Selasa, 31 Julai 2012

ROLLING FOLD SIRI BUNGA RAYA

           Rolling fold error hanya memberi kesan kecil pada permukaan syiling tapi ianya adalah antara error yg sukar dijumpai.Hingga sekarang belum kelihatan rolling fold error bagi denominasi 50 sen dipamirkan oleh mana2 blogger.Siri Parlimen juga sukar dijumpai error ini.

         Selepas melalui proses upsetting rim,planchet akan dicurah dgn banyak dan cepat untuk dihantar melalui mesin roller ke dalam chamber bagi ditempa menjadi syiling.Semasa dalam "perjalanan"ini terdapat planchet yg terpelanting dan rosak bahagian rimnya.Bila planchet yg rosak itu ditempa oleh die atas dan die bawah lalu terbentuk rolling fold error yg dapat dibezakan dgn syiling2 PMD.

                         Dipamirkan tiga denominasi syiling siri bunga raya dgn kesan rolling fold...

               Syiling 20 sen 2010 ini dikesan terjadi pada bahagian belakang....

                 Syiling denominasi 10 sen adalah antara yg banyak dipamirkan...

                 Rolling fold error sukar dijumpai pada syiling 5 sen...Dgn meneliti sesekeping syiling rolling fold akan memudahkan kita memahami bagaimana proses penyilingan didalam kilang2 syiling.
   Jika diteliti ketiga2 syiling diatas terdapat kesan tempaan keatas upsetting rim yg telah terlipat.Keadaan ini merupakan ciri2 utama bagi rolling fold error....

Ahad, 29 Julai 2012

SYILING BUTANG BAJU PERAK

        Diawal penggunaan syiling2 Straits Settlements yang diperbuat oleh mesin di kilang telah menarik minat masyarakat Nusantara yang rata2nya masih mengamalkan kehidupan sederhana..Masyarakat pada zaman itu tidak begitu terdedah pada perhiasan dan kemewahan.Sekitar awal 1900an merupakan zaman peralihan dari pengunaan wang2 yang diperbuat dari timah oleh masing2 negeri kepada syiling2 yg diperbuat dari berbagai logam spt perak,gangsa,tembaga dll...

             Bila penjajah Ingriss memperkenalkan syiling2 tempaan kilang ini tentu ianya kelihatan lebih kemas dan menarik tambah lagi jika ianya diperbuat dari logam perak yang menjadi logam kedua termahal selepas emas.Kehadiran syiling2 perak telah memberi ilham pada kaum wanita untuk mempergunakan syiling2 perak ini sebagai barangan perhiasan mereka..

             Beberapa keping syiling perak era Straits Settlements depankanta perolehi dari kedai numis sekitar Lembah Kelang yang terdapat kesan digunakan sebagai perhiasan.

                     Syiling 20 sen 1927 ini diperbuat dari perak (.600).Kesan pateri perak adalah tempat diletak kancing semat untuk dipakai syiling ini pada baju..Tentu bergaya sipemakai butang baju syiling ini bila disematkan pada baju kebaya...(rotated die error sekitar CW45darjah juga dikesan pada syiling ini)

         Pemakainya akan pamirkan wajah King George V yg terukir pada bahagian muka syiling yg masih berkilat dan berkilau2 pada masa itu....

            Syiling 20 sen 1919 ini juga terdapat kesan digunakan sebagai barang perhiasan...

               Bila duit kepeng timah dan pitis timah masih bernilai dan masih boleh digunakan untuk urusan jual-beli tentu duit 20 sen perak ini dilihat begitu berharga hingga dijadikan perhiasan..Zaman penggunaan syiling2 ini juga telah berlaku bah merah (1926) yg menjadi sejarah negara.....
Spesifikasi syiling 20 sen 1927: Logam Perak (.600),berat 5.43gm,diameter 23.3mm,mintage 3,000,000.

Spesifikasi syiling 20 sen 1919:Logam Perak(.400),berat 5.43 gm,diameter 23mm,mintage 2,500,000

Jumaat, 27 Julai 2012

SYILING 50 SEN PALSU PULA BERHARGA

         Bagi komuniti pengumpul duit,kehadiran syiling 50 sen Malaysia palsu bukan berita yg memeranjatkan.Gejala syiling palsu ini muncul dgn berbagai cerita tentang rekabentuk dan edarannya.Syiling2 ini biasanya digunakan untuk tujuan pembayaran melalui mesin spt meter parking,mesin air suling,mesin basuh pakaian dll yg tidak perlu berurusan dgn manusia.
 
       Pemilik syiling palsu tidak perlu risau tentang "sah laku" syiling ini kerana syiling2 50 sen palsu didapati tidak dapat dikesan oleh mana2 mesin dan orang ramai tanpa ragu2 telah menerimanya sebagai syiling yg sah.Pernah depankanta tunjukkan beberapa keping syiling palsu pada peniaga dalam pasar P.Mas tapi semuanya tak kisah kerana syiling2 50 sen palsu ini yg."boleh datang dan pergi",berlainan dgn wang kertas palsu yg "boleh datang tapi sukar pergi",ini kerana wang kertas boleh terlepas masuk kedalam laci peniaga tapi peniaga tidak dapat gunakan semula,pengalaman ini biasa dihadapi oleh penjual2 pasar malam.

