Sabtu, 14 Julai 2012

KENALI SYILING ERROR MALAYSIA. BAH.2

     Kebiasaannya bagi mereka yang baru berkenalan dgn syiling error akan mengalami kekeliruan antara syiling mint error dgn post mint damage (PMD) yg bermaksud syiling yang rosak disebabkan faktor diluar kilang syiling samada disebabkan buatan tangan manusia atau faktor alam semulajadi.Kekeliruan juga boleh terjadi dengan Varieti die yg memang menjadi amalan biasa proses penyilingan.Mengikut pemerhatian depankanta syiling2 mint error dapat dikategorikan 3 kategori utama iaitu,PLANCHET ERROR,DIE ERROR dan STRIKING ERROR.

                                               
                     PLANCHET ERROR merujuk kepada syiling error yg terjadi akibat dari kegagalan atau ketidak sempurnaan diperingkat penyediaan awal planchet atau blank,kesilapan ini boleh berlaku diperingkat adunan bahan untuk dibuat syiling samada logam aloi atau cladding,pemotongan blank dll.

                      Sub-kategori kepada error ini ialah Bubble gas,wrong stock,wrong planchet,clipped planched,lamination ,missing clad,cladding,split planchet dll...Setiap sub kategori ini terdapat pula sub -kategori yg lebih spesifik.....

                                Beberapa Spesimen Planchet error yg sempat dikumpul depankanta....





         DIE ERROR,merujuk kepada syiling yg terjadi error kesan dari kerosakan atau kelemahan yg terjadi pada peringkat penyediaan atau pengurusan die,samada disebabkan terjadi keretakan,terserpih,die yang sudah lasak,kelemahan logam die dsb..Kategori ini adalah antara penyumbang terbanyak yg dijumpai pada syiling error Malaysia.

          Syiling2 error sub-kategori ini spt,Die chip,die clash,die crack,die break,die gouge,cud,die scratch,dll.Setiap sub-kategori ini dikelaskan pula berbagai pecahan kecil yg lebih spesifik.

                                Antara spesimen die error yang ada dalam koleksi depankanta...



          STRIKING ERROR  pula adalah terjadi akibat dari kelemahan yang terjadi pada peralatan atau mesin yg digunakan untuk menempa syiling.Kategori ini juga termasuk kelemahan pekerja yg mengendalikan mesin2 tersebut.Biasa dijumpai adalah melibatkan pemakaian mesin yg berterusan dan berlaku kelonggaran pada peralatan yg berkaitan.
               
          Kategori ini pula adalah penyumbang syiling2 error yang agak rare bagi syiling error dalam edaran.Antara yg termasuk dalam sub-kategori ini ialah,off-center,rotated die,broad strike,partial collar,finned edge,dll...


                     Beberapa Spesimen sub-kategori striking error

      Nota Keterangan syiling2 error ini adalah merujuk kepada syiling2 Malaysia yg biasa dijumpai berada dalam edaran,sesiapa saja akan berpeluang menemuinya...Masih terdapat banyak lagi kategori yg tidak dinyatakan disini yang merupakan syiling MAJOR error dan sukar dijumpai dalam edaran.

       Syiling error merupakan bidang yang sentiasa terbuka untuk perkongsian dan perbincangan,sebarang teguran,komen dan pembetulan oleh rakan2 blogger,pelawat,dan pakar2 numismatik adalah sentiasa dialu-alukan....

Jumaat, 13 Julai 2012

KENALI SYILING ERROR MALAYSIA. BAH 1

        Bidang pengumpulan dan penyelidikan syiling error merupakan bidang baru pada masyarakat Malaysia,syiling error merupakan satu jurusan baru dalam dunia NUMISMATIK.Permulaan dan perkembangan tentang syiling error bermula secara aktif selepas duit2 syiling mula dibuat secara moden dikilang2.

       Secara umumnya syiling error adalah bermaksud syiling yg terjadi diluar spesifikasi yg ditetapkkan oleh pihak berkuasa sesebuah negara,biasanya syiling error terjadi semasa proses penyilingan (coining process) didalam kilang (mint error) samada ianya disebabkan kesilapan mesin dan peralatan spt masih menggunakan mesin yg sudah haus,kesilapan manusia yg membuat dan mengendalikan mesin2 dikilang atau kesilapan logam yg digunakan untuk membuat syiling2 tersebut...

      Pengumpul-pengumpul syiling error yg berada diserata dunia mengkaji dan mencari sebab kejadian error pada sesekeping syiling hanya berdasarkan penyelidikan mereka pada fizikal syiling tersebut tanpa diberi peluang untuk melihat bagaimana syiling2 berkenaan dibuat dikilang.Hasil dari aktiviti penyelidikan ini melahirkan ramai yg bertaraf pakar dan mereka telah menetapkan kategori bagi setiap syiling error.Cabaran utama bagi pengumpul2 baru adalah adalah bagaimana untuk mengenal pasti kategori sebenar bagi sekeping syiling error mereka.

    Blog depankanta ini bukanlah blog pakar tentang syiling error tetapi lebih merupakan blog perkongsian yang ingin mengajak para pelawat untuk bersama menerokai bidang syiling error ini.Meski pun hari ini bidang ini hanya menjadi satu HOBI yang menarik,depankanta berkeyakinan suatu hari nanti ianya akan menjadi satu bidang perniagaan atau pelaburan yg baik sebagaimana bidang NUMISMATIK yg lain spt pengumpulan syiling klasik.


