Ahad, 25 November 2012

20 SEN 2007,MONSTER DDO

             Syiling Malaysia tempaan Tahun 2007 siri Bunga raya banyak menyumbang kepada peminat syiling Doubled Die Variety (DDV).Penemuan Varieti Doubled Die Reverse (DDR) dan Doubled Die Obverse (DDO) bagi denominasi 10 sen 2007 telah dapat dikongsi dari rakan2 pengumpul yang semakin ramai yg memberi perhatian kepada varieti dan syiling errors.

            Dengan penglibatan semakin ramai pengumpul syiling error,sebenarnya kita semakin mendekati numismatis antarabangsa.Bila ramai yg terlibat,kemeriahan perkongsian kian terasa.Tugas meneliti,menilik,membelek,memerhati,scan atau apa saja istilah adalah menjadi tugasan utama untuk mencari sekeping syiling error.Jika seorang sahaja yg menjalankan tugasan ini berapa keping sangat yg sempat dibuat tetapi jika seribu orang yang lakukannya berbagai kategori error yg dapat dikongsi bersama.

           Perkongsian untuk kali ini adalah syiling Malaysia 20 sen 2007 dgn monster DDO

              Doubled Die Obverse (DDO) yang sangat ketara sesuai untuk diberi jolokan"monster"

               Syiling penemuan depankanta ini didapati terdapat sedikit kesan filled die error yg menyebabkan sebahagian imej sekitar dalam bulatan merah menjadi kurang jelas.....
                   Ciri-ciri Doubled Die tulin dapat dilihat pada hampir keseluruhan imej dan dibahagian bingkai tepak sireh dapat menjelaskan kelas bagi DD ini....

                 Bahagian sisi tepak sireh melengkapkan ciri-ciri "monster" syiling ini..

                Tanda kuning adalah imej hasil tekanan pertama working hub keatas working die dan tanda merah adalah imej atas hasil dari tekanan kedua.

                Dibahagian kepala Kacip Pinang imej berganda kelihatan seperti kaki labah-labah,filled die error telah menyebabkan imej yg mengarah ke rim tidak begitu jelas.......
Perkongsian terbaik untuk DDO ini dapat dilayari di :
http://msiaerrorcoin.blogspot.com/

8 ulasan:

  1. saya masih lemah berkenaan syiling error ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdr Dinee,
      Kita semua bermula dari"o" bahkan di US sendiri bidang ini masih banyak yang bermain teka teki tetapi mereka sentiasa membuat penyelidikan.Jika kita tinjau perkembangan bidang syiling error Malaysia didapati sangat memberangsangkan,mereka yg rajin bertatih hari ini merupakan pakar syiling error Malaysia akan datang..

      Banyak perkara yang menarik bila terlibat dgn hobi ini,harap sdr Dinee yg sudah tidak asing dibidang numismatik akan turut menyertai rakan2 bagi memeriahkan dunia syiling error Malaysia..

      Terima kasih banyak sdr Dinee...

      Padam
  2. Salam Tuan Depankanta,
    Bila melihat syiling di atas teringat akan syiling seperti ini yang pernah Nsdk pamirkan dahulu. Masa tu.. masih keliru lagi antara DD dan MDD. Nak semak semula.
    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Syiling DD mudah dikenali bila ada rakan2 yg pamirkannya.Kita hanya perlu padankan semua imej dan pastikan semuanya sama kerana DD adalah satu Varieti iaitu ditempa oleh die yg sama..Elok nsdk pamirkan semula dgn keterangan kelasnya sekali,depankanta pun boleh tumpang....

      Terima kasih nsdk...

      Padam
  3. salam depankanta:
    wow...akhirnya saudara yang perolehi dulu syiling DDO monster ini, sy masih tercari2 tp x jg muncul2.

    apa pun tahniah diucapkan atas penemuan ini dan dapat berkongsi info bersama...

    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali duacongkak,
      Setiap kita tak akan mampu untuk memiliki semua syiling error yg ada dgn sekali gus,apa lagi syiling2 yg dalam kategori major error.Dengan perkongsian sesama kita dan rakan2 pengumpul akan menjadikan urusan mencari dan mengumpul syiling2 bertuah ini lebih mudah.Depankanta banyak mendapat inspirasi dari rakan2,pakar2 serta otai2 spt duacongkak sendiri dalam mencari syiling2 error...

      Berkenaan syiling DDO diatas,semoga duacongkak juga akan berjaya menemui sekeping dua spesimen spt ini juga bersama spesimen2 DD yg belum ada dalam rekod pengumpul kita...

      Terima kasih banyak2 sdr duacongkak....

      Padam
  4. salam, depankata, boleh saya tahu bgaiaman nak bezakan DDO dan DDR? terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr nazrie,
      DDO adalah singkatan dari Doubled Die Obverse iaitu Doubled die (acuan berganda) yang terjadi pada bahagian muka syiling. DDR pula ada singkatan Doubled Die Reverse yang bermaksud Doubled Die yang terjadi pada bahagian belakang syiling...Harap penjelasan ini dapat membantu..Terima kasih

      Padam