Memaparkan catatan dengan label ROTATED DIE CLASH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROTATED DIE CLASH. Papar semua catatan

Ahad, 14 April 2013

ROTATED DIE CLASH

                Die clash dan Rotated die merupakan kategori error yang dapat menjelaskan bagaimana proses penyilingan dijalankan. Melihat pada kesan error pada syiling-syiling ini akan memahamkan kita bagaimana kedudukan dan perjalanan instrumen yang terlibat dalam kerja-kerja penempaan syiling.

                Rotated die clash pula lebih mendedahkan bagaimana pemasangan die dilakukan sehingga memungkinkan terjadi die terpusing dari kedudukan sebenar kemudian tertempa/berlaga sesama die, keadaan ini bila terlepas dari pemeriksaan QC menyebabkan die yang berlaga dalam keadaan terpusing terus melakukan kerja-kerja menempa syiling....

                   Imej clash mark bunga raya berada tepat pada bahagian kaki rebana ubi, Rotated die clash terjadi dengan pusingan lengkap 180 darjah.


          Bahagian belakang syiling juga meninggalkan kesan clash mark yang terpusing tepat 180 darjah dimana imej kaki rebana berada atas bunga raya...


         Die clash dalam keadaan biasa...imej clash mark bunga raya bertemu bahagian atas imej rebana ubi...

        .....sementara imej clash mark rebana ubi selari dengan imej bunga raya

Selasa, 8 Mei 2012

ROTATED DIE CLASH 1987

       Syiling Malaysia siri Parlimen atau siri moden pertama Malaysia dikeluarkan bermula 1967 hingga 1988.Walau pun syiling2 ini merupakan keluaran pertama Malaysia, pada awal keluarannya syiling2 ini masih diperbuat diluar negara dan secara beransur-ansur  dipindahkan di kilang syiling Shah Alam,Malaysia.

       Agak ketara bila syiling2 diperbuat di Malaysia sepenuhnya, beberapa kategori error mula muncul dan kian tahun kian bertambah...Perkongsian pada post ini adalah pada syiling 1 sen 1987 yg terdapat kesan rotated die clash error yg menampakkan Bangunan Parlimen agak condong atau senget sedikit.

     Die clash adalah antara error yg biasa dijumpai pada syiling siri Parlimen,dalam koleksi depankanta syiling 10 sen 1982 dan 1 sen 1988 adalah yg terbanyak,namun untuk mencari rotated die clash adalah sukar.

       Kelihatan imej ghostly bangunan Parlimen dan imej bulan sabit condong sedikit pada syiling 1987 ini

              Die clash pada syiling Malaysia biasa dijumpai terjadi pada kedua permukaan syiling,keadaan ini adalah sangat berhubung kait dgn mesin dan teknologi yg digunakan dalam proses penyilingan...

  Pada bahagian muka syiling ini kelihatan hanya samar2 imej ghostly die clash kerana imej ini lama kelamaan akan hilang bila proses penempaan dijalankan berterusan....
Dalam post terdahulu telah dipamirkan rotated die clash pada syiling 1 sen siri bunga raya..

Sabtu, 17 September 2011

TEORI KEJADIAN ROTATED DIE CLASH

  Pada post sebelum ini iaitu mengenai rotated die clash error,depankanta ada juga terfikir satu teori bagaimana keadaan syiling itu boleh terjadi sedemikian.Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan tentang proses penyilingan (coining process)depankanta memberanikan diri untuk mengemukakan hipotisis ini semoga mendapat teguran dari pakar2 Numismatik sekiranya tersilap.


  Gambarajah berikut adalah gambaran kedudukan die yg menyebabkan terjadinya rotated die clash.



                 

Gambarajah 1 :    Kedudukan die bagi proses penempaan normal dimana die atas dan die bawah selari pada   kedudukan tegak 180 darjah

Gambarajah 2 :    Kedudukan die bawah telah terbalik yang disebabkan oleh keadaan tertentu.Pada kedudukan die begini telah berlaku die clash dimana die atas telah tertempa die bawah tanpa planchet.

Gambarajah 3 :   Bila die bertemu die pada tekanan yang sangat kuat tentu akan meninggalkan kesan negative"ghostly" pada kedua-dua die.Pada die atas ada imej ghostly die bawah dan begitu juga sebaliknya.

Gambarajah 4 :   Keadaan die yang terbalik ini disedari oleh juruteknik atau QC yang bertugas lalu mengambil tindakan membetulkan semula die pada kedudukan sepatutnya,sedangkan imej negative ghostly yang terbalik yg sudah ada pada die tidak dibersihkan/dibaiki.Bila kedua die ini menempa planchet 1 sen 2005 yang depankanta punya itu maka terjadilah syiling rotated die clash..

          Walaupun depankanta belum cukup ilmu tentang syiling2 error yang begitu teknikal tetapi terpaksa memberanikan diri mengemukakan apa yang terfikir dengan harapan pakar2 Numismatik kita tampil memperbetulkannya...

ROTATED DIE CLASH

Rotated die error 2005 yang pernah dipamirkan menunjukkan bagaimana syiling tersebut telah ditempa dengan penyelarasan die bawah dan die atas tidak selari menyebabkan imej pada kedua permukaan syiling tidak pada kedudukan 180 darjah sebagaimana sepatutnya.Sementara die clash pula disebabkan die yg rosak akibat tertempa sesama die tanpa planchet,gambaran ini telah banyak dipamirkan.
     Post kali ini dipamirkan satu error yg agak istimewa,iaitu clash die terjadi secara rotated berbanding dgn tempaan imej sebenar.

                        Bahagian belakang syiling 1 sen 2005,imej rebana (die clash) terbalik dgn kaki rebana diatas

                                Bahagian muka pula,imej bunga raya terbalik dan berada kedudukan bawah

                       Berbanding dgn syiling 1 sen yg pernah dipamirkan(kanan),imej pada syiling ini terbalik pada kedudukan 180 darjah


       Tambah istimewa syiling ini terjadi rotated die clash pada kedua2 permukaannya...Bagaimana keadaan ini boleh terjadi hanya pakar numismatik saja boleh menjawabnya......