Selasa, 24 April 2012

FINNED EDGE

          Antara ciri-ciri duit syiling yg baru dikeluarkan dari kilang dan belum diedarkan pada orang ramai adalah kedua permukaannya akan kelihatan berkilat dan tiada kesan calar melainkan sedikit kesan calar yg kecil...Satu lagi ciri2 penting untuk diperhatikan pada syiling2 yg baru begini adalah pada hujung rim atau hujung sisinya.Selisih antara collar die dan (die atas dan die bawah) akan menghasilkan sedikit bentuk sirip yg tajam pada sisi syiling,sirip ini biasanya diteliti oleh pakar2 untuk proses menggred syiling dan sekiranya sirip ini masih berkeadaan elok dan kedua permukaannya tidak terusik,syiling berkenaan dikira bergred tinggi.

      Dalam keadaan tertentu ada juga terjadi keadaan sisi syiling yg timbul dgn agak ketara dan tidak serata dan ianya dikaitkan dgn finned edge error atau finned rim error.
     Sekeping syiling 1 sen 2005 ini sangat menarik untuk dikongsi,depankanta berpendapat ianya adalah layak untuk dikategorikan sebagai finned edge error.

      Syiling 1 sen 2005 ini jelas terdapat sirip pada bahagian belakang syiling...       
              Finned edge atau finned rim bermula dari jam 10.00 hingga jam 12.00

                 Keadaan sisi yg bersirip tidak kelihatan pada bahagian muka syiling...
         Dalam post terdahulu telah dipamirkan kategori error spt ini...
   

Isnin, 23 April 2012

5 SEN S3M,DIE ADJUSTMENT STRIKE

         Penemuan syiling die adjustment strike error pernah dipamirkan dahulu,dalam post berkenaan dipamirkan syiling 1 sen 2004 yg kelihatan ditempa dalam keadaan yg melebihi had biasa yg menjadi
kan imej dan semua details seolah2 tenggelam kedalam planchet.Bila keadaan adjustment pada die tidak menepati kedudukan sebenar ianya akan menghasilkan samada imej yg kabur akibat weak strike atau imej yg tenggelam sikit kedalam planchet akibat setting yg tidak tepat.

     Perkongsian kali ini adalah hasil penemuan sekeping syiling 5 sen s3M 2012 yg kelihatan imejnya agak tenggelam sedikit kedalam planchet.Bagi depankanta lebih cenderung utk mengaitkan syiling ini dgn die adjustment strike error yg jarang dijumpai pada syiling Malaysia...

                  Die adjustment strike error dikesan pada bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012

                  Melihat berbagai sudut syiling berkenaan...Error dalam kategori ini sukar dijumpai pada syiling Malaysia sama siri Parlimen atau bunga raya...

               Perhatikan imej yg kelihatan hampir tenggelam kedalam planchet akibat kesilapan semasa membuat setting kedudukan die atau pelarasan kedudukan die sebenar belum dimuktamadkan...

           Bahagian belakang syiling ini tidak terjejas....

   

Ahad, 22 April 2012

SYILING BERBICARA 8,DIE CHIP

          Die chip bukan sahaja terjadi pada mana2 bahagian imej dipermukaan syiling tetapi ianya juga boleh terjadi pada bahagian rim.Selagi ianya adalah melibatkan serpihan kecil  logam yg terkeluar dari planchet ianya adalah die chip.

        Syiling Malaysia biasanya terjadi die chip pada bahagian angka atau huruf dan dijumpai  pada kedua permukaan syiling,perkongsian dalam post ini adalah penemuan die chip pada bahagian tepi rapat kebahagian rim syiling.Menjadi kebiasaan serpihan akan terjadi bermula pada bahagian yg berparit spt yg ada pada lurah angka dan huruf pada die,demikian juga pada imej rim yg ada pada die.

       Beberapa keping syiling 10 sen 2010 dijumpai terdapat kesan die chip yg bermula dari bahagian rim.

              Sebagaimana die chip yg terjadi pada bahagian angka dan huruf,ianya juga terdapat progressive pada die yg menunjukkan die chip yg semakin membesar...



       

Berlainan pula yg terjadi pada bentuk begini yg lebih merupakan striking error.....

   

Sabtu, 21 April 2012

PERKEMBANGAN NUMISMATIK ISLAM



        Semasa merayap-rayap melayari beberapa laman web dan blog2 mencari info berkaitan numismatik,depankanta terjumpa laman web yg diterbitkan oleh King faisal Center for Research and Islamic Studies.Tertarik dgn tulisan Dr. Nasr Eddin M.Sleh Farfour membuat rentetan sejarah pengeluaran syiling mengikut sejarah perkembangan dan pemerintahan Islam.

      Untuk perkongsian bersama dan bagi memperkayakan lagi bidang numismatik,dipamirkan sebahagian maklumat yg ada dalam laman web tersebut...

                 Terlalu panjang untuk dibawa kesemua penulisan Dr Nasr kedalam blog ini,jadi bagi pelawat yg ingin mendapat info selanjutnya bolehlah melawat laman web berkenaan.Dipamirkan beberapa syiling yg ada  dalam laman berkenaan untuk tatapan dan perkongsian bersama.







                       Adakah syiling2 Yassin yg tersohor dinegara kita ada kaitan dgn syiling2 ini?......Selamat bercuti hujung minggu...

Jumaat, 20 April 2012

DIE CRACK MARIA THERESA

     Die crack tertua yg ada dalam koleksi depankanta adalah pada syiling restrike 1 thaler Austria-Hungary keluaran pada era moden selepas 1850 dgn mengekalkan  tahun asal 1780.Syiling berbentuk klasik yg diperbuat dari perak ini bersaiz besar dgn ukuran diameter 41mm .Maklumat tentang syiling restrike ini boleh dilayari di http://www.theresia.name/en/svergleich.html

                            Die crack dikesan pada kedua permukaan syiling ini...Kesan keretakan pada syiling klasik ini agak berlainan dgn syiling moden iaitu ianya terjadi secara bulatan mengelilingi bahagian bawah huruf...(ditandakan dgn garis merah).

               Menggunakan wajah Maria Theresia pada bahagian muka..Juga terdapat die crack terjadi secara bulat sekeliling syiling...Perhatikan garis merah

             Kalau bentuk die crack begini kurang tepat jika dinamakan RTR die crack..tentu ada istilah lain yg lebih sesuai digunakan...Logam dan kaedah pembuatan die mungkin penyebab utama kenapa die crack terjadi berbentuk begini...

              Dgn siaz diameter 41 mm dan berat melebihi 28 gm,syiling ini tidak lagi sesuai diberi pada kanak2 sekiranya masih digunakan hari ini...

            Paling menarik pada syiling ini ialah tulisan pada sisinya yg dibuat dgn teliti dan sempurna sama spt pada permukaan syiling...
Syiling ini merupakan syiling restrike yg dibuat pada era moden tapi masih mengekalkan tulisan tahun asal tempaan 1780..Blogger whycollect telah menyalurkan maklumat pembetulan keatas post asal tentang syiling ini namun ciri2 die crack masih kekal pada syiling ini....terima kasih banyak2 sdr Whycollect...