      Selagi syiling2 siri ke2 atau siri bunga raya tidak ditarik semula dari edaran oleh BNM selagi itu syiling2 palsu bebas bercampur gaul dgn syiling2 dalam edaran..Dengan kehadiran syiling2 siri ke3 Malaysia,syiling siri1 dan 2 akan dikeluarkan dari edaran bila2 masa selepas notis yg secukupnya..Kalau diawal pengeluarannya syiling2 palsu ini adalah senilai dgn syiling2 tulin,hari ini kita dapat melihat syiling2 50 sen palsu Malaysia telah ditawarkan dalam lelongan e-bay dgn harga yg berlipat ganda!.
             Berbagai tahun tempaan dijumpai pada permukaan syiling untuk mengelirukan pengguna..
             

     Orang ramai tidak begitu kisah tentang ketulinan syiling ditangan mereka selagi ianya mudah diterima dan tidak bermasalah untuk urusan jual-beli.

           Ciri2 pengenalan syiling palsu telah dipamirkan dlm post :http://depankanta.blogspot.com/2011/05/syiling-50-sen-2000-2010tulinerror-atau.html


 

      

Khamis, 26 Julai 2012

BERBAGAI CIRI2 STRUCK THROUGH

     Antara kategori yg sering mengelirukan pengumpul adalah struck through error.Mengikut penjelasan oleh pakar2,wujudnya objek asing spt minyak gris,wayar,serpihan logam,kertas,kain,pin,rambut dll semasa proses penempaan yg menyebabkan terjadi error ini.

       Bagi kita yang tidak biasa dgn suasana sebenar didalam kilang syiling hanya dapat mengagak dan mengharapkan sedikit penjelasan dari pakar2 bagi memastikan penemuan sesuatu kesan luar biasa yg berbentuk lubang pada syiling adalah kesan struck through atau disebabkan oleh fenomena lain.

         Dipamirkan syiling 50 sen 1990 yg terdapat beberapa lubang pada bah belakang syiling....

                 Kesan yg kelihatan ini sukar ditentukan samada mint error atau PMD.Ciri2nya ialah,lubang yg banyak dan ketara kedalamannya dan tiada pula tebing yg timbul ditepi lubang2 ini...Seolah2 terkena bahan kimia yg kuat menyebabkan sebahagian logamnya hilang....

             Bahagian muka syiling 50 sen 1990...

           Syiling 50 sen 2009 ini pula lebih diyakini struck through error......

          Kesan lubang yg terdapat pada pemukaan syiling ini adalah landai disebabkan terkena benda yg keras...Tiada kesan tebing menandakan kesan tempaan yg sempurna...


 Kesan  Lubang yg terdapat pada syiling siri Parlimen ini pernah dipamirkan..Blogger duacongkak dan whycollect (ramai yg menanti kemunculannya) juga ada menemuinya..Kewujudan keadaan begini pada syiling Siri Parlimen masih menjadi tanda tanya adakah ianya struck through error atau disebabkan faktor lain.....

  Menarik sekali tiga ciri2 struck through yg dapat dijumpai pada syiling2 kita ini tapi sukar untuk menentukan yang mana mint error dan yang mana post mint damage......Mungkin anda ada penjelasan untuk dikongsi....

Isnin, 23 Julai 2012

SYILING BARU MALAYSIA: KUALITI VS ERROR

        Pengumpul syiling Malaysia dilihat begitu cepat meningkat jumlahnya,ini dapat dilihat bila sejumlah 500,000 set syiling siri ketiga Malaysia (s3M) yg mula dilancar 25 julai 2011, telah habis dijual dalam tempoh beberapa hari sahaja.Syiling keluaran khas ini kelihatan telah mula dijual semula oleh pembeli dalam berbagai laman web jualan di internet.

             Bila syiling s3M ini mula diedarkan mulai 16 jan.2012 untuk kegunaan biasa orang ramai,berbagai pihak menyambutnya dgn berbagai reaksi.Bagi depankanta lebih gemar melihat syiling yg dikatakan menggunakan teknologi terkini ini dari sudut mint error.

             Jika anda layari blog2 pengumpul syiling error,mereka mula pamirkan penemuan syiling2 s3M error sebaik sahaja syiling2 ini berada dalam edaran.Error kategori die chip,die gouge,die crack,die clash dll mula ditemui.

            Memandangkan pengeluarannya masih baru,seharusnya syiling2 s3m ini memperlihatkan kualiti yg terbaik yang dapat membanggakan ahli2 numismatik Malaysia dikalangan rakan2 antarabangsa mereka.Penemuan syiling2 error adalah perkara biasa dalam proses penyilingan tetapi penemuan syiling2 yg kurang berkualiti agak menarik kerana kualiti merupakan faktor utama pada pengeluaran syiling.

          Syiling 10 sen s3M.Bahagian sisi syiling ini kelihatan agak terbiar kualitinya.....

    Syiling2 yg ditemui sejak akhir-akhir ini mula menampakkan kualiti yg kian merosot pada bahagian sisinya  

           Beberapa spesimen syiling 10 sen begini mudah ditemui yang kurang berkualiti pada bahagian sisinya (milled edge).Dalam perbincangan syiling error,die deterioration (yang mungkin terjadi pada syiling2 ini)dianggap bukan error kerana fenomena kerosakan die disebabkan pemakaian yg berterusan dianggap perkara biasa dalam proses penyilingan.

        Keadaan sisi syiling spt ini sukar ditemui pada syiling siri pertama 1967-1988 dan siri kedua 1989-2011 tetapi agak ketara terjadi pada syiling 10 sen s3M 2012..Tentu  pengeluar syiling Malaysia siri ke3 ini dapat berbuat sesuatu terutamanya tempaan oleh collar die spt syiling ini.
         Worn collar die , kategori yg sesuai sekiranya syiling2 ini mengambil kira sudut mint error tetapi bila banyak yg dijumpai terjadi begini menyebabkan ianya dianggap perkara biasa dalam pengeluaran syiling s3M dan sudut errornya akan diabaikan..