Isnin, 18 Jun 2012

EXTRA DOT SYILING MALAYSIA

           Dikalangan pengumpul syiling Malaysia,syiling "extra dot" siri Parlimen menjadi satu kemestian untuk berada dalam koleksi mereka.Bila tersiarnya dalam katalog tentang keistimewaan premium syiling ini,pengumpul mula berlumba2 memburu untuk memilikinya.

           Bagi depankanta dua andaian boleh dibuat tentang kehadiran syiling ini,Pertama samada ianya terjadi semasa proses penyiapan working die,iaitu bentuk negative "dot" telah sedia ada pada permukaan die.keadaan ini menjadikan ianya satu variti die dan Kedua adalah disebabkan kesilapan semasa kerja2 membaiki die yg telah digunakan,peralatan keras dan tajam yg digunakan telah tertusuk pada permukaan die.Keadaan ini menjadikan syiling ini sebagai satu error dalam kategori die gouge error dan tidak dikategorikan sebagai variti kerana syiling yg ditempa sebelum dibaiki juga menggunakan die yg sama.

              Syiling Malaysia siri bunga raya juga ada dijumpai terjadi ciri2 yg sama,walaupun ianya masih belum didaftarkan dalam mana2 katalog,adalah lebih baik syiling2 begini dikumpul dan disimpan.Sebagai menambah penemuan yg lalu,dipamirkan syiling 5 sen 2010 yg terdapat "extra dot" pada bahagian belakang syiling.

                  Kelihatan manis pada angka "5"seolah2 sebiji tahi lalat penyeri....

    
             extra dot 5 sen 1982

              extra dot 50 sen 1979

         extra dot 50 sen 1988

            extra dot 5 sen 2008
                 extra dot 20 sen 1993
 
              extra dot 1 sen 1999



Ahad, 17 Jun 2012

VARIETI DIE SYILING 50 SEN 2002

   Terdapat dua rekabentuk yg dibuat pada corak bunga raya syiling 50 sen 2002.Dalam post khas berkaitan variti syiling 50 sen siri bunga raya depankanta cuba paparkan penemuan variti2  tersebut.Tumpuan post ini ialah pada varieti 1 syiling 50 sen siri bunga raya 2002  iaitu varieti 2002 yg terbanyak dijumpai.Pada stigma bunga raya variti ini terdapat sedikit keraguan yg ingin dikongsi bersama.

            Seimbas pandang corak bunga raya kelihatan lengkap dan hampir sempurna.....

            Bila diteliti betul2 pada stigmanya terdapat satu yg cacat dan lebih pendek dari yg lain...

                Perhatikan corak yg diukir pada keseluruhan stigma ini.....

          Yang menjadikan syiling 50 sen ini unik adalah satu stigmanya diukir pendek(panah merah) dan wujud pula satu extra dot pada stigma ini (panah kuning)..depankanta berpendapat keadaan ini bukan die error tapi telah berlaku kesilapan semasa proses rekabentuk pada die ini....
               Varieti 1 syiling 50 sen 2002 siri bunga raya....
              Varieti ini lebih banyak dijumpai pada syiling 50 sen 2002.....Pengenalan utamanya adalah pada bunga raya dan angka "50"....

 Varieti 1  Syiling 50 sen 2002 ini pernah dipamirkan dalam post:http://depankanta.blogspot.com/search/label/VARITI%20DIE

         Varieti 2 syiling 50 sen 2002 siri bunga raya,perhatikan perbezaan dgn varieti 1 pada corak bunga raya dan saiz angka"50"..Varieti ini tidak banyak dijumpai,ini adalah antara varieti syiling Malaysia yg rare...
  

Rabu, 13 Jun 2012

MDD YANG BERNILAI

Mechanical die doubling (MDD) tidak tersenarai sebagai syiling error dalam nota dan perbahasan tentang syiling error,Sukar dijelaskan mengapa syiling MDD tidak disenaraikan,sedangkan jelas ianya adalah juga hasil kesilapan yg terjadi dalam kilang syiling.

     Syiling Malaysia siri Parlimen dan bunga raya banyak dikesan yang terjadi fenomena ini,kebanyakannya adalah yg hanya memberi kesan kecil pada permukaan syiling.Sukar untuk menjumpai sekeping syiling MDD yg mempunyai kesan yg sangat ketara apa lagi ianya terjadi pada kedua permukaan syiling dan pada syiling yang bersaiz besar

      Sekeping syiling 50 sen 2000 yg dijumpai ini dijangka akan mendapat premium yg "istimewa" dari pengumpul berdasarkan keunikannya dan ianya sukar dijumpai...Imej utama(primary) yg berada dibawah kelihata rata,keadaan ini membezakan syiling ini dgn syiling variti Doubled Die...

