Jumaat, 27 Julai 2012

SYILING 50 SEN PALSU PULA BERHARGA

         Bagi komuniti pengumpul duit,kehadiran syiling 50 sen Malaysia palsu bukan berita yg memeranjatkan.Gejala syiling palsu ini muncul dgn berbagai cerita tentang rekabentuk dan edarannya.Syiling2 ini biasanya digunakan untuk tujuan pembayaran melalui mesin spt meter parking,mesin air suling,mesin basuh pakaian dll yg tidak perlu berurusan dgn manusia.
 
       Pemilik syiling palsu tidak perlu risau tentang "sah laku" syiling ini kerana syiling2 50 sen palsu didapati tidak dapat dikesan oleh mana2 mesin dan orang ramai tanpa ragu2 telah menerimanya sebagai syiling yg sah.Pernah depankanta tunjukkan beberapa keping syiling palsu pada peniaga dalam pasar P.Mas tapi semuanya tak kisah kerana syiling2 50 sen palsu ini yg."boleh datang dan pergi",berlainan dgn wang kertas palsu yg "boleh datang tapi sukar pergi",ini kerana wang kertas boleh terlepas masuk kedalam laci peniaga tapi peniaga tidak dapat gunakan semula,pengalaman ini biasa dihadapi oleh penjual2 pasar malam.

      Selagi syiling2 siri ke2 atau siri bunga raya tidak ditarik semula dari edaran oleh BNM selagi itu syiling2 palsu bebas bercampur gaul dgn syiling2 dalam edaran..Dengan kehadiran syiling2 siri ke3 Malaysia,syiling siri1 dan 2 akan dikeluarkan dari edaran bila2 masa selepas notis yg secukupnya..Kalau diawal pengeluarannya syiling2 palsu ini adalah senilai dgn syiling2 tulin,hari ini kita dapat melihat syiling2 50 sen palsu Malaysia telah ditawarkan dalam lelongan e-bay dgn harga yg berlipat ganda!.
             Berbagai tahun tempaan dijumpai pada permukaan syiling untuk mengelirukan pengguna..
             

     Orang ramai tidak begitu kisah tentang ketulinan syiling ditangan mereka selagi ianya mudah diterima dan tidak bermasalah untuk urusan jual-beli.

           Ciri2 pengenalan syiling palsu telah dipamirkan dlm post :http://depankanta.blogspot.com/2011/05/syiling-50-sen-2000-2010tulinerror-atau.html


 

      

Khamis, 26 Julai 2012

BERBAGAI CIRI2 STRUCK THROUGH

     Antara kategori yg sering mengelirukan pengumpul adalah struck through error.Mengikut penjelasan oleh pakar2,wujudnya objek asing spt minyak gris,wayar,serpihan logam,kertas,kain,pin,rambut dll semasa proses penempaan yg menyebabkan terjadi error ini.

       Bagi kita yang tidak biasa dgn suasana sebenar didalam kilang syiling hanya dapat mengagak dan mengharapkan sedikit penjelasan dari pakar2 bagi memastikan penemuan sesuatu kesan luar biasa yg berbentuk lubang pada syiling adalah kesan struck through atau disebabkan oleh fenomena lain.

         Dipamirkan syiling 50 sen 1990 yg terdapat beberapa lubang pada bah belakang syiling....

                 Kesan yg kelihatan ini sukar ditentukan samada mint error atau PMD.Ciri2nya ialah,lubang yg banyak dan ketara kedalamannya dan tiada pula tebing yg timbul ditepi lubang2 ini...Seolah2 terkena bahan kimia yg kuat menyebabkan sebahagian logamnya hilang....

             Bahagian muka syiling 50 sen 1990...

           Syiling 50 sen 2009 ini pula lebih diyakini struck through error......

          Kesan lubang yg terdapat pada pemukaan syiling ini adalah landai disebabkan terkena benda yg keras...Tiada kesan tebing menandakan kesan tempaan yg sempurna...


 Kesan  Lubang yg terdapat pada syiling siri Parlimen ini pernah dipamirkan..Blogger duacongkak dan whycollect (ramai yg menanti kemunculannya) juga ada menemuinya..Kewujudan keadaan begini pada syiling Siri Parlimen masih menjadi tanda tanya adakah ianya struck through error atau disebabkan faktor lain.....

  Menarik sekali tiga ciri2 struck through yg dapat dijumpai pada syiling2 kita ini tapi sukar untuk menentukan yang mana mint error dan yang mana post mint damage......Mungkin anda ada penjelasan untuk dikongsi....

Isnin, 23 Julai 2012

SYILING BARU MALAYSIA: KUALITI VS ERROR

        Pengumpul syiling Malaysia dilihat begitu cepat meningkat jumlahnya,ini dapat dilihat bila sejumlah 500,000 set syiling siri ketiga Malaysia (s3M) yg mula dilancar 25 julai 2011, telah habis dijual dalam tempoh beberapa hari sahaja.Syiling keluaran khas ini kelihatan telah mula dijual semula oleh pembeli dalam berbagai laman web jualan di internet.

             Bila syiling s3M ini mula diedarkan mulai 16 jan.2012 untuk kegunaan biasa orang ramai,berbagai pihak menyambutnya dgn berbagai reaksi.Bagi depankanta lebih gemar melihat syiling yg dikatakan menggunakan teknologi terkini ini dari sudut mint error.

