Memaparkan catatan dengan label DIE DETERIORATION. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIE DETERIORATION. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

DIE DETERIORATION VS FILLED DIE

Syiling 5 sen 2006 sangat ketara sebagai spesimen die deterioration yang telah dijelaskan dalam blog2 pengumpul syiling error.Kesan yang dapat dilihat pada syiling 5 sen 2006 ini menggambarkan pembuatan die yang lemah menyebabkan berbagai bentuk pada permukaan syiling yang dapat dilihat.
       Syiling 5 sen 1999 pula kelihatan berlainan keadaan yg terjadi pada permukaan syiling walaupun pada sesetengah bahagian ianya kelihatan sama dgn syiling 5 sen 2006.
       Kadang2 juga dapat ditemui beberapa errors terjadi pada syiling yg sama secara berkaitan..
       Penemuan 2 keping syiling yg sama2 kehilangan sebahagian imej ini menarik untuk dilihat adakah ianya terjadi disebabkan fenomena yang sama?...

                           Syiling 5 sen 2006,perhatikan kehilangan satu daun bunga raya yang sebelah kanan.Keseluruhan sehelai daun ini telah hilang,sedangkan imej yg lain masih wujud walaupun tidak sempurna.Kemungkinan filled die juga telah terjadi pada syiling die deterioration ini....

                      Tiada langsung kesan daun sebelah kanan

                         Pada bahagian muka syiling 2006 ini tidak banyak terjejas...

                       Syiling 5 sen 1999 ini pula menampakkan kesan filled die secara menyeluruh.Bahagian fields planchet masih rata tapi pada "lubang2"(pada die) imej,huruf dan angka telah diganggu oleh sesuatu menyebabkan ianya  kelihatan kabur.Perhatikan pada satu kelopak bunga raya sebelah atas yang hilang keseluruhannya.

                       Filled die yang sempurna pada satu kelopak bunga raya..
               
                           Pada bahagian muka syiling ini juga terdapat ciri2 filled die...
Perbazaan yang nyata pada kedua syiling ini ialah pada bahagian field planchet....Pendapat depankanta ini mungkin kurang tepat.Perkongsian adalah sangat dialu2kan...

Ahad, 11 Disember 2011

DIE DETERIORATION

Menggunakan die terus menerus tanpa henti boleh menyebabkan kerosakan secara menyeluruh pada die,tambah pula keadaan suhu yg semakin lama semakin tinggi akan mempercepatkan lagi kerosakan yg terjadi pada die.
      Die deterioration,mengikut pakar2 numismatik antarabangsa tidak dikategorikan sebagai error namun pada keluaran tahun dan denominasi tertentu syiling Malaysia ianya agak sukar dijumpai spt syiling 20 sen 2011 ini.
                                       Bahagian muka 20 sen 2011

                               Bahagian belakang terdapat bintik halus sekitar angka "20"

                   Kalau diteliti,tepi rim terdapat bintik halus yg menjadikan rim tidak licin dan rata(bulatan 1).
Pada angka "20"pula jelas terdapat tanda2 die deterioration yg menampakkan seolah2 terdapat tempaan berganda (bulatan 2).
Pada angka "2" pula bintik2 halus ini membentuk garisan seolah2 die crack error(bulatan 3)
Ini hanya pendapat depankanta,mungkin pengalaman dari sifu2 dan rakan2 blogger  lebih tepat untuk menggambarkan keadaan syiling ini.