Sabtu, 2 Mac 2013

SYILING 20 SEN S3M, BUKAN SEKADAR DUIT

         Dengan kandungan campuran logam nikel loyang (nickel brass),syiling 20 sen s3M (Siri ke-3 Malaysia)  telah menerbitkan satu warna keemasan yang menarik perhatian peminat seni perhiasan jari untuk menghasilkan cincin dari logam syiling itu. Peminat seni perhiasan cincin telah cuba menempah cincin dari logam syiling ini dan hasilnya sangat mengkagumkan sekali.

         Suatu ketika dulu logam syiling 1 ringgit keris Malaysia telah digunakan untuk membuat barang-barang perhiasan kanak-kanak dan didapati ianya mempunyai ketahanan dan mengambil masa yang lama sebelum menjadi pudar dan kusam..Seni pembuatan barang-barang perhiasan dari berbagai logam ini didapati biasa di negeri Kelantan mungkin kerana disini terdapat ramai yang masih bergiat dibidang pertukangan perhiasan samada tukang emas,tukang perak,suasa,tembaga dsb.

       Secara kebetulan depankanta menemui seorang rakan yang juga peminat cincin dan permata telah menunjukkan sebentuk cincin yang diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M. Mengikutnya cincin ini ditempah khas dari seorang tukang emas dari Bachok,Kelantan.

            Cincin ini adalah diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M, warnanya yang berubah mungkin disebabkan kepanasan semasa proses mencairkan logam itu..Ketahan sebenar belum teruji kerana masih diperingkat baru....

       Mengikut pemiliknya Razani Hamzah, sebentuk cincin ini dihasilkan dari enam keping syiling 20 sen s3M

           Mengikut tukang yang membuat cincin ini, syiling 50 sen s3M dengan logam nikel loyang bersalut kuprum tidak sesuai untuk dijadikan cincin

            Siapa sangka jika cincin yg secantik ini adalah diperbuat dari logam duit syiling...

        Seni perhiasan diri dengan menggunakan duit syiling sebenarnya telah lama bergiat, syiling 20 sen perak straits settlements 1927 ini telah digunakan untuk dibuat butang baju oleh generasi dimasa itu....

       Dalam era yg serba moden masih menarik minat orang ramai untuk membuat perhiasan diri dari duit syiling. Keadaan ini harus dilihat dari sudut Inovasi dan citarasa pengguna yang tiada batasannya....

Selamat bersantai dihujung minggu........

6 ulasan:

  1. Salam Tn depankanta,
    Menarik nampaknya rantai keris yang terakhir tu.
    Nsdk selalu terjumpa syiling baru warna keemasan yang kusam dan cepat berubah warna..... kenapa agaknya ya. Syiling keris punmacam tu. Mengikut catatan Tn ia sebenarnya lebih tahan. Adakah sadurannya diubah suai untuk perhiasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali nsdk,
      Syiling keris biasanya akan disadur dgn warna keemasan bagi membuatnya lebih tahan dan sentiasa berkilau. Berlainan dgn cincin diatas yang diproses semula logam asal untuk dijadikan perhiasan, ketahanannya masih belum teruji sepenuhnya kerana masih baru. Mungkin sekiranya berjaya kekal lama kilauan keemasannya nsdk juga akan berminat untuk menempahnya..haha..(gurau)

      Terima kasih banyak nsdk...

      Padam
  2. Saya nak tau berapa jumlah pengeluaran syiling 20sen s3m tahun 2013.. saya dah menyimpan beberapa keping.. manalah tahu jumlahnya sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih han,
      masih terlalu awal untuk memperolehi jumlah tempaan untuk syiling 2013, keluaran 2012 pun masih belum diperolehi...Apapun langkah menyimpan syiling diawal tahun adalah betul dan bila terbukti terdapat banyak dalam edaran pada hujung tahun nanti boleh lah dibelanjakan sebahagiannya...terima kasih

      Padam
  3. salam saya nak tanye mane nk cri org yg buat keronsong syiling wrna emas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali tuan,
      Kalau di Kota Bharu biasanya dibuat oleh tukang-tukang emas yang ada membuat kerja mencelup emas...Tuan boleh bertanya sekitar kawasan deretan kedai aked UDA,Jalan Sultanah Zainab,Kota Bharu..Terima kasih

      Padam