             Jika anda layari blog2 pengumpul syiling error,mereka mula pamirkan penemuan syiling2 s3M error sebaik sahaja syiling2 ini berada dalam edaran.Error kategori die chip,die gouge,die crack,die clash dll mula ditemui.

            Memandangkan pengeluarannya masih baru,seharusnya syiling2 s3m ini memperlihatkan kualiti yg terbaik yang dapat membanggakan ahli2 numismatik Malaysia dikalangan rakan2 antarabangsa mereka.Penemuan syiling2 error adalah perkara biasa dalam proses penyilingan tetapi penemuan syiling2 yg kurang berkualiti agak menarik kerana kualiti merupakan faktor utama pada pengeluaran syiling.

          Syiling 10 sen s3M.Bahagian sisi syiling ini kelihatan agak terbiar kualitinya.....

    Syiling2 yg ditemui sejak akhir-akhir ini mula menampakkan kualiti yg kian merosot pada bahagian sisinya  

           Beberapa spesimen syiling 10 sen begini mudah ditemui yang kurang berkualiti pada bahagian sisinya (milled edge).Dalam perbincangan syiling error,die deterioration (yang mungkin terjadi pada syiling2 ini)dianggap bukan error kerana fenomena kerosakan die disebabkan pemakaian yg berterusan dianggap perkara biasa dalam proses penyilingan.

        Keadaan sisi syiling spt ini sukar ditemui pada syiling siri pertama 1967-1988 dan siri kedua 1989-2011 tetapi agak ketara terjadi pada syiling 10 sen s3M 2012..Tentu  pengeluar syiling Malaysia siri ke3 ini dapat berbuat sesuatu terutamanya tempaan oleh collar die spt syiling ini.
         Worn collar die , kategori yg sesuai sekiranya syiling2 ini mengambil kira sudut mint error tetapi bila banyak yg dijumpai terjadi begini menyebabkan ianya dianggap perkara biasa dalam pengeluaran syiling s3M dan sudut errornya akan diabaikan..

Sabtu, 21 Julai 2012

SYILING BIASA YG TAK PERNAH ANDA JUMPA DALAM EDARAN

     Syiling Malaysia siri pertama yang mula dikeluarkan pada tahun 1967 hingga 1988 lebih dikenali dikalangan pengumpul sebagai "Siri Parlimen" kerana kesemua denominasi keluaran siri ini mempunyai rekabentuk bangunan Parlimen pada bahagian mukanya...

     Setelah semua syiling 1 sen,5 sen,10 sen,20 sen dan 50 sen mula diedarkan kepada orang ramai pada tahun1967,pada tahun 1971 BNM memperkenalkan pula syiling  1 ringgit untuk kegunaan orang ramai.Syiling ini didapati tidak begitu mesra pengguna kerana saiz dan beratnya yang tidak sesuai untuk dibawa dalam jumlah yg banyak.

      Pengeluaran syiling 1 ringgit ini berterusan hingga tahun 1986.Selepas tarikh itu BNM tidak lagi mengeluarkan syiling bersaiz besar ini tetapi pengunaannya tidak pernah dibatalkan,dgn perkataan lain syiling ini masih sah laku dgn nilai muka rm1 tetapi pernahkah anda jumpa syiling2 ini berada dalam edaran sebagaimana syiling2 siri Parlimen yg lain,atau anda tidak pernah pun melihat syiling ini!.

     Sebenarnya syiling yg keluaranya sangat terhad ini telah menjadi tarikan kepada pengumpul dan mereka berlumba2 menggenapkan koleksi mereka mengikut tahun tempaan dan tidak kurang pula yg menyimpan untuk dijual...Situasi ini telah segera melonjakkan harga syiling ini menjadi melebihi nilai muka dan ianya hanya dilihat berada ditangan pengumpul dan kedai2 numis..

               Bahagian belakang syiling 1 ringgit Malaysia 1971

        Bahagian muka.. Spesifikasi :Diameter 33.9mm  .Berat 17.00gm ,Logam Copper Nickel.

 Keluaran syiling mengikut tahun tempaan : 1971:2,000,000.1980:472,000.1981:765,000.1982:202,000.1984:355,000.
1985:302,000.1986:253,000.

 Bentuk dan saiznya yg unik telah menarik orang ramai untuk menyimpan dari membelanjakannya sejak mula ianya diedarkan menyebabkan syiling2 ini tidak kelihatan lagi dalam edaran sekarang....

    Negara Singapura juga pernah mengeluarkan syiling 1 dollar bersaiz besar bermula 1967-1985


     

Khamis, 19 Julai 2012

SELAMAT MENGHAYATI PUASA RAMADHAN 1433H/2012M

     TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YG SENTIASA MEMBERI SOKONGAN PADA BLOG INI,SEMPENA KEDATANGAN BULAN MULIA RAMADHAN 2012,DEPANKANTA INGIN MENGUCAPKAN "SELAMAT MENYAMBUT DAN MENGHAYATI  BULAN RAMADHAN YANG PENUH RAHMAT DAN BERKAT.SEMOGA IBADAH PUASA KITA PADA RAMADHAN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG BERLALU".....


          Masjid Beijing Rantau Panjang,Pasir Mas,Kelantan..