Memaparkan catatan dengan label ROTATED DIE 180 DEGREE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROTATED DIE 180 DEGREE. Papar semua catatan

Selasa, 29 Mei 2012

ROTATED DIE TERAKHIR SYILING MALAYSIA?

      Mengikut pakar-pakar  syiling malaysia,proses penyilingan bagi syiling siri ketiga Malaysia (s3M) telah dibuat perubahan besar yg melibatkan teknologi yg tinggi dan canggih.Salah satu instrumen yg mengalami perubahan ialah alat yg digunakan untuk menguatkan kedudukan die.

     Secara logiknya die atas (hammer die) yg sentiasa bergerak keatas dan kebawah juga akan mengalami pergerakan yg berpusing menyebabkan terjadinya rotated die clash dan rotated die error pada syiling.Peralatan yg "memegang"die pada syiling siri Parlimen dan bunga raya diperketatkan dgn peralatan yg boleh menjadi longgar.Perubahan teknologi telah dibuat pada peralatan ini untuk syiling siri ketiga yang tidak memungkinkan terjadinya rotated die pada syiling ketiga (s3M).

     Penemuan sekeping syiling 10 sen 2011 rotated die cw/ccw 180 darjah ini mejadi antara syiling rotated die terakhir syiling Malaysia sekiranya benar tiada lagi error sedemikian pada siri ke3 dan seterusnya....
                  Bahagian muka syiling Malaysia 10 sen 2011,rotated die cw/ccw 180 darjah
   


            
         Walau bagaimana pun kemungkinan ini masih satu andaian,sekiranya ada pelawat yg menemui syiling2 s3M yg ada kesan sedikit die rotation,ini mengambarkan kita akan berpeluang menemui darjah rotated yg lebih besar.....

Isnin, 26 Mac 2012

ROTATED DIE CW/CCW 180 DARJAH

  Syiling 10 sen merupakan denominasi yg agak sukar untuk diperhatikan imej yg terbalik pada kedua permukaan syiling.Dalam post terdahulu telah dipamirkan rotated die error pada syiling 10 sen yang hanya sekitar 100-110 darjah pusingannya.

          Setelah begitu lama pencarian,akhirnya sekeping syiling 10 sen 2005 dengan 180 darjah pusingan dapat juga berada dalam koleksi depankanta.


                       
                      Perbezaan dua keping syiling 10 sen,rotated die dan syiling biasa..

                             Walaupun pengunaan cermin dapat menggambarkan keadaan sebenar kedua permukaan tapi kelemahannya ialah akan wujud beberapa arca syiling atas permukaan cermin....Perhatikan kedudukan imej pada kedua permukaan syiling ini...CW/CCW 180 darjah.

                           Anda boleh cuba letakkan sekeping syiling 10 sen keatas cermin dan lihat bagaimana kedudukan imej pada kedua permukaan syiling tersebut...
               
                     Syiling 10 sen 2005  dengan rotated die yang lain tentu masih ada dalam edaran,hanya menunggu para pelawat akan menemuinya.....

Sabtu, 10 September 2011

ROTATED DIE 180 DEGREE 5 SEN 2003

 Antara syiling Malaysia siri bunga raya yg paling sukar ditemui rotated die adalah pada denominasi 5 sen.Depankanta pernah pamirkan dalam post dahulu syiling 5 sen 1999 yg darjah pusingannya sekitar 150-160 darjah dan sekeping syiling 1 sen yg pusingannya 180 darjah.
   Untuk post ini dipamirkan pula sekeping syiling 5 sen 2003 yg darjah pusingannya 180 darjah!....


                              Bah.belakang syiling 5 sen 2003 (reverse)
                                      Bah.muka  (obverse)
                              Kedudukan imej belakang dan muka bila syiling ini diletak atas cermin.
 
           
       Darjah rotated dienya menjangkau 180 darjah,sesuatu yg sangat sukar ditemui pada denominasi ini.Rarity dan premium utk syiling ini hanya boleh dirujuk pada pakar2 Numismatik.

Sabtu, 3 September 2011

ROTATED DIE 180 DEGREE?

Penemuan yang sangat memeranjatkan untuk dikongsi bersama...sekeping syiling 1 sen 2002 yg terjadi rotated die error.Darjah pusingan errornya mengikut pemerhatian depankanta adalah 180 darjah!....

                                  Gambaran imej syiling bah.muka(obv.) dan belakang(rev.) bila diletak atas cermin.

 Sukar untuk digambarkan 100 peratus keadaan syiling ini hanya dengan foto dan beberapa patah perkataan,melainkan dengan menyaksikannya sendiri.Memandangkan spesimen ini terlalu jarang terjadi,depankanta bercadang untuk menjualnya pada ahli2 Numismatik bagi tujuan supaya syiling ini dapat di kongsi dengan lebih luas dikalangan pakar-pakar syiling error.