Memaparkan catatan dengan label DIE CRACK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIE CRACK. Papar semua catatan

Isnin, 28 Januari 2013

DIE CRACK,RETAK MENANTI BELAH

             Syiling error juga boleh dijadikan bahan untuk pembelajaran Bahasa.Retak menanti belah adalah peribahasa Melayu yang menggunakan kiasan bahasa bagi menyampaikan maksud sebenar yang bererti perkara kecil yang menjadi semakin besar dan menanti petaka yg lebih besar.Syiling 5 sen 1968 yang ditemui dengan kesan retak yg jelas dari rim ke rim yang berpotensi untuk membentuk cud.              

                   Walaupun keretakan acuan yang terjadi masih kecil tetapi bila melihat pada bentuk yg ada pada syiling ini,peluang untuk menjadi die break atau cud adalah besar. Cud tidak akan terus terjadi melainkan permukaan acuan akan retak terlebih dahulu dan dalam keadaan ini tidak dapat diselamatkan lagi melainkan acuan andas (anvil die) syiling ini diganti atau satu cud yang besar akan terbentuk.

          Die crack biasanya mula terjadi pada permukaan acuan,lama-kelamaan keretakannya semakin mendalam dan akan menjejaskan imej yg ada. Syiling 5 sen 1968 ini masih diperingkat awal die crack yang dapat dilihat pada bangunan Parlimen yang masih belum terjejas oleh keretakan yg terjadi...

              Bahagian belakang syiling tiada kesan error......

Khamis, 12 Julai 2012

DIE CRACK,DIE YANG SAMA?

         Dua keping syiling 5 sen siri Parlimen keluaran tahun 1981 dan 1982 menarik perhatian bila dijumpai die crack yg terjadi pada tempat yg sama.Bagi pemerhati syiling error tentu inginkan kepastian bagaimana keadaan ini terjadi.

                                 Bahagian belakang syiling 5 sen 1982 dan 1981

                                      5 SEN 1982

                                    5 SEN 1981

     Syiling 1982.Die crack yg terjadi pada kedudukan jam 10,bermula dari rim dan merentasi kaki huruf "M" hingga mencecah angka "5"
    Syiling 1981.Kedudukan die crack yg sama terjadi sebagaimana syiling 1982....
 Depankanta berpendapat kemungkinan terjadi begini adalah disebabkan die yg sama digunakan untuk menempa kedua keluaran syiling tersebut,die yg digunakan untuk menempa syiling 1981 digunakan semula untuk menempa syiling 1982 dengan melicin dan meminda semula rekabentuk yg ada pada permukaan die....(Hanya sekadar pendapat depankanta)....

Isnin, 23 Januari 2012

CRAACKK!!!

Sukar untuk dibayangkan bagaimana keadaan permukaan die atas bila melihat sekeping syiling 1 sen 2006 ini.Pengumpul syiling error yang biasa dengan syiling 1 sen 2006 tentu akan jumpa die crack pada syiling 2006.
Depankanta sendiri pernah pamirkan syiling die crack 1 sen 2006 dengan kesan retak yg agak ketara namun bila terpandang banyak retak yg terjadi pada syiling ini terus menarik minat untuk dikongsi bersama.

               Sesuai syiling ini dinamakan "syiling retak seribu".Sila zoom imej utk melihat kesan retak.
        Keretakan terjadi hingga kebahagian rim....

Rabu, 4 Januari 2012

DIE CRACK

Berbanding dengan siri bunga raya (1988-2011),didapati syiling Malaysia siri Parlimen (1967-1988) kurang dijumpai terjadi error.Faktor utama ialah kualiti die dan logam yg digunakan adalah lebih baik.
     Die crack merupakan salah satu kategori error yg selalu terjadi pada syiling siri Parlimen dan dijumpai pada berbagai denominasi.
     Depankanta ingin berkongsi penemuan 2 keping syiling 5 sen 1981 dan 1982 yang terjadi keretakan pdie dibahagian yg sama.Keadaan spt ini jarang terjadi dimana ianya seolah2 menampakkan sudut yg lemah pada die.
                                Die crack terjadi pada huruf "M" pada bahagian belakang syiling 1981 dan 1982

                              Bahagia muka tiada kesan error





 
      

Rabu, 28 September 2011

DIE CRACK,BINTANG KE BINTANG

Dengan jumlah keluaran sebanyak 17,852,262 menjadikan syiling 10 sen 1988 sebagai syiling kedua terendah selepas syiling "keramat"10 sen 1971 pada denominasi 10 sen siri Parlimen.Adalah perkara biasa bagi pengumpul akan berusaha mencari syiling2 yg mintage rendah begini untuk menambahkan koleksi masing2.
     Jika dilayari dalam beberapa laman web yg menjual/melelong koleksi pengumpul,syiling 10 sen 1988 adalah diantara yang mendapat tempat pada pembeli....
    Dalam membelek2 syiling siri Parlimen,tiba2 terpandang sekeping syiling ini yg agak istimewa.Kesan die crack terjadi tepat dari hujung bintang menghala ke bintang yg terdapat pada tepi rim...

                              Bahagian belakang syiling tiada kesan error yg ketara,hanya sedikit kesan die clash yg hampir  tidak kelihatan dalam imej ini....

               
             Dalam koleksi depankanta kebanyakan die crack dan die clash error pada siri Parlimen dijumpai terjadi pada bahagian muka (obverse),mungkin anvil dienya lebih cepat letih berbanding dgn hammer die..hehe
          


              Agak menarik die crack error ini terjadi dari hujung bintang ke hujung "bintang" pada tepi rim,juga kelihatan imej ghostly "0"die clash error yg banyak dijumpai pada pada hampir semua denominasi 10 sen siri Parlimen

Isnin, 2 Mei 2011

Die crack error syiling 10 sen,5 sen dan 1 sen

Error die crack syiling 10 sen terjadi pada bahagian hadapan atau belakang congkak...











  
Die crack pada syiling 5 sen 2008










Die crack pada syiling 1 sen