Memaparkan catatan dengan label DIE ERROR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIE ERROR. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Oktober 2011

DIE ERROR?

Mint errors biasanya mempunyai persamaan dalam kategorinya.Syiling moden seluruh dunia menggunakan teknologi yg hampir sama dalam pengeluarannya,hanya rekabentuk,logam dan spesifikasinya yg berbeza..
        Dari keadaan ini menyebabkan syiling error dapat dikongsi maklumatnya dgn pakar2 dan pengumpul seluruh dunia kerana mereka saling memahami dan merujuk kepada rupa bentuk yg sama errornya cuma kepakaran yg berbeza..
       Sebagai contoh die clash error dapat dilihat terjadi pada syiling seluruh dunia yg menggunakan kaedah  tempaan dua die..Kadang2 penemuan beberapa error baru mungkin dijumpai berikut perubahan yg dibuat pada kilang syiling..
       Depankanta menemui sekeping syiling 1 sen yg sukar ditentukan error dan kejadiannya.......            
                    Bahagian muka syiling 1 sen 1996..Imej timbul terjadi disudut jam 2 hingga jam 4

                                   Kelihatan seolah2 cud error atau major die break tapi keadaannya mendatar tidak seperti cud biasa yg agak membonjol....

Mungkin perkongsian dan pengalaman pakar boleh menjawab persoalan ini...

Jumaat, 5 Ogos 2011

DIE ERROR 5 SEN 2011

Dalam post yg lalu depankanta pernah pamirkan syiling 50 sen 2011 yg ada kesan bintik berbentuk bulatan atas planchetnya....berbagai pendapat diberi oleh ahli Numismatik berkaitan kejadian pada syiling ini.
      Memandangkan keadaan seperti ini hanya dapat dilihat pada syiling keluaran 2011,ianya dianggap satu fenomena baru pada syiling Malaysia.Depankanta temui lagi syiling yg ada kesan bintik dalam bentuk bulatan tapi pada syiling 5 sen 2011.



           Dipamirkan semula syiling 50sen 2011 dengan kesan bintik(positif)berbentuk bulatan dan terjadi pada bahagian belakang syiling.


          Syiling 5 sen 2011 juga dijumpai terdapat kesan sedemikian

                   Beberapa keping syiling yg ada kesan bintik pada bahagian tengah syiling 2011,ianya terjadi pada bahagian muka syiling.Berlainan dgn syiling 50 sen yg terjadi pada bahagian belakang(rev)
                     Kesan ini tidak dijumpai pada syiling Malaysia sebelum ini,mungkin ini adalah akibat dari perubahan pada mana2 mesin yg terlibat dalam proses penyilingan pada tahun 2011