Sabtu, 17 Disember 2011

PMD OF THE YEAR 2011

Sempena hujung tahun 2011 ini,depankanta pamirkan sekeping syiling PMD (post mint damage) yg unik dan yang paling istimewa berada dalam koleksi depankanta...
                                  Sekali pandang atau sentuh,syiling ini mungkin dikatakan ianya bukan duit syiling.Apa yang menyebabkan syiling ini terjadi begini masih menjadi tanda-tanya,seolah terkena gilis steamroll..
Siapa tahu mana muka dan yg mana bahagian belakang syiling ini?

      Beratnya sama dgn syiling 10 sen tapi melebar dan membujur secara serata melebihi saiz asal sebenar.

  Yang membuktikan ianya adalah duit syiling ialah terdapat milled edge yg masih cantik pada keseluruhan sisinya.


DUA KEPING SYILING 20 SEN INI PULA  LAIN KISAHNYA 
Kalau tak silap depankanta ada terpandang syiling PMD yg seakan2 syiling ini dalam Blog Whycollect dan duacongkak.          


         Yg masih menjadi misteri ialah kenapa syiling2 yg begitu berharga ini diperlakukan begini?


             Walaupun nilai mukanya tak seberapa tapi ia juga berhak berada sempurna seperti yg lain.
Selamat bercuti hujung minggu....

8 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Sampel pertama - Duit penyik???
    Sampel kedua & ketiga - kami memang bernasib baik kerana telah memasukkan satu spesimen yang kita perolehi dengan percuma di dalam blog dulu.
    Kemudian sifu-sifu kami membantu mengesahkan ia adalah PMD.
    Kami pernah menemui sekeping syiling dengan kesan yang sama dijual dengan harga RM150 di sebuah kedai antik.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    Haha..duit penyik ini sukar dipastikan bagaimana ianya terjadi,ini adalah satu spesimen PMD yg istimewa..
    Syiling ke2 dan ke3 ini kena buat kajian sikit mengapa ada trend utk membuatnya?kalau diteliti tiada kategori error yg terhampir dgn syiling begini,lagipun syiling ini mudah dikenali ianya adalah buatan tangan diluar kilang syiling..
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  3. Syiling PMD dalam gambar pertama itu boleh jadi kerja Kereta api!
    Saya sendiri pun pernah buat duit penyik ini.Letak sekeping syiling 10 sen atas landasan kereta api,kena tape betul-betul,tunggu kereta api
    langgar,kesannya sebiji rupa macam duit penyik ini!
    Yang lain mungkin kerja hammer!

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Ini mesti kerja zaman kanak2.
    Biasa budak2 akan letak paku untuk dibuat pisau tapi Mr Dickson letak syiling,memang sah bakat Numismatik telah ada sejak kecil lagi..haha
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson dan,"SELAMAT BERTUGAS DIMAJLIS AUCTION MNS"

    BalasPadam
  5. Hi Dickson & depankanta,
    Haha, jika begitu mari kita namakan ia syiling keretapi, haha.
    Phew, kami memang kow-tow sama En Dickson kerana tahu melaksanakan experimen itu untuk membuktikan kesannya.
    Memang terror, sifu Dickson.
    Terima kasih banyak :)

    BalasPadam
  6. Hi Whycollect,
    Depankanta setuju kita namakan syiling penyik itu "SYILING KERETAPI"..Harap2 syiling begini jangan di beri apa2 premium nanti ramai yg tunggu di rel keretapi,tak pasal2 kena saman KTM..haha
    Cakap pasal experimen,harap2 whycollect & Mr Dickson dapat usahakan satu makmal utk menguji syiling2 error dan palsu..BNM pasti setuju!..
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam

  7. Salam Depankanta. Saya belum ada lagi spesis syling penyet yang pertama mcm kat atas tu.. tapi rumah saya memang dekat dengan komuter. Nanti bolehlah saya try mcm Mr. Dickson tu.. Tapi spesis lain ada. nanti saya keluarkan. Terima kasih dengan komen tuan tentang syiling PMD.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Bermain dilandasan keretapi tu bahaya,Mr Dickson buat tu mungkin masa dia budak2 dulu.Lagi pun itu hanya untuk jadikan syiling PMD!....

      Elok juga kalau dapat kongsi syiling2 PMD,tapi sebaiknya biarlah yang agak luar biasa dan istimewa..
      Terima kasih banyak2 nsdk...

      Padam