Memaparkan catatan dengan label LAMINATION. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAMINATION. Papar semua catatan

Khamis, 22 Disember 2011

LAMINATION

Antara syiling yg masih menjadi tanda tanya kategori error adalah sekeping syiling 20 sen 2001 ini.Adakah ianya lamination error atau kategori yg lain.
      Lamination error terjadi bila sesuatu berada bawah lapisan planchet dan bila proses tempaan dibuat,lapisan nipis atas menggelupas dan meninggalkan kesan seolah disiat pada permukaan syiling.
    Depankanta berpendapat syiling ini adalah lamination error berasaskan kesan yg dapat dilihat pada syiling ini.
                                        Bahagian belakang syiling,kesan menggelupas yg ketara

                                       Satu lapisan telah tersiat dan menampakkan lapisan dalam
                                 
                                         Bahagian muka juga terdapat kesan yg sama.Mungkin sesuatu bahan berminyak telah tercampur semasa peringkat menyediakan alloy syiling ini.

Isnin, 21 November 2011

PLANCHET LAMINATION

Lamination error berbeza dengan strike through atau filled die error pada asal bagaimana error ini terjadi.Mungkin sekali pandang kesan yg terjadi pada syiling adalah hampir sama antara ketiga2 kategori errors ini.
    Setiap planchet akan melalui berbagai proses sebelum ianya dimasukkan kedalam chamber untuk ditempa,semasa melalui proses tersebut kemungkinan sesuatu bahan atau objek luar telah berada pada bawah lapisan nipis permukaan planchet.Bila tempaan berlaku dalam keadaan tekanan dan kepanasan yg tinggi menyebabkan lapisan atas yg menyelaputi bahan luar tadi akan mengelupas dan meninggalkan kesan Lamination error pada syiling..
            Syiling 50 sen 1997 ini dijumpai terdapat kesan mengelupas pada lapisan planchetnya yg membezakan dgn lain2 error.

                           Lamination error boleh disebabkan minyak,gris,gas,udara dll bahan terperangkap bawah lapisan permukaan planchet dan kemudiannya lapisan itu mengelupas lalu meninggalkan kesan pada permukaan syiling.

        Lamination error biasanya terjadi pada satu permukaan sahaja samada obverse atau reverse syiling
Mungkin pakar-pakar syiling error kita ada pendapat lain tentang syiling ini.