                       Bagi memulakan pencarian syiling error anda perlukan koleksi syiling yg agak banyak..Syiling error biasanya dijumpai sebagai major error dan minor error.....Bagi kategori minor error boleh dijumpai pada syiling2 dalam edaran atau dalam poket anda sekarang...

                 Bagi mendapatkan premium yg tinggi pada syiling error anda,gred syiling berkenaan juga adalah satu faktor.Syiling error yang rare iaitu sukar dijumpai akan mencecah ribuan RM spt.syiling 1 sen 1976 copper transitional error dan paling kurang anda akan dapat lebih dari nilai muka syiling berkenaan...

                 Tumpuan depankanta adalah pada syiling2 error yg ada dalam edaran.Berbagai kategori error akan dijumpai.Kategori utama syiling error ialah DIE ERROR,STRIKING ERROR DAN PLANCHET ERROR,dari kategori utama ini akan didetailkan lagi pada beratus sub-kategori syiling2 error...

                    BERSAMA MENEROKAI SYILING MALAYSIA RARE & ERROR


Khamis, 12 Julai 2012

DIE CRACK,DIE YANG SAMA?

         Dua keping syiling 5 sen siri Parlimen keluaran tahun 1981 dan 1982 menarik perhatian bila dijumpai die crack yg terjadi pada tempat yg sama.Bagi pemerhati syiling error tentu inginkan kepastian bagaimana keadaan ini terjadi.

                                 Bahagian belakang syiling 5 sen 1982 dan 1981

                                      5 SEN 1982

                                    5 SEN 1981

     Syiling 1982.Die crack yg terjadi pada kedudukan jam 10,bermula dari rim dan merentasi kaki huruf "M" hingga mencecah angka "5"
    Syiling 1981.Kedudukan die crack yg sama terjadi sebagaimana syiling 1982....
 Depankanta berpendapat kemungkinan terjadi begini adalah disebabkan die yg sama digunakan untuk menempa kedua keluaran syiling tersebut,die yg digunakan untuk menempa syiling 1981 digunakan semula untuk menempa syiling 1982 dengan melicin dan meminda semula rekabentuk yg ada pada permukaan die....(Hanya sekadar pendapat depankanta)....

Selasa, 10 Julai 2012

TYPE II COUNTER CLASH 5 SEN 2005

     Lanjutan dari post terdahulu berkaitan syiling 1 sen 2006 yg tidak pasti kategori errornya,depankanta merakamkan ribuan terima kasih pada anonymous yg memberi pendapat melalui komen beliau.

        Type II counter clash yg dikategorikan oleh anonymous dilihat bersesuaian untuk syiling berkenaan.Ciri2 yg sama dijumpai pula pada syiling 5 sen 2005.Kategori yg agak teknikal dan rare ini dilihat bersesuaian pula dgn hipotesis depankanta bagi syiling 1 sen 2006.Mengikut keterangan dari pakar2 antarabangsa kategori ini termasuk dibawah MAD clash.


        Bahagian belakang syiling 5 sen 2005,teknik fotografi terpaksa disesuaikan bagi menampakkan imej counter clash.


Bulatan merah adalah kesan die clash yg terjadi dgn kehadiran objek keras,tanda kuning pula adalah kesan die clash biasa...

           Bahagian muka syiling kelihatan wujud imej yg berbentuk serta saiz yg sama dgn bah.belakang.

             Dua keping syiling 5 sen 2005 berlainan yg terjadi ciri2 yg sama ini membuktikan ianya bukan planchet error atau striking error.Tanda bulatan merah adalah imej yg berada dikedudukan yg sama dgn bahagian belakang syiling.
 Keterangan syiling ini dapat dilayari di:http://www.maddieclashes.com/Type_II_Counter_Clashes.html
        

Ahad, 8 Julai 2012

DIE ERROR 5 SEN 2004

     Sekeping syiling 5 sen 2004 yg dijumpai ini sukar untuk ditentukan kategori error,Ciri2 yg kelihatan pada syiling ini tidak menyerupai mana2 keadaan yg pernah dipamirkan sebelum ini.

     Ciri2 utama yg menarik perhatian ialah terdapat logam yg timbul (positif) pada bahagian muka syiling ini.Kesan yg timbul itu adalah berbentuk panjang melengkung dan "bertakuk"yg hampir menyerupai imej tali gasing.

     Bila terdapat logam luar biasa yg timbul pada permukaan syiling biasanya dikaitkan dgn die chip,die gouge.die crack atau die break yg keseluruhannya adalah disebabkan kerosakan pada permukaan die yg disebabkan faktor tertentu.Keadaan yg kelihatan pada syiling 5 sen 2004 ini agak berlainan dari kategori error tadi,mungkin pengumpul yg lebih arif tentang fenomena error ini ingin berkongsi....

          Tanda merah menunjukkan imej luar biasa yg muncul pada permukaan syiling 5 sen 2004

                     Imej ini kelihatan hampir menyerupai tali gasing,....

            Bahagian belakang syiling ini kelihatan biasa....

            Berlainan dgn syiling struck through error spt ini yg jelas meninggalkan kesan berparit (negative)