 tambahan sbagai rujukan pd masa akn datang..difahamkan terdapat beberapa lg dd yg telah brjaya dikenalpasti..mngkin saudara depankanta dpt masukkan dlm list dr semasa ke semasa...blog saudara juga antara tmpat rujukan yg terbaik..tahniah..

    BalasPadam