Memaparkan catatan dengan label RIM CUD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RIM CUD. Papar semua catatan

Selasa, 13 Disember 2011

RIM CUD UNIK

Hanya dengan sedikit pengetahuan tentang cud error ini,depankanta cuba untuk pamirkan  syiling2 yg boleh dikaitkan dgn kategori ini bertujuan untuk perkongsian dan memantapkan lagi maklumat tentang syiling error Malaysia.
     Biasa dipamirkan rim cud error adalah yg kelihatan setompok atau beberapa tompok cud yg berada pada rim.Penemuan sekeping syiling 1 sen 2007 ini agak unik iaitu cud yg terjadi pada rim adalah berbentuk memanjang dibahagian muka syiling.

                                    Bahagian muka syiling 1 sen 2007,cud pada rim yg berbentuk unik.


                                       Tiada kesan pada sisi (edge) syiling
                                     Pada bahagian belakang tiada kesan error..

Ahad, 9 Oktober 2011

RIM CUD ERROR DARI SELATAN DAN TIMUR

Tertarik dengan sekeping syiling yang dipamirkan oleh blogger numis duacongkak,depankanta membelek2 semula koleksi mencari syiling 50 sen 2002 yg kelihatan pada errornya ada persamaan dan ada juga perbezaanya dgn koleksi duacongkak.
         Rim cud error pada syiling 1 sen pernah dipamirkan dalam post yg lalu,minor error pada tepi rim ini biasanya akan terlepas pandang sekiranya pemerhatian mengesan error hanya ditumpukan pada bahagian tengah syiling.
                                Bahagian belakang 50 sen 2002,rim cud error pada kedudukan jam1.00

                           Koleksi duacongkak,rim cud error terjadi pada bahagian muka dikedudukan jam 9.00 juga pada syiling 50 sen 2002

                            Jelas ianya terjadi hanya pada permukaan rim,ini membezakannya dengan syiling cud error atau major die break error yg terjadi pada bahagian fields planchet dan menyentuh bahagian rim.

            Mengikut keterangan duacongkak,logam yg berlebihan ini seolah2 "terkelepet",kalau lah benar begitu tentu bahagian yg terkelepet ini boleh ditegakkan semula,dengan ketinggian yg terjadi ,ini adalah satu finned edge error antara yg terbaik yg pernah dipamirkan pada syiling Malaysia...Harap duacongkak minta bantuan pakar untuk tegakkan semula yg terkelepet ini,nanti kita sama2 saksikan finned edge error terbaikk...

                               Syiling 1 sen,rim cud error yg pernah dipamirkan....

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada duacongkak atas perkongsian yg menarik ini..

Khamis, 15 September 2011

RIM CUD ERROR

Die chip error yg banyak dijumpai pada syiling 1 sen 2004 dan 2005 juga dikenali dengan coin cud error.Entah apa silapnya bagi syiling 1 sen Malaysia kebanyakan coin cud error terjadi pada huruf "2004" dan "2005".Berlainan dgn syiling2 luar negara yg banyak terjadi cud error pada rim dan ini lebih dikenali dgn rim cud error.
  Pada teknikalnya error ini terjadi disebabkan sebahagian die telah terserpih menyebabkan apabila die yang "rongak" tadi menempa planchet ianya akan menghasikan syiling ada logam yg timbul pada permukaannya.Bila bahagian tepi die yg terserpih ia akan memberi kesan pada rim syiling dan inilah yg dikenali rim cud error.Sekiranya anda mempunyai banyak koleksi syiling 1 sen mungkin tidak begitu sukar bagi anda utk menjumpai error begini.Depankanta pamirkan sekeping syiling 1 sen 2006  rim cud error untuk dikongsi bersama.

                   Bahagian belakang syiling 1 sen 2006 yg juga ada kesan die crack error

                   Bah.muka syiling kelihatan dua lebihan logam yg timbul pada rim dan juga pada tepi rebana.Keadaan ini terjadi disebabkan die yg terserpih dibahagian2 ini.