Rabu, 25 Mei 2011

4 in 1 error.....syiling 50 sen 2010

Sekeping syiling 50 sen keluaran 2010 di dapati terdapat 4 kesan error.Semua error lebih jelas pada bahagian belakang (rev).



                   Jarang depankanta jumpa 4 error pada sekeping syiling


                                          DIE CRACK ERROR


                                         DIE CLASH ERROR


                                          FILLED DIE ERROR


                   TERDAPAT LEBIHAN LOGAM PADA HUJUNG KELOPAK BUNGA RAYA

SYILING INI MENARIK UNTUK DIANALISA BAGAIMANA JENIS-JENIS  ERROR TERJADI......

Selasa, 24 Mei 2011

STRIKE THROUGH ERROR

Pada mulanya depankanta menyangka syiling 20 sen 1973 dan 50 sen 1977 ini terkena bahan  kimia tapi setelah diteliti ianya mungkin termasuk dalam kategori planchet error...depankanta tak tahu pula secara spesifiknya planchet error ini dalam kategori apa?


 Syiling 20 sen 1973 yang terdapat kesan rekahan
pada planchet dikedua-dua belah bahagian muka dan belakang.
Rekahan ini tidak terdapat  pada bahagian permukaan angka dan huruf.
     
                                  








 Syiling 50 sen 1977 terdapat rekahan hampir sama dengan syiling 20 sen tapi rekahannya  ada juga pada angka dan huruf.
Ada pula rekahan lain di bawah angka "50"..

SYILING ERROR PERTAMA 2011 (KOLEKSI DEPANKANTA)

Depankanta temui error pertama syiling keluaran 2011 pada syiling 5 sen.


                                                 
                                 filled die error pada tali gasing....

                            kelihatan logam stigma bunga raya bercantum
                                 huruf "G" hilang bahagian atas
                                            tali gasing rosak
                                             

                                       perbandingan dengan syiling biasa

Syiling 2011 agak istimewa bagi depankanta kerana merupakan syiling siri terakhir dalam siri Bunga Raya.Menjelang 2012 Bank Negara akan mengeluarkan syiling Malaysia yang baru.peminat syiling Malaysia mula tertanya-tanya apakah yang akan muncul pada bahagian muka (obverse)dan belakang (reverse)syiling itu nanti dan jenis logam apa pula yang akan digunakan.......

Sabtu, 21 Mei 2011

SYILING 50 SEN 2000-2010...TULIN,ERROR ATAU PALSU.....

Pada 22 jun 2006 Bank Negara telah mengeluarkan kenyataan penjelasan bahawa kewujudan syiling 50 sen palsu adalah kes yang terpencil dan tidak banyak beredar kalangan orang ramai....
       depankanta tiada pula terjumpa mana-mana kenyataan untuk menjadi garis panduan bagi menentukan samada  sekeping syiling itu palsu atau tulin...jadi ramai lah para ahli numismatik dan penggemar syiling Malaysia mengeluarkan andaian dan teori masing-masing...
   Antara yang popular adalah syiling palsu tertarik pada magnet!..pada hemat depankanta syiling palsu yang diperbuat dari campuran besi ini di buat sedikit sahaja pada masa permulaannya sahaja..selepas disedari syiling begini mudah di kesan mereka beralih pada logam lain pula...

Dalam koleksi depankanta ada beberapa keping yang diragui ketulinannya..untuk post kali ini di paparkan syiling yang tertera tahun 2001-2009 siri bunga raya...terserah pada para pakar dan pelawat yang budiman untuk menilainya......semua syiling ini TIDAK tertarik pada magnet!..


1)                                                                                                            TAHUN 2001             




 2) tahun 2004
    Ini adalah syiling palsu yang paling ketara kerana banyak perbezaan pada  kedua belah muka dan belakang.


 3)                                                                   2005
     syiling ini adalah antara syiling palsu yang paling
ringan.Terdapat seolah-olah die crack error di bah. muka dan belakang.terdapat juga tanda pusaran berpusat,mungkin syiling ini dibuat menggunakan kaedah dan mekanisma yang berlainan dengan syiling tulin.



4)   2005
  Yang ini banyak terdapat banyak gelembong (bubble) pada bah. muka.depankanta agak syiling ini dibuat dari logam jenis karbon yang rapuh kerana terdapat bekas serpihan bah. belakang(rev) yang menampakkan logam didalamnya.


 5)                                                                                                               
     Syiling ini mungkin dibuat dari logam campuran
copper kerana bila haus lapisan atas kelihatan warna
kuning tembaga pada bahagian dalam.                                                     2005




6) 2005

 7)                                                                2005     

 8)                                       2007
Syiling 2007 ini di buat menggunakan die yang bermutu
rendah dan tidak licin menyebabkan angka "50" dan "2007"kelihatan bergerutu dan tidak rata.


 9)                                                              2008
    Yang ini kelihatan disaluti lapisan krom.perhatikan bahagian tepi rim syiling yang terserpih lapisan kromnya.




10)  2009
   Syiling ini sekali pandang tiada yang berlainan kerana fieldnya kelihatan licin dan rata.Bila depankanta bandingkan syiling ini dengan syiling tulin keluaran 2009 di dapati bunga bintang pada wau di bah.depan (obv) tidak sama dengan syiling tulin.





depankanta akan sentiasa update post ini mengikut komen dari anda........