Sabtu, 30 Julai 2011

SYILING MALAYSIA SIRI KETIGA DARI KACAMATA DEPANKANTA

Syiling Malaysia siri ke 3 telah dilancarkan.Semua pihak menyambut baik syiling yang dinanti2kan ini..Namun terdapat juga pengguna yg bimbangkan beberapa mesin (mesin basuh,mesin air suling dll) yg biasa mereka gunakan tidak dapat menerima syiling ini oleh kerana berbeza saiznya...
          Bagi depankanta yg lebih bertumpu pada sudut lain pada syiling, lebih berminat dari sudut kemungkinan pemalsuan dan errors pada syiling siri ke 3 ini..

                        Mengikut pengalaman lalu,syiling yg berwarna keemasan seperti syiling rm1 keris ini lebih mudah dipalsukan.Walaupun telah ada ciri2 keselamatan tambahan seperti imej pendam bila dipandang sisi,depankanta berpendapat,ciri-ciri ini belum menjamin syiling ini tidak dipalsukan.Biasanya peniaga yg menerima  syiling 50 sen dari pembeli tidak akan meniliti secara terperinci selagi syiling ini diterima bila mereka masukkan ke Bank.
                      Walaupun material logam yg digunakan untuk syiling 50 sen (Nikel loyang bersalut Kuprum) dan 20 sen (Nikel loyang),Namun pada mata orang ramai  hanya melihat pada warna keemasan,tentu sukar dibezakan sekiranya wujud syiling2 palsu buatan tembaga di pasar-pasar malam.
                     Adalah wajar sekali pihak Bank Negara menubuhkan pasukan penguatkuasanya sendiri bagi menangani kemungkinan begini memandangkan kegiatan pemalsuan syiling yg tidak berkesudahan...

                       Syiling 50 sen dan 20 sen Malaysia  siri ke 3

                       50 sen :  Nickel Brass Clad copper (Nikel loyang bersalut kuprum)

                       20 sen :  Nickel Brass (Nikel loyang)


      Bagi syiling 10 sen dan 5 sen lebih menarik untuk melihat dari sudut kemungkinan error yg akan terjadi.Berdasarkan pengalaman Negara2 yg pernah menggunakan stainless steel spt India,jenis-jenis error yg terjadi agak berlainan dari syiling2 yg menggunakan aloy Nickel,bronze,copper dll logam.
   
                               
     Syiling 10 sen dan 5 sen Stainless steel tentu lebih keras dari syiling copper nickel siri ke 2.Bila hanya 1 logam sahaja yg digunakan tentu material ini lebih stabil pada perubahan suhu semasa proses penempaan.
    Kemungkinan pertama ialah akan berkurangan error yg di sebabkan suhu dan adunan logam iaitu sebahagian planchet errors tapi akan mudah terjadi error yang melibatkan die (alat tempa) lantaran terpaksa menempa pada logam yg keras..Kemungkinan pihak kilang syiling telah cukup bersedia dengan die yg sepatutnya dan dgn QC yg sesuai utk syiling baru ini..

                      Kemungkinan error yg melibatkan planchet begini akan berkurangan....

                  Juga planchet syiling 5 sen begini mungkin akan tidak kelihatan lagi......Sama-sama kita tunggu bila syiling siri ke3 ini mula beredar seluruh negara menjelang 2012 nanti...

Depankanta sekadar memberi pendapat dan andaian sendiri berdasarkan sedikit pengalaman meneliti syiling-syiling Moden Malaysia.(pendapat ini tidak semestinya tepat mengikut Numismatik)

2 ulasan:

  1. Salam.
    banyak blog collector yang baru rupanya....
    Selamat datang ke dunia blog dan berkongsi pengalaman dan idea.

    BalasPadam
  2. Salam dan terima kasih banyak2 lunaticg,
    Sebagai orang baru dalam dunia Numismatik dan blog,depankanta sangat alu2kan komen dan pandangan Ahli2 Numismatik yg seangkatan luniticg..
    Terima kasih atas kunjungan dan komen tuan,semoga bidang ini menarik lebih ramai peminat...

    BalasPadam