     Kesan berganda (doubling) pada bahagian yg ditunjukkan dgn panah merah menunjukkan jarak pergerakan die semasa proses tempaan dilakukan.

             Pada bahagian muka syiling ini juga menampakkan kesan yg sama....

             Kesan berganda dapat dilihat pada details bulan dan pinggul wau ini....
   Jika diterbalikkan syiling ini kelihatan kesan berganda adalah terjadi pada tempat yg sama dikedua belah permukaannya....


DIE CHIP VS DIE DETERIORATION

Die chip dan die deterioration merupakan dua fenomena yg  berbeza,bila dijumpai kedua kerosakan begini terjadi pada satu permukaan syiling adalah perkara yg istimewa.Sekeping syiling 50 sen 1997 dijumpai terdapat kedua ciri2 ini dan sukar dijelaskan...

         
 Pemerhatian pada beberapa imej mendapati ciri2 yg timbul pada permukaan syiling ini menyerupai ciri2 die chip dan die deterioration.Panah kuning menunjukkan ciri2 die chip error yg diakibatkan oleh terjadi serpihan pada permukaan die.Panah merah pula menunjukkan ciri2 die deterioration doubling, kesan kerosakan disebabkan pemakaian die yg berterusan..Ciri2 doubling begini tidak biasa dijumpai syiling die chip error.

        Foto syiling 50 sen 1997 tanpa menggunakan flash....

       Die deterioration biasanya akan menjejaskan kedua permukaan syiling tapi tidak pada syiling ini

                     Syiling 20 sen 1988 ini juga memperlihatkan ciri2 yg hampir sama...

               Beberapa spesimen die chip yg pernah dipamirkan.....

                    Spesimen die deterioration doubling.....


Isnin, 11 Jun 2012

10 SEN S3M FILLED DIE

   Filled die error merupakan antara  kategori yang tidak begitu sukar  dijumpai pada syiling error Malaysia terutamanya pada siri bunga raya.Mengumpul syiling filled die error menjadi lebih menarik jika melibatkan sebahagian imej,angka atau huruf tertentu yg hilang dari permukaan syiling.

    Banyak elemen asing yg boleh dikaitkan dgn filled die ini spt,gris,minyak,gas,air,tisu,kertas.kain,plak dll yang melekat  pada permukaan die semasa proses penempaan.Jika dianalisis pada logiknya memang perkara sebegini boleh berlaku walaupun prosedur yg ketat telah dibuat oleh pihak kilang untuk proses penyilingan.Benda2 ini boleh berada sekitar kawasan mesin itu samada dari mesin itu sendiri atau dari badan pekerja yg mengendalikan mesin2 penyilingan.

    Gris adalah merupakan  faktor yg paling popular dikaitkan dgn kejadian filled die error,mengikut pendapat depankanta permukaan die sentiasa disapukan dgn gris atau pelincir yg agak kurang kelikatannya supaya tidak menggangu ketajaman rekabentuk permukaan syiling.Namun kesilapan tetap berlaku dan gris yang disapu tidak rata dan menebal pada tempat tertentu.

       Syiling 10 sen  2012 s3M yang ditemui ini agak ketara dgn angka"2" pada 2012 telah hilang dari permukaan syiling.Nampaknya error spt ini sukar dielakkan kerana permukaan die memang perlu sentiasa disapu gris/pelincir bertujuan untuk melicinkan proses penempaan disamping untuk menjaga ketahanan die...
   

             Bila dilihat secara teliti,gris yg berada pada die adalah tidak serata dan bertompok tebal pada bahagian tertentu hingga menenggelamkan angka"2"pada permukaan die...Perhatikan warna kunig yg dikira kawasan yg terkena gris...

  Pemerhatian secara keseluruhan permukaan bahagian belakang syiling ini mendapati imej lain tidak terjejas.


         Syiling 50 sen siri bunga raya ini merupakan spesimen yg menarik berkaitan filled die error...

         Satu lagi syiling 50 sen siri bunga raya yg mempunyai kesan yg hampir sama....

     Kesan yg terjadi pada syiling 5 sen dan 50 sen siri bunga raya ini agak berlainan,ianya adalah disebabkan sesuatu yg lebih keras kerana hanya melibatkan bahagian tangkai stigma sahaja...Jika ianya kesan gris atau cecair akan turut menjejaskan kawasan sekitar stigma ini....
Pendapat tentang apa objek atau elemen asing yg berada pada die masih menjadi perbahasan dan sekiranya pelawat ada pendapat tersendiri dgn alasan yg logik adalah dialu2kan untuk memberi komen.....